Makna Untuk 1. Bangku Sekolah | Bangku sekolah ialah 1. zaman/masih dalam persekolahan, 2. tempat duduk di sekolah. | Makna | 04.01.2010 |
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang definisi "bangku sekolah". Saya tidak dapat mencari makna bagi perkataan ini dalam Kamus Dewan. Harap pihak DBP dapat membantu. Terima kasih. | Bangku sekolah ialah 1. zaman/masih dalam persekolahan, 2. tempat duduk di sekolah. | Makna | 08.02.2012 |
1. “Latif bercita-cita menjadi seorang doktor sejak di bangku sekolah.”, “Latif bercita-cita menjadi seorang doktor sejak bangku sekolah.” Ayat manakah yang betul? 2. “hari ibu” atau “Hari Ibu”? | - Ayat yang betul ialah Latif bercita-cita menjadi seorang doktor sejak di bangku sekolah. 1">
- Ejaan yang betul ialah Hari Ibu, iaitu bagi menandakan hari khusus apabila dibandingkan dengan hari-hari yang lain.1">
| Ejaan | 25.01.2015 |
Salam Sejahtera tuan. 1) Kaki Nazar terperosok ke dalam lubang ketika berlari untuk mengejar anak kucing itu. 2) Sedangkan abangnya yang berpendidikan tinggi itu tidak diterima menjadi ahli, inikan pula dia yang masih di bangku sekolah. 3) Tidak manis anak gadis pulang lewat malam. 4) Mereka tidak dapat menahan keselamatan negara daripada dicerobohi oleh musuh. Sekian, terima kasih | Ayat yang betul dan boleh digunakan adalah seperti yang berikut: - Kaki Nazar terperosok ke dalam lubang ketika mengejar anak kucing itu.
- Sedangkan abangnya yang berpendidikan tinggi itu tidak diterima menjadi ahli, inikan pula dia yang masih di bangku sekolah.
- Tidak manis anak gadis pulang lewat malam.
- Mereka tidak dapat menjaga keselamatan negara daripada dicerobohi musuh.
Sila berikan soalan yang lebih jelas supaya pihak kami dapat memberikan jawapan yang betul. | Tatabahasa | 24.07.2024 |
Kesalahan bahasa dalam ayat berikut: 1. Kerajaan merayu kepada rakyat agar mereka sanggup berkorban bagi mengatasi masalah kegawatan ekonomi negara. 2. Datuk Nicol telah menjadi pemain skuasy yang handa sejak dari bangku sekolah lagi. | Kedua-dua ayat tersebut tidak gramatis. Ayat yang gramatis ialah: 1. Kerajaan merayu rakyat berkorban bagi mengatasi masalah kegawatan ekonomi negara. 2. Datuk Nicol telah menjadi pemain skuasy yang handal sejak bangku sekolah lagi. | Tatabahasa | 05.07.2013 |
Salam Sejahtera tuan. 1) Kaki Nazar terperosok ke dalam lubang ketika berlari untuk mengejar anak kucing itu. 2) Sedangkan abangnya yang berpendidikan tinggi itu tidak diterima menjadi ahli, inikan pula dia yang masih di bangku sekolah. 3) Tidak manis anak gadis pulang lewat malam. 4) Mereka tidak dapat menahan keselamatan negara daripada dicerobohi oleh musuh. Sekian, terima kasih | Ayat yang betul dan boleh digunakan adalah seperti yang berikut: 1. Kaki Nazar terperosok ke dalam lubang ketika mengejar anak kucing itu. 2. Sedangkan abangnya yang berpendidikan tinggi itu tidak diterima menjadi ahli, inikan pula dia yang masih di bangku sekolah. 3. Tidak manis anak gadis pulang lewat malam. 4. Mereka tidak dapat menjaga keselamatan negara daripada dicerobohi musuh. Sila berikan soalan yang lebih jelas supaya pihak kami dapat memberikan jawapan yang betul. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 431-575. | Tatabahasa | 19.07.2024 |
Penggunaan Tatabahasa dalam kalangan guru di perlu merujuk Tatabahasa Dewan. Bagaimana pula jika penggunaan perkataan-perkataan tertentu yang diterima pakai seperti : 1. 'Ia' dikatakan boleh digunakan untuk haiwan dan benda) ? 2. Bolehkah diberikan penerangan tentang 'ialah' dan 'adalah' dengan lebih ringkas kerana kalangan murid bukan Melayu dan penutur asli ada yang tidak boleh membezakan penggunaannya. 3. Penggunaan perkataan 'boleh' dan 'dapat' juga banyak kekeliruan. Bagaimana cara yang mudah untuk menerangkan kepada bukan penutur jati yang masih di bangku sekolah rendah dan ada juga di sekolah menengah? | 1. Ia ialah ganti diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan ,oleh itu ia boleh digunakan untuk bukan manusia. 2. Ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama (Ayah Ali ialah Ahmad), manakala "adalah" menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif (Baju itu adalah baik) dan frasa sendi nama (Matlamat utama penubuhan unit ini adalah untuk ...). 3. Kata bantu boleh digunakan untuk maksud keizinan, contoh; Mereka tidak boleh memasuki kawasan itu kerana berbahaya. Kata Bantu dapat digunakan untuk maksud keupayaan, contoh; Ayah masih tidak dapat melakukan kerja-kerja yang berat kerana badannya masih lemah. | Tatabahasa | 13.09.2008 |
