Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ngun] | باڠون

Definisi : 1. bangkit (drpd duduk, tidur, dll): sekali jatuh, sekali ia ~; jatuh ~ ki kegagalan dan kejayaan seseorang (sesebuah negeri dsb); 2. jaga (drpd tidur), bangkit: pagi-pagi aku ~; 3. jaga (tidak tidur): ketika awak pulang saya masih ~; 4. siuman (drpd pengsan): setelah pengsan, ia tidak ~ lagi; 5. sedar, insaf (akan kedudukannya): pd masa ini, bangsa Afrika sudah mulai ~; 6. bangkit, muai (adunan): tepung ini tidak mahu ~; 7. menjadi cair (minyak yg beku): panaskan minyak ini supaya ~;membangun 1. bangun berdiri, bangkit, naik (awan dll): pelangi ~; 2. berkembang dan meningkat maju: negara-negara yg sedang ~;membanguni 1. sl bangun drpd tidur utk melakukan sesuatu tindakan; 2. Jk membangunkan (dr tidur);membangunkan 1. menyuruh seseorang yg sedang tidur supaya bangun, membangkitkan, menggerakkan, mengejutkan: setiap hari ibunya ~nya pd pukul enam pagi; 2. menyebabkan seseorang yg sedang tidur terjaga (kerana bising, diganggu, dsb), membangkitkan, mengejutkan: dentuman yg kuat itu ~nya drpd tidur; 3. membina, mendirikan, membuat: bendahara bermesyuarat hendak ~ kapal akan kenaikan raja; bandar itu dibangunkan di atas kawasan yg mengandungi bijih; mengutip derma utk ~ madrasah; 4. membuat supaya membangun (maju dan berkembang), membina, memajukan: ~ negara; ~ bangsa;5. membuat supaya wujud (timbul, datang) sesuatu perasaan: ~ minat; ~ hasrat utk berdikari;terbangun terjaga drpd tidur dgn tiba-tiba (kerana terkejut, bising, dll): dia ~ apabila mendengar orang mengetuk-ngetuk pintu rumahnya;bangunan sesuatu yg dibangunkan (spt gedung, rumah, kedai, dll): ~ lama;kebangunan kebangkitan, keinsafan, kesedaran: ~ Tanah Melayu menghasilkan kemerdekaan;pembangunan 1. perihal membangun, proses membangun (mencapai kemajuan, perkembangan, perkembangan, dsb); 2. usaha atau kegiatan membangunkan (memajukan dan mengembangkan): ~ luar bandar; ~ sistem;pembangun orang yg membangunkan, pembina. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ngun] | باڠون

Definisi : 1. bentuk, tokoh: ~ badannya sesuai dgn suaranya yg besar itu; 2. = bangun-bangun rupa, perawakan, sikap: ~nya baik; 3. susunan, susuk (sesuatu benda dll): mempelajari ~ permukaan bumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ngun] | باڠون

Definisi : sl denda, ganti rugi (kerana membunuh atau merugikan orang);membangun membayar denda atau ganti rugi, mengganti kerugian: membunuh tidak ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ngun] | باڠون

Definisi : 1 bangkit drpd duduk atau drpd baring: Dia ~ dr kerusi malas lalu berdiri di jendela dan melihat ke luar. 2 terjaga drpd tidur; bangkit drpd tidur: Hari sudah siang tetapi Ali belum ~ lagi. 3 menjadi cair kembali (ttg minyak yg beku): Panaskan minyak ini supaya ~. membangunkan 1 mengejutkan orang drpd tidur; menggerakkan orang tidur supaya terjaga: Tiap-tiap pagi, ayah ~ saya supaya bersembahyang subuh dgnnya. 2 menimbulkan semangat dsb; membangkitkan: Kita hendaklah ~ minat membaca di kalangan kanak-kanak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ba.ngun] | باڠون

