Saya ingin bertanya United Nations dalam bahasa Melayu ialah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau Bangsa-Bangsa Bersatu? | Padanan yang betul ialah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.04.2017 |
Assalamualaikum,saya ingin bertanya, bagaimanakah penggunaan huruf besar dan kecil untuk PBB? Contoh: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu? Sekian, terima kasih. | Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB ialah kata nama khas yang dieja dengan hururf besar. | Ejaan | 09.12.2011 |
Assalamualaikum. Mohon bantuan penggunaan istilah/perkataan yang betul atau lebih tepat: 1. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ataupun Pertubuhan Bangsa Bersatu. 2. Untuk tujuan penulisan, mana yang lebih sempurna: 'cuma' atau 'hanya'? 3. Adakah terdapat istilah bahasa Melayu (bukan pinjaman) selain daripada perkataan 'prosiding' dalam bahan terjemahan daripada 'proceedings'? 4. Yang mana satu terjemahan yang lebih sempurna: daripada 'English' kepada 'Inggeris' atau 'bahasa Inggeris'? 5. Bolehkah 'legal personality' diterjemahkan kepada 'perwatakan perundangan'. Jika tidak, apakah terjemahan yang tepat? Ribuan terima kasih. Semoga khidmat ini akan dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai pengguna dan pencinta bahasa Melayu. | i. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (nama khas) 2. Kedua-dua perkataan boleh digunakan. 3. Maksud proceeding ialah tindakan undang-undang, perjalanan(course of action), rekod. 4. bahasa Inggeris 5. keperibadian undang-undang | Lain-lain | 07.06.2008 |
Kita telah merdeka lebih 50 tahun.Syukur Alhamdulillah.Kemusykilan saya ialah,kenapa kita masih mengaku bangsa yang berbagai,bukan bangsa Malaysia.Ada bangsa Melayu,bangsa India dan sebagainya,sedangkan kita adalah bangsa Malaysia.Borang pendaftaran pihak tuan sendiri masih menggunakan bangsa.Saya bangga,bersyukur dan insaf menjadi bangsa Malaysia,kaum/etnik Melayu. | Merujuk Kamus Dewan bangsa bermaksud jenis manusia daripada satu asal keturunan seperti Melayu, Cina dan India. Hal ini mungkin berbeza apabila kita berada pada peringkat global. Maka wajarlah kita menyebut kita adalah rakyat/bangsa Malaysia bagi melambangkan identiti kita sebagai satu bangsa yang bersatu di bawah nama Malaysia. Borang kami menggunakan bangsa untuk melengkapkan data bagi tujuan kajian kepenggunaan sistem perkhidmatan kami. | Makna | 21.02.2013 |
apakah yang dimaksudkan dengan bangsa gemilang dan apakah yang saya dapat fahami dengan petikan ini? | Bangsa gemilang bermaksud bangsa yang cemerlang atas kejayaan yang ditempa dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, politik, sosial, dan hubungan antarabangsa sehingga menjadikan bangsa tersebut sebagai bangsa yang bertamadun tinggi, dihormati dan boleh dijadikan contoh oleh bangsa-bangsa lain agar mereka juga dianggap gemilang. | Makna | 03.03.2008 |
Mana yang betul pelbagai bangsa berbagai bangsa ? | Berbagai-bagai bangsa atau pelbagai bangsa yang betul. | Tatabahasa | 28.10.2009 |
Selamat Tahun Baru ! Apakah bezanya 'bangsa' dan 'etnik' ? Contoh; Bangsa ; Melayu Etnik : ? atau Etnik ; Melayu Bangsa; ? | Bangsa ialah jenis manusia daripada satu asal keturunan; atau kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan. Etnik berkenaan bangsa manusia. Kedua-duanya mempunyai maksud yang hampir sama, kita boleh sahaja menggunakan frasa bangsa Melayu atau etnik Melayu. Walau bagaimanapun bangsa Melayu telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. | Makna | 08.01.2015 |
Apakah maksud istilah 'negara bangsa' dalam frasa 'citra negara bangsa'. Bolehkah 'negara bangsa' digunakan untuk menggantikan perkataan 'bangsa'. Apakah perbezaan di antara kedua-dua perkataan? | Istilah negara bangsa bermaksud sebuah negara berdaulat yang rakyatnya tidak dapat diidentifikasikan melalui kaum, keturunan atau warna kulit. Negara bangsa merupakan suatu istilah yang sama sekali berbeza dengan bangsa kerana bangsa hanya merujuk kumpulan manusia dlm satu ikatan ketatanegaraan. | Istilah | 19.12.2008 |
Bolehkah menggunakan terma "Bangsa Malaysia"? Bukankan bangsa merujuk kepada bangsa Melayu, cina, India dll | Merujuk Kamus Dewan bangsa bermaksud jenis manusia daripada satu asal keturunan seperti Melayu, Cina dan India. Hal ini mungkin berbeza apabila kita berada pada peringkat global. Maka wajarlah kita menyebut kita adalah rakyat/bangsa Malaysia bagi melambangkan identiti kita sebagai satu bangsa yang bersatu di bawah nama Malaysia. Borang kami menggunakan bangsa untuk melengkapkan data bagi tujuan kajian kepenggunaan sistem perkhidmatan kami. | Istilah | 30.08.2018 |
1)Apakah maksud 'bangsa asing' dari segi bahasa dan istilah? 2)Perbincangan mengenai pengajaran bahasa melayu kepada bangsa asing. | Bangsa asing bermaksud bangsa di luar kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan. Contohnya, bangsa asing yang datang dari negara- negara Afrika dan benua Asia yang lain ke Malaysia untuk tujuan melancong, berniaga atau bekerja. Pengajaran bahasa Melayu yang sesuai kepada kumpulan ini perlu dilihat dari segi keperluan dan latar belakang kumpulan berkenaan. | Makna | 03.02.2008 |