Analisis atau analisa atau kedua-duanya masih diguna oleh DBP? Bani Abbasiah atau Bani Abbasiyyah? Bani Umaiah atau Bani Umayyah? klasifikasi atau kelasifikasi? | Ejaan yang betul ialah analisis dan klasifikasi. Bani Umaiyah dan Abbasiyah ialah kata nama khas dan dalam pangkalan data kami ejaan Umaiyah lebih banyak terakam berbanding dengan Umaiyyah. Bagi ejaan Abbasiyyah lebih banyak terakam berbanding dengan Abbasiyah tetapi terbitan DBP mengguna pakai ejaan Abbasiyah (sama seperti Umaiyah - satu y). | Ejaan | 06.11.2012 |
Salam sejahtera Khidmat Nasihat DBP, Saya ingin mengetahui sebab ayat berikut tidak gramatis menurut sesetengah pihak. 1. Apa-apa yang diperkatakannya tentang rakannya adalah benar. Sekian. Terima kasih Ali Bani | Ayat apa-apa yang diperkatakannya tentang rakannya adalah benar ialah ayat yang gramatis. | Tatabahasa | 06.08.2012 |