1.PERLANGGARAN ATAU PELANGGARAN 2.APAKAH PERBEZAAN MENIDURKAN DAN MENIDURI 3.BAGAIMANAKAH PENGGUNAAN DISEBABKAN OLEH DAN OLEH KERANA | Puan Norfaharin, Sekira puan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, puan akan mengetahui perbezaan perkataan pelanggaran, pelanggaran, menidurkan dan meniduri. Bersama-sama ini disertakan pentakrifan kata-kata tersebut seperti yang berikut: perlanggaranperihal (kejadian dsb) berlanggar (antara kenderaan, kenderaan dgn orang, dll): kereta itu terlibat dlm ~ dgn sebuah lori di batu empat jalan Kuantan-Gambang; pelanggaran1. perihal melanggar (menyerang, menyerbu, dsb): ~ orang kafir terhadap orang Islam itu telah dapat dipatahkan; 2. perihal menentang perbuatan dsb atau tidak mematuhi (undang-undang, peraturan, adat, dll): ~ disiplin berlaku kerana murid-murid tidak menghormati peraturan sekolah.meniduri1. tidur (berbaring) di: di atas bangku yg di kejauhan sana, nampak gadis ~ pangkuan pacarnya; 2. bersetubuh dgn, menyetubuhi; menidurkan1. membuat supaya tidur, membaringkan supaya tidur: sesudah ~ anaknya barulah dapat ia bersenang-senang; 2. membaringkan, merebahkan: kemudian hendaklah ditidurkan pasu itu supaya batang pokok itu sekarang mengarah ke tepi; 3. ki menjadikan lalai (cuai, tidak bersemangat, dll), melalaikan: janganlah kita ~ kembali masyarakat kita yg sudah mulai sedar sekarang; 4. menyembuhkan (menghilangkan dll) dgn tidur: ~ pening kepala; Penggunaan "oleh kerana" tidak tepat kerana kata 'oleh' merupakan kata sendi dan "kerana" juga merupakan kata sendi. Oleh itu, frasa yang betul ialah "oleh sebab" dan bukan 'oleh kerana'. Kata 'sebab' ialah kata nama. | Tatabahasa | 18.03.2009 |
Saya ingin mendapatkan kepastian yang jelas tentang kemusykilan tanda baca, iaitu tanda soal dan tanda seru dalam dialog. Hal ini kerana saya ada terbaca perkongsian seseorang tentang tanda baca ini seperti contoh di bawah. 1. "Awak pergi ke mana?" Soal Rahim. 2. "Pergi engkau dari sini!" Jerkah Pak Abu. Menurut individu tersebut, selepas tanda baca tersebut, perkataan seterusnya perlulah huruf besar (Soal/Jerkah/Tanya/ Jerit). Selama saya di bangku sekolah menengah dan di universiti (bidang kesusasteraan), saya diajar bahawa kedua-dua contoh ayat di atas itu, selepas tanda baca hendaklah disertakan perkataan huruf kecil (soal/jerkah/tanya/jerit). Jika contoh di atas adalah tepat, apa alasannya? Saya juga merujuk Pusat Rujukan Persuratan, Gaya Dewan Edisi Ketiga, internet dan buku-buku rujukan Bahasa Melayu bahawa contoh-contoh ayat yang betul dan diberi penerangan, perkataan seterusnya hendaklah huruf kecil. Saya minta pandangan daripada guru-guru subjek bahasa Melayu. Mereka tidak pernah mengajar contoh ayat seperti di atas. Di sini, kami juga jadi keliru. Untuk pengetahuan, saya juga mengajar penulisan kepada penulis-penulis menggunakan apa yang pernah saya belajar. Mohon pencerahan yang tepat. Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul ialah: 1. “Awak pergi ke mana?" soal Rahim. 2. "Pergi engkau dari sini!" jerkah Pak Abu. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, hlm. 77 dan Gaya Dewan Edisi Keempat, hlm. 125 dan 196 untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 06.08.2025 |
bagaimana beza meniduri dan menidurkan ? perkataan sarana. bm atau bahasa lain, apakah maksud sebenar? tk. | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, menidurkan ialah membuat supaya tidur, membaringkan supaya tidur: sesudah menidurkan anaknya barulah dapat ia bersenang-senang; 2. membaringkan, merebahkan: kemudian hendaklah ditidurkan pasu itu supaya batang pokok itu sekarang mengarah ke tepi; 3. ki menjadikan lalai (cuai, tidak bersemangat, dll), melalaikan: janganlah kita menidurkan kembali masyarakat kita yg sudah mulai sedar sekarang; 4. menyembuhkan (menghilangkan dll) dgn tidur: ~ pening kepala;. Manakala meniduri ialah 1. tidur (berbaring) di: di atas bangku yang di kejauhan sana, nampak gadis meniduri pangkuan pacarnya; 2. bersetubuh dgn, menyetubuhi;. Sarana ialah (segala) sesuatu yang dapat digunakan sebagai alat untuk mencapai atau melaksanakan sesuatu: bahasa Melayu hendaklah dibina agar dapat berfungsi sebagai sarana yang benar-benar dapat menyampaikan ilmu secara berkesan; karya-karya sastera ialah wadah atau sarana untuk menyatakan dunia masyarakat dan zamannya. | Tatabahasa | 23.02.2013 |