| Salam, apakah makna "seperti pahat dengan penukul" 1. orang yang hanya bekerja pabila disuruh, atau 2. bantu-membantu satu sama lain hal ini kerana timbul kekeliruan makna. sekian terima kasih | Seperti pahat dengan penukul bermaksud satu sama lain bantu-membantu.
| Tatabahasa | 05.04.2013 |
| saya keliru dengan makna perumpamaan 'seperti pahat dengan penukul'. sama ada maknanya 'satu sama lain bantu-membantu' atau 'orang yg hanya bekerja apabila diperintah'. makna yang mana tepat bagi perumpamaan tersebut? | Puan Norsazila, Makan perumpamaan yang betul ialah orang yang hanya bekerja apabila disuruh atau diperintah. | Tatabahasa | 30.03.2010 |
| Apakah kepentingan mengeratkan hubungan sesama jiran? | Kepentingan mengeratkan hubungan sesama jiran dapat mewujudkan keadaan bersatu padu, hormat menghormati, bantu membantu, kerjasama, menjamin keselamatan dan keharmonian. Sila rujuk rencana-rencana tentang kejiranan. | Lain-lain | 10.06.2008 |
| Maaf, saya menghadapi keliruan apabila mencari maksud seperti pahat dengan penukul. Dalam khidmat nasihat tuan ditulis orang yang hanya bekerja apabila disuruh atau diperintah pada tahun 2010 tetapi satu sama lain bantu-membantu pada tahun 2013. Harap tuan boleh bantu untuk memberi penerangan. | Salam sejahtera, Berdasarkan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi kedua (Abdullah Hussain), Bagai pahat, tidak ditukul tidak makan bermaksud bekerja hanya kalau diperintah. Seperti pahat dengan penukul bermaksud satu sama lain bantu-membantu. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 09.08.2018 |
| Apakah kesalahan penggunaan kata atau isitilah dan kesalahan bahasa dalam ayat di bawah ? 1)Pegawai kedoktoran yang dijemput dari Kuala Lumpur itu menerangkan tentang cara-cara pencegahan penyakit deman denggi. 2)Sebahagian peserta-peserta dalam pertandingan pidato itu amat becok sekali hingga menyukarkan para hakim memilih pemenangnya. 3)Rakyat Malaysia perlulah saling bantu-membantu dalam usaha memupuk sikap perpaduan kaum. | 1) Pegawai kedoktoran yang dijemput dari Kuala Lumpur itu menerangkan tentang cara-cara pencegahan penyakit deman denggi. Perkataan yang betul ialah Pegawai Kesihatan dan mencegah. 2) Sebahagian peserta-peserta dalam pertandingan pidato itu amat becok sekali hingga menyukarkan para hakim memilih pemenangnya. Frasa yang betul ialah sebahagian daripada dan petah. 3) Rakyat Malaysia perlulah saling bantu-membantu dalam usaha memupuk sikap perpaduan kaum. Frasa yang betul ialah saling membantu/bantu-membantu dan memupuk perpaduan kaum. | Tatabahasa | 27.03.2014 |
| salam. ayat yang betul; 1.Wanita berbaju kebaya itu ialah ibu saya. 2.Penduduk Taman Desa saling bantu-membantu. 3.Pemandangan pada waktu senja sungguh indah sekali. 4.Dalam masa satu setengah jam Ali berjaya menamatkan lariannya. Terima kasih. | Ayat yang perlu dibetulkan ialah: 2. Penduduk Taman Desa saling membantu antara satu sama lain. 4. Dalam masa satu jam setengah Ali berjaya menamatkan lariannya. | Tatabahasa | 02.11.2009 |
| Salam sejahtera tuan, soalan saya adalah seperti berikut. 1) Kebanyakan pelancong yang berkunjung ke Pulau Redang terpikat oleh keindahan dasar lautnya. Adakah terpikat oleh betul? ataupun terpikat dengan lebih sesuai dalam ayat ini? 2) Adakah maksud peribahasa 'seperti pahat dengan penukul' bantu-membantu antara satu sama lain? 3) Ibu tahu bahawa abang tidak akan melakukan perkara yang menyalahi undang-undang. Adakah tahu bahawaw betul? 4) Yang turut hadir di majlis perkahwinan itu ialah diplomat-diplomat asing. Adakah ayat ini betul? 