Definisi : 1 bentuk atau potongan sesuatu (spt bulat, bujur): Meja makan yg itu bundar ~nya. 2 rupa paras; susuk tubuh: ~ tubuhnya tegap sasa. 3 kaedah atau cara susunan sesuatu; struktur: ~ muka bumi. membangun 1 bangkit; naik (ttg awan dsb): mega ~. 2 berkembang dan bertambah maju: negara-negara ~. membangunkan 1 membina atau membentuk sesuatu supaya tegak berdiri; mendirikan: ~ rumah. 2 mengusahakan supaya maju: ~ negara ialah tugas setiap rakyat. bangunan sesuatu (spt rumah) yg dibangunkan atau didirikan: Taj Mahal ialah ~ yg tercantik di dunia. pembangunan perbuatan, cara dsb membangunkan sesuatu: ~ luar bandar; ~ masjid itu telah memakan masa dua tahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bangun

Puisi
 

Menari bangun menepung,
     Makan tepung bibir rasa;
Nyaris abang mati terkepung,
     Mujur ada sepintu dua.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Laksana janda baru bangun tidur.

Bermaksud :

Perempuan yang benar-benar cantik.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mana betul bangun semua atau semua bangunFrasa yang betul ialah semua bangun daripada ayat semua dikehendaki bangun. Walau bagaimanapun frasa bangun semua juga telah mantap penggunaannya dalam kalangan pelajar.Tatabahasa04.01.2013
bangun dari tidur & bangun daripada tidur yang manakah betul dan tepat?

Ayat yang betul ialah bangun daripada tidur.

