Saya pelajar Universiti Fatonni mahu bertanya tentang makna dalam bahasa Melayu , perkataan Bangkit | Perkataan "bangkit" banyak maksudnya, bergantung pada konteks ayat. "Bangkit" bermaksud "bangun, muncul" dll. | Istilah | 07.04.2015 |
1. (Mengapakah/Bagaimanakah) dia tercedera semalam ? Apakah jawapan yang betul ? 2. Kita bersama-sama bangkit untuk membantu mangsa-mangsa AIDS. Ayat ini betul atau salah ? boleh gunakan perkataan "bangkit" ? 3. Kami sekeluarga bercuti di Bukit Fraser semasa cuti sekolah yang lalu kerana mahu _____udara yang segar. A. menelan B. menyedut C. menghirup D. menghisap Apakah jawapan yang betul ? Terima kasih. | 1. betul. 2. Kita bersama-sama bangkit untuk membantu mangsa AIDS. 3. menghirup. | Tatabahasa | 03.12.2009 |
Saya ingin bertanya adakah penggunaan perkataan "Solidariti pasca banjir' di dalam ayat di bawah sesuai atau menepati maknanya. Pada masa inilah rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman dan pegangan telah menunjukkan keutuhan solidariti pasca banjir menghulurkan bantuan dari segi kewangan dan sokongan moral kepada mangsa-mangsa banjir termasuk pengusaha kraf untuk bangkit semula meneruskan kehidupan. | Pada masa inilah rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman dan pegangan telah menunjukkan keutuhan solidariti, menghulurkan bantuan dari segi kewangan dan sokongan moral kepada mangsa-mangsa banjir termasuk pengusaha kraf untuk bangkit semula meneruskan kehidupan. Tiada masalah dengan penggunaan perkataan solidariti dalam konteks ayat yang tersebut, hanya gugurkan perkataan pascabanjir. | Tatabahasa | 06.03.2015 |
Tajuk: "Dari segi" atau "daripada segi"? Tuan DBP, izinkan saya tanyakan bahawa "dari segi" atau "daripada segi" bentuk frasa yang betul menurut logika bahasa? Kemusykilan saya tentang hal ini timbul kerana dalam buku Tertib Mengarang, pejuang bahasa yang ulung yang juga mantan Dewan Bahasa dan Pustaka, Dato' Dr. Awang Sariyan menggunakan bentuk "daripada segi", "daripada sudut". Saya menerima frasa ini kerana saya menganalisis bahawa "daripada segi" bermaksud meninjau satu punca. Sendi "daripada" membawa maksud sumber, melainkan kekeliruan saya bangkit sekali lagi kerana bentuk "dari segi" atau "dari sudut" juga tepat kerana "segi" dan "sudut" arah. Sendi "dari" memang digunakan untuk tempat dan arah, tetapi saya lebih merasakan bahawa "dari segi" betul kerana menunjukkan arah. Apakah ulasan tuan? | Untuk makluman tuan, kami menyedari adanya pandangan lain yang menerima "daripada sudut" sebagai bentuk yang gramatis. Walau bagaimanapun kami berpegang pada Tatabahasa Dewan, dan menerima frasa "dari sudut". | Tatabahasa | 05.08.2016 |
Assalamualaikum, Mohon panduan untuk membantu kami menterjemahkan istilah kewangan berikut ke Bahasa Melayu: - Global Custodian - Cross Border Non Affiliated – Top Rated in Emerging Markets Saya terlebih dahulu memanjangkan ucapan terima kasih atas bantuan yang diberikan oleh pihak DBP. | Untuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk istilah kewangan yang dikemukakan. Istilah yang terdapat dalam pangkalan data kami adalah seperti yang berikut: 1. global - sejagat/global, custodian - penjaga/penyimpan Cadangan terjemahan: penjaga sejagat/penjaga global 2. cross - rentas/silang, border - sempadan, non - tidak/bukan, affiliated - tergabung Sila berikan konsep istilah ini sekiranya memerlukan cadangan daripada pihak kami. 3. emerging - memuncul/bangkit, market - pasaran Cadangan terjemahan: tempat tertinggi dalam pasaran memuncul/tahap tertinggi dalam pasaran yang baru muncul | Istilah | 19.03.2013 |
Di manakah penggunaan format Italic boleh digunakan dalam ayat. 1. Nama buku - Buku My Biography yang diterbitkan pada tahun lalu. 2. Kumpulan The New Generation bakal membuat persembahan di Kuala Lumpur bulan depan. 3. Dia belajar di University of London dalam bidang Kejuruteraan Kimia. 4. Perkataan `venue', `rating' dan 'tip' apakah perlu Italic atau kekal seperti biasa. 5. Gelaran seperti kumpulan The Red Warriors. 6. Anuar Manan yang digelar The Rocket Man. 7. Pada program Grammy Awards itu. 8. Seramai 450 penunggang basikal menyertai kejohanan sempena Taman Negara Green Jamboree itu. 9. Meskipun bermula hambar dengan double-bogey di lubang kedua, dia bangkit pada lubang seterusnya dengan lima birdy untuk mencatat tiga bawah par 68. Sekian terima kasih. | Mengikut amalan penerbitan DBP, huruf italik atau huruf condong digunakan untuk menulis judul karya seni dan penerbitan, nama sains, dan sebagainya. Contoh judul karya seni dan penerbitan ialah judul buku, judul drama, nama akhbar, nama majalah, judul filem, dan nama lagu. Untuk maklumat lanjut tentang hal ini, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan DBP tahun 1995, halaman 80. | Lain-lain | 11.03.2012 |
Intan Ds Bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum wbt... Pertama, dengan lafaz setinggi kesyukuran ke hadrat ALLAH swt dengan limpah kurnianya, Saya amat berbesar hati atas penerimaan APC petang semalam, Setinggi penghargaan dan ucapan Terima Kasih kepada pihak Pengurusan APC Dewan Bahasa & Pustaka kerana mengundang saya bagi mewakilkan penghargaan atas pihak Allahyarham Eddie Norman... Merenung sejenak dan amat terharu, waktu bergerak dengan pantas, pemergian Allahyarham sudah hampir 7bulan dengan meninggalkan pahit dan manis ketika berkhidmat di DBP tapi masih lagi ada rezeki untuk saya dengan pencapaian kecermerlangan Allahyarham tahun yang lalu...Tiada kata untuk diberi , hanya sebak didada telah memenuhi hati... Tidak lupa juga, Dengan merakamkan Setinggi ucapan Terima Kasih kepada semua staff Bhg.Pusat Dokumentasi Melayu kerana telah bekerjasama dan memberi tunjuk ajar kepada Allahyarham selama beliau berkhidmat...saya amat hargai pengorbanan kamu semua.. it... dan terima kasih juga pada staff yang lain yang pernah bekerjasama dengan Allahyarham... Dengan kata-kata itu sekali saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Majlis Hari Inovasi DBP 2013...Insyaallah, Semoga Kualiti & Kecemerlangan Terus Menjadi Teras Kepada Budaya Kerja Kita... "ANDA TIDAK TEWAS KALAU ANDA TERJATUH, NAMUN ANDA TEWAS JIKA ANDA TIDAK BANGKIT SEMULA" From : Balu Allahyarham Eddie Norman | Insya-Allah. Allahyarham seorang staf yg berdedikasi dan beliau layak menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang DBP. Semoga DBP dekat di hati Adik Intan. Salam buat keluarga Eddie. Admin. | Lain-lain | 08.11.2013 |