1. menabung di dalam bank / menabung di bank / menabung dalam bank 2. simpanan di dalam bank / simpanan di bank / simpanan dalam bank Yang manakah di atas adalah betul? Terima kasih. | Frasa yang tepat ialah menabung di bank dan simpanan di bank. | Tatabahasa | 15.07.2013 |
Adakah pihak DBP menegur bank-bank di negara ini yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan pada laman sesawang, misalnya laman sesawang Bank Muamalat dan laman sesawang Bank Hong Leong. Tiadakah badan yang boleh menguatkuasakan peraturan agar bahasa kebangsaan diutamakan kepada mereka? | Kami akan menyiasat perkara ini terlebih dahulu dan memaklumkan kepada pihak tuan untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih. | Tatabahasa | 22.11.2014 |
Salam... Benarkah kata pinjaman perlu disebut mengikut bunyi kata asal, bukannya secara sebutan baku? Contohnya: London (disebut Landen), bank (disebut beng), universiti (disebut yuniversiti) ? | Dalam sistem bahasa Melayu baku, stiap perkataan disebut seperti ejaan termasuklah bank (bank, bukan benk) dan universiti (universiti, bukan yuniversiti). Walau bagaimanapun nama tempat lazimnya disebut seperti asal kecuali telah diberi nama/sebutan dalam bahasa Melayu. Contohnya London kekal dengan sebutannya dan Phillipine disebut dalam teks Melayu sebagai Filipina. | Tatabahasa | 03.08.2012 |
Adakah terjemahan ini betul " The upcoming Islamic Bank 2015" Bank Islam Baharu 2015"? Jika tidak betul apakah terjemahan yang tepat?. Terima kasih | Ya benar, Bank Islam Baharu 2015. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.09.2015 |
pengwujudan bank atau pewujudan bank | Frasa yang betul ialah pewujudan bank. | Istilah | 13.10.2009 |
bank agro atau agro bank dalam penulisan bahasa melayu | Frasa yang betul ialah Bank Agro. | Ejaan | 13.10.2009 |
'Power bank' dalam bahasa Melayu? | Perkataan power bank diterjemahkan kepada bank kuasa. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.10.2015 |
Apakah betul/tepat terjemahan ini: "New to our Bank?" "Anda baru kepada bank kami?" Terima kasih. | Cadangan kami bagi terjemahan berikut ialah "Anda pelanggan baharu bank kami?". | Penyemakan dan penterjemahan | 10.10.2017 |
adakah perkataan di bawah perlu dieja dengan huruf besar di depan kata 1) agensi atau Agensi, 2) kerajaan atau Kerajaan 3) unit atau Unit Apakah yang dimaksudkan jerayawara-adakah ia bermaksud (roadshows) 5) bolehkah brosur digunakan dalam bahasa melayu.apakah nama dalam BM 6) Bank IkS atau Bank SME atau SME Bank 7) apakah maksud Banci Baseline dalam BM 8) Bagaimana mengeja kenalpasti atau kenal pasti 9) EXIM Bank atau Bank EXIM 10) pewujudan atau pengwujudan | 1. agensi sebagai kata nama khas sahaja yg dieja dengan huruf besar. Contohnya Agensi Pekerjaan Lee. 2. kerajaan pun sama dengan agensi. Sekiranya kata nama khas diejan dengan huruf besar seperti Kerajaan Malaysia. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. 3. jerayawara ialah persembahan, pameran, ceramah dsb yg diadakan oleh seseorang atau sekumpulan orang (penyanyi, ahli politik dsb) yg berkunjung dr satu tempat ke tempat lain dgn tujuan memberikan hiburan, menjelaskan sesuatu isu kpd orang ramai, mempromosikan sesuatu dsb. 5.Brosur ialah risalah dalam BM. 6. Bank SME. 7. Cadangan kami ialah bancian dasar. Sila rujuk bahan yang berkaitan. 8.kenal pasti. 9. Bank Exim. 10. perwujudan ialah 1. bentuk atau rupa (yg benar-benar dapat dilihat dll); 2. sesuatu yg berwujud (kelihatan dlm mimpi dll); 3. sesuatu yg konkrit (maujud, nyata); 4. pelaksanaan (cita-cita dll). Pewujudan ialah perbuatan atau proses mewujudkan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Tatabahasa | 13.10.2009 |
BANK | Untuk hal berkenaan pengesahan iklan, sila layari http://dbpsahbahasa.my/ Terima kasih. | Lain-lain | 29.05.2017 |