1. (Mengapakah/Bagaimanakah) dia tercedera semalam ? Apakah jawapan yang betul ? 2. Kita bersama-sama bangkit untuk membantu mangsa-mangsa AIDS. Ayat ini betul atau salah ? boleh gunakan perkataan "bangkit" ? 3. Kami sekeluarga bercuti di Bukit Fraser semasa cuti sekolah yang lalu kerana mahu _____udara yang segar. A. menelan B. menyedut C. menghirup D. menghisap Apakah jawapan yang betul ? Terima kasih. | 1. betul. 2. Kita bersama-sama bangkit untuk membantu mangsa AIDS. 3. menghirup. | Tatabahasa | 03.12.2009 |
Di manakah penggunaan format Italic boleh digunakan dalam ayat. 1. Nama buku - Buku My Biography yang diterbitkan pada tahun lalu. 2. Kumpulan The New Generation bakal membuat persembahan di Kuala Lumpur bulan depan. 3. Dia belajar di University of London dalam bidang Kejuruteraan Kimia. 4. Perkataan `venue', `rating' dan 'tip' apakah perlu Italic atau kekal seperti biasa. 5. Gelaran seperti kumpulan The Red Warriors. 6. Anuar Manan yang digelar The Rocket Man. 7. Pada program Grammy Awards itu. 8. Seramai 450 penunggang basikal menyertai kejohanan sempena Taman Negara Green Jamboree itu. 9. Meskipun bermula hambar dengan double-bogey di lubang kedua, dia bangkit pada lubang seterusnya dengan lima birdy untuk mencatat tiga bawah par 68. Sekian terima kasih. | Mengikut amalan penerbitan DBP, huruf italik atau huruf condong digunakan untuk menulis judul karya seni dan penerbitan, nama sains, dan sebagainya. Contoh judul karya seni dan penerbitan ialah judul buku, judul drama, nama akhbar, nama majalah, judul filem, dan nama lagu. Untuk maklumat lanjut tentang hal ini, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan DBP tahun 1995, halaman 80. | Lain-lain | 11.03.2012 |
Assalamualaikum, Mohon panduan untuk membantu kami menterjemahkan istilah kewangan berikut ke Bahasa Melayu: - Global Custodian - Cross Border Non Affiliated – Top Rated in Emerging Markets Saya terlebih dahulu memanjangkan ucapan terima kasih atas bantuan yang diberikan oleh pihak DBP. | Untuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk istilah kewangan yang dikemukakan. Istilah yang terdapat dalam pangkalan data kami adalah seperti yang berikut: 1. global - sejagat/global, custodian - penjaga/penyimpan Cadangan terjemahan: penjaga sejagat/penjaga global 2. cross - rentas/silang, border - sempadan, non - tidak/bukan, affiliated - tergabung Sila berikan konsep istilah ini sekiranya memerlukan cadangan daripada pihak kami. 3. emerging - memuncul/bangkit, market - pasaran Cadangan terjemahan: tempat tertinggi dalam pasaran memuncul/tahap tertinggi dalam pasaran yang baru muncul | Istilah | 19.03.2013 |