5) Perlu ditekankan bahawa penghasilan sesuatu produk ialah kualitinya. Adakah ayat ini betul? 6) Samantha berpaling muka apabila melihat saya, mengapa? Adakah ayat ini betul? 7) Masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan kerja ini berapa lama? Adakah ayat ini betul? 8) Kita bukan sahaja perlu berani tetapi juga perlu menghadapi cabaran semasa pendakian nanti. Adakah ayat ini betul? Terima kasih. | Contoh ayat berikut betul: 1) Kebanyakan pelancong yang berkunjung ke Pulau Redang terpikat oleh keindahan dasar lautnya. 3) Ibu tahu bahawa abang tidak akan melakukan perkara yang menyalahi undang-undang. 4) Yang turut hadir dalam majlis perkahwinan itu ialah diplomat-diplomat asing. 5) Perlu ditekankan bahawa penghasilan sesuatu produk ialah kualitinya. 6) Samantha berpaling muka apabila melihat saya, mengapa? 7) Masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan kerja ini berapa lama? 8) Kita bukan sahaja perlu berani tetapi juga perlu menghadapi cabaran semasa pendakian nanti. 2) Maksud peribahasa 'seperti pahat dengan penukul' ialah bantu-membantu antara satu sama lain, juga betul. | Tatabahasa | 14.08.2021 |
| Salam sejehtera. A Sultan Selangor telah mengurniakan beliau sebentuk pingat keberanian. B Ibu menghidangi lauk-pauk yang amat istimewa untuk kami pada hari ini. C Penduduk Taman Jati sentiasa mengamalkan sikap saling bantu-membantu. D Pengusaha makanan dingin beku itu memperoleh pendapatan yang lumayan. Mohon pandangan tuan, ayat yang mana betul ? Terima kasih. | Salam Sejahtera, Ayat yang betul ialah ayat D, walau bagaimanapun, istilah yang lebih tepat ialah makanan sejuk beku. Ayat A ( pembetulan- mengurniakan sebentuk pingat); Ayat B ( pembetulan- menghidangi kami) ; Ayat C (pembetulan – saling membantu). | Tatabahasa | 24.07.2018 |
| 1. Bolehkah "saling " digunakan dengan "antara satu sama lain"? 2.Apakah perbezaan antara "titah" dan "sabda"? 3."Kaedah peN- " atau "kaedah beR/meN" (contoh :"kaedah belajar" atau "kaedah pembelajaran") 4.Apakah perbezaan antara "kepimpinan" dengan "lepemimpinan"? Terima kasih | 1. Soalan pertama tidak jelas. Contoh penggunaan "saling" yang betul seperti saling membantu (bukan saling bantu-membantu). 2. Titah ialah bahasa diraja yang bermaksud kata, manakala sabda ialah kata yang dikaitkan dengan nabi. Boleh rujuk PRPM untuk maklumat selanjutnya. 3. Apitan peN-...-an menerbitkan kata pembelajaran daripada kata dasar belajar. 4. Kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin dan kepemipinan bermaksud hal-hal yang berkaitan dengan pemimpin. | Tatabahasa | 02.04.2020 |
| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan. Saya ingin bertanya apakah perbezaan antara tolong dan bantu? Bolehkah kedua-dua perkataan ini digunakan untuk maskud yang sama atau adakah kedua-dua perkataan ini mempunyai penggunaan yang khusus? Bagi contoh ayat "go and help her", adakah kedua-dua perkataan bantu dan tolong sesuai untuk menjadi padanan bagi perkataan "help"? Terima kasih. | Puan yang budiman, Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "TOLONG" membawa maksud: = minta ~ minta bantuan (sokongan); tolong-bertolong, bertolong-tolongan, tolong-menolong bantu-membantu, saling membantu; menolong, menolongi. Manakala dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan pula mendefinisikan perkataan "HELP" sebagai ~ so. up, /menolong, membantu/ sso naik ke atas; Oleh itu berdasarkan rujukan kedua kamus tersebut, perkataan "TOLONG" dan "BANTU" sesuai dijadikan padanan untuk perkataan "HELP". | Makna | 09.11.2019 |