Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ban.tah] | بنته

Definisi : perkelahian, pertengkaran; ~-bentah = ~-bentuh bermacam-macam pertengkaran;berbantah berkelahi, bertengkar (mulut);berbantah-bantah berselisihan: jika kamu ~ dlm sesuatu perkara, hendaklah kamu mengembalikannya kpd al-Quran dan Sunah;membantah menentang, melawan (pendapat): dia tidak ~, hanya air matanya yg menitik;membantahi tidak membenarkan (sesuatu), menyanggah: kerajaan negara-negara Balkan ~ amalan-amalan perdagangan yg tertentu;membantahkan, memperbantahkan berbantah tentang sesuatu, memperdebatkan: apa yg kita perbantahkan, kita lihat sekarang siapa mati dan siapa hidup;terbantahkan dapat dibantah: prinsip yg tidak ~;bantahan 1. sanggahan, sangkalan: kalau tidak ada ~, tentu benar tuduhannya; 2. suka membantah: ~ sekali anak ini;perbantahan pertengkaran, perdebatan: pd suatu malam, terjadilah ~ antara kedua-dua pemuda itu tentang hak milik pusaka;pembantahan perihal membantah(i) atau membantahkan, penyangkalan;pembantah 1. orang yg membantah; 2. suka membantah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ban.tah] | بنته

Definisi : ; berbantah tidak bersetuju antara satu dgn yg lain; bertengkar: Mula-mula mereka bermain-main, kemudian ~, akhir-akhirnya bertumbuk. membantah tidak menyetujui pendapat orang lain; menentang atau melawan perkataan atau pendapat orang: Setelah mendengar nasihat guru, murid-murid tidak ~ lagi. memperbantahkan menjadikan sesuatu sbg bahan utk berbantah; mempertengkarkan: ~ harta pusaka; Usah ~ perkara yg kecil itu. bantahan apa-apa yg dikatakan utk membantah: Kalau tidak ada ~, kita luluskan saja usul ini. perbantahan perbuatan berbantah; pertengkaran; perdebatan. pembantahan perbuatan membantah; penyangkalan. pembantah orang yg (suka) membantah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bantah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tn, kenapa "di bantah" harus dijarakkan sedangkan "bantah" adalah kata kerja dan "dipukul" pula boleh bersambung yang nama pukul juga kata kerja? Sila bagi nasihat dan panduan tentang penggunaan "di". Jasa baik pihak tuan "di dahului/didahului" ( sila pilih dan beri alasan ) dengan ucapan ribuan terima kasih.Untuk pengetahuan tuan/puan, ejaan yang betul untuk 'di-ban-tah' ialah 'dibantah'. Ejaannya bukan dijarakkan seperti yang tuan/puan nyatakan. Begitu juga dengan ejaan 'di-pu-kul'. Ejaan yang betul ialah 'dipukul' kerana pukul ialah kata kerja. Untuk keterangan lanjut tentang persoalan atau permasalahan tatabahasa, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Tatabahasa18.12.2008
Ungkapan “Mengapa Kami Bantah!” ialah tajuk sebuah buku. Adakah DBP beranggapan bahawa ungkapan “Mengapakah Kami Bantah!” lebih sesuai berbanding dengan ungkapan ini?Pada pandangan kami frasa yang gramatis ialah Mengapakah Kami Bantah? sebagai tajuk sebuah buku.Tatabahasa14.01.2013
Bolehkah ayat dangkal diguna untuk menggantikan perkataan bantah? Contoh ayat: "Ini tidak benar!" dangkalnya.Penggunaan perkataan "dangkal" untuk menggantikan perkataan "bantah" dalam ayat yang berkenaan tidak boleh digunakan. Kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna/maksud yang berbeza.Tatabahasa08.01.2011

Kembali ke atas