Lain-lain16.10.2010
1. Saya bangun dari tidur. 2. Saya bangun daripada tidur. Mana satu betul?kenapa?Saya bangun daripada tidur.Tatabahasa15.08.2008
Ayat yang manakah tepat tanda bacaannya. A) Kita haruslah menghargai masa contohnya Siti bangun awal setiap pagi. B) Kita haruslah menghargai masa. Contohnya, Siti bangun awal setiap hari. C) Kita haruslah menghargai masa contohnya, Siti bangun awal setiap hari.Kita haruslah menghargai masa. Contohnya, Siti bangun awal setiap hari.Tatabahasa17.02.2014
Ayat di bawah betul atau tidak? Tepung yang diadun oleh Kak Lin untuk membuat kuih tidak (bangun)Penggunaan perkataan "bangun" tidak sesuai. Perkataan yang sesuai ialah "naik"Tatabahasa27.10.2015
manakah ayat yang betul ? a) Adik bangun daripada tidur. b) Adik bangun dari tidur. c) Adik sedang mengulang kaji pelajaran di dalam bilik bacaan. d) Adik sedang mengulang kaji di dalam bilik bacaan. Terima kasih.Ayat yang bgramatis ialah Adik bangun daripada tidur dan Adik sedang mengulang kaji pelajaran di dalam bilik bacaan.Tatabahasa02.11.2012
Adakah ayat berikut betul? 1. Saya bangun pada pukul 9 pagi. 2. Saya bangun dari pukul 9 pagi. Sekiranya salah boleh saya tahu mengapa dan apakah ayat yang betul bagi menerangkan maksud yang sama. Terima kasih.Ayat yang betul ialah: Saya bangun pada pukul 9 pagi.
Ayat yang kedua tidak betul kerana penggunaan perkataan "dari" merujuk kepada tempoh masa bukan masa itu sendiri. Contoh perkataan "dari": Saya tidur dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.
Tatabahasa24.01.2018
Gabungkan ayat-ayat untuk membentuk ayat majmuk. 1.Soon Lee bangun awal pada setiap pagi. Dia tidak terlewat ke sekolah.(supaya) Jawapan a:Soon Lee bangun awal pada setiap pagi supaya( dia ) tidak terlewat ke sekolah. Jawapan b:Soon Lee bangun awal pada setiap pagi supaya tidak terlewat ke sekolah. Adakah kedua-dua jawapan ini boleh diterima?Mengapa? 2)Hani tidak pergi ke sekolah. Hani sakit perut.(kerana) Jawapan a:Hani tidak pergi ke sekolah kerana (dia)sakit perut. Jawapan b:Hani tidak pergi ke sekolah kerana sakit perut. Adakah kedua-dua jawapan boleh diterima?Mengapa? TERIMA KASIH!!!!1. Soon Lee bangun awal pada setiap pagi supaya tidak terlewat ke sekolah.
2. Hani tidak pergi ke sekolah kerana sakit perut.
Lain-lain27.04.2014
Gabungkan ayat-ayat untuk membentuk ayat majmuk. 1.Soon Lee bangun awal pada setiap pagi. Dia tidak terlewat ke sekolah.(supaya) Jawapan a:Soon Lee bangun awal pada setiap pagi supaya( dia ) tidak terlewat ke sekolah. Jawapan b:Soon Lee bangun awal pada setiap pagi supaya tidak terlewat ke sekolah. Adakah kedua-dua jawapan ini boleh diterima?Mengapa? 2)Hani tidak pergi ke sekolah. Hani sakit perut.(kerana) Jawapan a:Hani tidak pergi ke sekolah kerana (dia)sakit perut. Jawapan b:Hani tidak pergi ke sekolah kerana sakit perut. Adakah kedua-dua jawapan boleh diterima?Mengapa? *****Jika murid meletakkan (dia)dalam ayat tersebut,adakah boleh diterima******Terima kasih!!!!!Lihat buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 514 di bawah tajuk Ayat Keterangan. Ayat Keterangan terdiri daripada Ayat induk + Kata hubung + Ayat Keterangan. Berdasarkan rumus yang tersebut, ayat yang betul ialah: 
Soon Lee bangun awal pada setiap pagi supaya dia tidak terlewat ke sekolah; dan Hani tidak pergi ke sekolah kerana sakit perut.
Tatabahasa28.04.2014
Salam. Maaf,merujuk kepda pertanyaa saya pada 6.12.2018(sperti di bawah) tapi betulkah kesalahan ayat di atas telah disemak dengan betul. Saya rasa seperti orang yang memeriksa ini hanya copy paste sahaja sebab sebelum ini jika telah diperiksa, mereka akan betulkan ejaan atau tanda baca yang salah sekaligus. Mohon pencerahan. Tq Salam sejahtera AZMAZAIRA JAMALUDIN, Jawapan : Cadangan jawapannya yang betul adalah seperti yang berikut: Buku cerita yang baik ialah buku yang dapat merangsang pemikiran pembaca menerusi penceritaannya. Inilah matlamat yang kami sasarkan kepada pembaca. Banyak lagi nilai murni yang boleh kamu dapati daripada buku ini. Jiran kita ini pemalas. Sudah pagi pun masih belum bangun. Bangun burung hantu! Bangun!"jerit anak burung kenari. Namun, burung hantu masih lena. burung hantu haiwan yang aktif pada waktu malam. Dia membahagikan tugasnya kepada mereka supaya kerja lebih cepat disiapkan. bagaimanakah saya mampu menyiapkan kerja ini seorang diri? lebih baik saya berehat. esok sahaja sy buat! saya seorang diri tidk akan sempat kumpulkan semua jerami ini. lebih baik saya tidur dan merehatkan diri. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka.Ayat dan perkataan yang ditanda hitam (bold) ialah kesalahan ejaan, huruf besar yang telah dibetulkan.

Buku cerita yang baik ialah buku yang dapat merangsang pemikiran pembaca menerusi penceritaannya. Inilah matlamat yang kami sasarkan kepada pembaca. Banyak lagi nilai murni yang boleh kamu dapati daripada buku ini. Jiran kita ini pemalas. Sudah pagi pun masih belum bangun. "Bangun burung hantu! Bangun!"jerit anak burung Kenari. Namun, burung hantu masih lena. Burung hantu haiwan yang aktif pada waktu malam. Dia membahagikan tugasnya kepada mereka supaya kerja lebih cepat disiapkan. Bagaimanakah saya mampu menyiapkan kerja ini seorang diri? Lebih baik saya berehat. Esok sahaja saya buat! Saya seorang diri tidak akan sempat kumpulkan semua jerami ini. Lebih baik saya tidur dan merehatkan diri. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ejaan12.12.2018
1234

Kembali ke atas