Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bang.ga] | بڠݢ

Definisi : 1. megah; 2. besar hati: saya berasa ~ kerana mendapat kawan yg begitu setia;berbangga 1. berasa megah; 2. berasa besar hati: anak-anak kita akan ~ membaca kisah pengalaman kita;membangga ark berbangga;membanggakan 1. memegahkan: apakah yg hendak dibanggakan dgn gelaran warisan yg diterimanya itu? 2. menimbulkan rasa bangga, menimbulkan rasa besar hati: keputusan yg dicapai sungguh ~ kita semua;kebanggaan 1. kemegahan: pahlawan itu menjadi pasak ~ tanah air; 2. rasa besar hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bang.ga] | بڠݢ

Definisi : Jw ark membangkang, menentang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bang.ga] | بڠݢ

Definisi : senang dan besar hati; megah: Tuan kebun itu berasa sangat gembira dan ~ dgn hasil tanamannya. berbangga berasa senang dan besar hati kerana sesuatu sebab; berasa bangga: Rakyat negara tsb ~ dgn kemajuan yg dicapai oleh negara mereka. membanggakan 1 menimbulkan rasa bangga; menyebabkan berasa megah: Kejayaannya dlm pelajaran ~ kedua-dua ibu bapanya. 2 berbesar hati kerana: ~ kejayaan diri sendiri. kebanggaan 1 apa-apa yg menimbulkan rasa bangga. 2 perasaan bangga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bangga

Puisi
 

Pokok cempedak di tepi tangga,
     Berbuah sebiji gugur terbuang;
Janganlah mudah berasa bangga,
     Bilalah diri dipuja orang.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya berasa keliru, yang manakah betul, (berasa bangga dengan atau berasa bangga akan) pencapaian kamiJawapan yang betul ialah berasa bangga akan.Lain-lain25.10.2010
Ibu berasa bangga akan kejayaan abang. Adakah ayat ini betul?Ayat yang dinyatakan adalah betul.Tatabahasa04.10.2013
Asnor tersenyum bangga apabila namanya dinobatkan sebagai pemenang Pingat Emas bagi kategori murid terbaik di sekolahnya. Adakah penggunaan perkataan "dinobatkan" sesuai digunakan dalam ayat di atas?terima kasih.

Sdr. Ming,

Perkataan nobat tidak sesuai digunakan sebaliknya yang lebih tepat ialah diistiharkan atau diumumkan.

Tatabahasa28.09.2010
Salam sejahtera. Pertanyaan, "Dia begitu bangga dengan kedudukannya sehingga (mula atau mulai) menindas orang lain." Perkataan mana satukah yang lebih tepat penggunanya dalam Bahasa Melayu? Terima kasih.Dia begitu bangga dengan kedudukannya sehingga mulai menindas orang lain. Mulai bermaksud mula-mula melakukan sesuatu.Tatabahasa04.04.2013
perkataan seerti bagi a) faham b) bertanya c) bangga

Perkataan seerti bagi perkataan tersebut adalah seperti yang berikut:

(a)faham - mengerti, tahu, sedar, maklum, mafhum, menerima, mengikut, enga;,

 

b) bertanya - soal: siasat, selidik, kaji,

 

c) bangga - megah

 

Lain-lain25.03.2010
Ibu bapa berasa bangga terhadap kejayaan saya. adakah penggunaan "terhadap" itu betul? atau boleh digantikan dengan ??? terima kasih..Penggunaan perkataan "terhadap" adalah betul.Tatabahasa08.07.2013
An honour to gerveBerasa bangga untuk berkhidmat.Lain-lain05.02.2009
kata penghulu kepada Sultan," Patik berasa megah kerana dapat berbicara dengan tuanku." *tuan, apakah kesalahan dalam ayat ini? tq**Megah bermaksud mulia atau bangga dan tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. Cdangan kami kata megah ditukarkan dengan kata bertuah yang membawa maksud lebih sopan dan halus.Tatabahasa15.09.2011
Saya sering membaca di Wikipedia Melayu. Di bahagian bawahnya terdapat perkataan pautan luar. Ada sesetengah laman ditulis 'laman web' dan sesetengah laman ditulis 'laman sesawang'. Saya sebagai rakyat Malaysia yang bangga dengan bahasa Melayu, ingin mengetahui istilah sebenar yang sepatutnya dipakai/diguna. Harap membantuPautan luar, laman web dan laman sesawang - ketiga-tiga istilah tersebut boleh digunakan, namun kami mencadangkan saudara menggunakan istilah laman sesawang.Lain-lain20.08.2008
Salam sejahtera. Tuan, bolehkah tuan memberitahu saya kosa kata yang berikut yang mana satukah kosa kata istilah dan yang mana satu ialah kosa kata umum? Kosa kata seperti harga promosi, stok, harga lelong, kaunter, troli, bangga dan prihatin. Bagaimanakah kita hendak membezakannya. Sekian terima kasih.Contoh yang saudara berikan ialah kosa kata umum yang lazimnya digunakan dalam konteks umum (tidak dikaitkan dengan mana-mana bidang ilmu). Istilah lazimnya digunakan dalam wacana ilmiah atau wacana khusus seperti yang berkaitan dengan ekonomi, kujuruteraan, pertanian dan sebagainya. Pengguna seperti kita lazimnya menggunakan kosa kata umum dalam komunikasi seharian atau dalam penulisan umum.Tatabahasa28.04.2013
12

Kembali ke atas