Boleh kita namakan taman perumahan dengan perkataan "Bangsawan" Contoh : Villa Bangsawan , Bangsawan Resisdensi, atau Taman Bangsawan dan sebagainya. | Bangsawan bermaksud keturunan mulia. Dari aspek penggunaan bahasa Melayu perkataan bangsawan boleh digunakan, namun penggunaannya perlulah sesuai dengan konteks penggunaannya. Lazimnya kita menggunakan perkataan bangsawan seperti dalam frasa pentas bangsawan dan orang bangsawan. Jika nama Vila Bangsawan hendak digunakan penempatan tersebut mesti sesuai dengan konteks makna yang dibawanya. | Tatabahasa | 02.08.2012 |
Apakan kata sendi yang sesuai di dalam ayat ini? "Status Fatimah bertukar dari/daripada golongan bangsawan ke/kepada/hingga seorang wanita yang kehilangan kampung halaman." Terima kasih. | Status Fatimah bertukar daripada golongan bangsawan kepada seorang wanita yang kehilangan kampung halaman. | Tatabahasa | 04.03.2007 |
Bolehkan penggunaan `dipelopori oleh' digantikan dengan `dipeloporkan oleh' dalam ayat `Gerakan menuntut kemerdekaan negara itu dipelopori oleh kaum bangsawan.' Terima kasih. | Ungkapan 'dipelopori oleh' dalam ayat 'Gerakan menuntut kemerdekaan negara itu dipelopori oleh kaum bangsawan' tidak boleh digantikan dengan 'dipeloporkan oleh' kerana akhiran -kan mengandungi unsur benefaktif manakala akhiran -i mengandungi unsur lokatif (tempat atau orang). | Tatabahasa | 15.08.2007 |
Apa beza bahasa dalam, bahasa halus, bahasa istana dan, bahasa bangsawan ? | Bahasa dalam ialah bahasa kehormatan (bahasa yg dipakai di istana); bahasa halus ialah bahasa atau perkataan lain yg lebih lembut yg digunakan utk menggantikan perkataan yg dirasakan kasar atau menyentuh perasaan orang lain (mis meninggal dunia utk menggantikan perkataan mati dsb); bahasa istana ialah bahasa yang digunakan di istana dan digunakan oleh kerabat diraja/golongan istana dalam sistem komunikasi antara mereka seperti panggilan gelaran-gelaran, dan sebagainya, manakala bahasa bangsawan pula ialah bahasa yang digunakan bagi kelas-kelas masyarakat yang berbudi halus. | Istilah | 31.08.2009 |
Tun Dr. Mahathir Mohamad seorang_________ ulung ketika menerajui pentadbiran malaysia. A bangsawan B cendekiawan C negarawan D usahawan | Saudari, Dalam konteks ayat di atas jawapan yang paling sesuai ialah 'negarawan'. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat negarawan merujuk kepada 1. orang yg mahir benar dgn cara-cara pemerintahan negara, orang yg memegang atau pernah memegang tampuk pemerintahan sesebuah negara, ahli negara: Churchill ialah seorang ~ Inggeris yg ulung; 2. pemimpin politik yg sangat dihormati kerana sifat-sifatnya (spt kebijaksanaannya, kejujurannya, dll) yg unggul; kenegarawanan sifat atau kebolehan sbg negarawan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Tatabahasa | 23.08.2012 |
maksud perkataan opu | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, opu bermaksud gelaran bangsawan Bugis. | Makna | 10.01.2011 |
apakah maksud feudal?? | Feudal bermaksud berasaskan feudalisme, iaitu sistem kemasyarakatan yang dikuasai oleh kaum bangsawan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 01.03.2008 |
apakah maksud perkataan-perkataan klasik tersebut: 1)bertimbalan 2)pertuanan 3)tambul 4)ratma mutu manikam 5)piala 6)memekis 7)murka 8)bicara | 1. Bertimbalan, beriringan ataupun berpadanan 2. Pertuanan, golongan bangsawan atau kaum ningrat 3. Tambul, makanan yg dihidangkan bersama minuman 4. Ratna mutu manikam, bermacam-macam jenis batu permata 5. Piala, sj cawan yang berkaki dan diperbuat drp emas ataupun perak 6. memekis, mengeluarkan kata yg menyakiti hati 7. murka, marah, 8. bicara, bercakap-cakap ataupun berkata-kata. T.kasih. | Lain-lain | 14.07.2008 |
apakah maksud "sida" | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, sida ialah gelaran orang daripada keturunan bangsawan; sida-sida sl 1. pegawai dlm istana (semacam pendeta); 2. pegawai dlm istana yang telah dikasi (dikembiri); menyidai sl mengasi, mengembiri. | Tatabahasa | 10.01.2013 |
Apakah yang dimaksudkan dengan istilah atau kata "media jelata". Saya tidak menemukannya dalam Kamus Dewan. Terima kasih. | Istilah tersebut tiada dalam rekod kami. Kata 'jelata' disesuaikan hanya dengan 'rakyat' sahaja. Rakyat jelata bermaksud : rakyat biasa, bukan golongan bangsawan. | Lain-lain | 07.08.2009 |