tolong huraikan kepada saya tentang penggunaan kata banyak | banyak 1. bukan sedikit, tidak sedikit: ~ orang yg mempunyai cita-cita tinggi; 2. bilangan, jumlah: berapa ~ wang yg kauterima? 3. sangat, sungguh: ~ lagak; ~ aksi membuat-buat supaya nampak elok; ~ bicara = ~ cakap = ~ mulut suka berleter; ~ cantik sr ungkapan utk menyatakan kemarahan, atau digunakan sbg gurauan dll; ~ sedikitnya a) jumlahnya, banyaknya; b) barang sedikit; | Makna | 03.10.2007 |
Nampaknya penggunaan Bahasa Melayu makin dipinggirkan oleh banyak pihak termasuk kerajaan sendiri. Media cetak lebih lagi eletronik memburukkan lagi keadaan. DBP tidak ada undang-undang penguatkuasaan. Benci betul saya melihat perkataan 'car wash', parking, private properties dan banyak lagi seolah-olah mencabar bahasa Melayu. Undang2 Kecil Bandaran mengenaan bahasa Kebangsaan siapa pun tak ambil tahu. Menteri-menteri Melayu pun sama tak ikut Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152, sanggup jual bangsa, Bahasa Melayu diganti dengan Bahasa mlaysia. Ada orang sanggup cabar di Mahkamah ke? Cakap banyak pun buat sakit hati, apa yang saya boleh bantu DBP dalam mempertabatkan Bahasa Melayu?. | Terima kasih atas keprihatinan tuan terhadap penggunaan bahasa Melayu di negara kita. Sokongan dan komitmen tuan dalam usaha kami untuk memartabatkan bahasa Melayu amat dalu-alukan dan dihargai. Diharap tuan dapat terus memberikan sokongan kepada usaha dan kegiatan yang kami adakan dari semasa ke semasa. Terima kasih. | Lain-lain | 02.11.2007 |
Bagaimana hendak membezakan perkataan berikut: 1. mengait dan menjolok 2. banyak dan ramai 3. setempat dan tempatan | mengait1. memetik (menarik dll) sesuatu dgn kait, mencangkuk, menggancu: ~ buah rambutan; maka datang hulubalang Pahang ~ jong itu; 2. merajut dgn jarum kait: ia terpaksa menyulam dan ~ renda utk nafkah hidupnya; 3. melukai dgn sesuatu yg berkait: duri itu ~ kakinya; 4. ki mengambil keuntungan dll dgn cara tidak halal. jolok; menjolok1. menusuk (merodok) sesuatu dgn galah dll supaya gugur, menusuk ke dlm lubang dll: kalau engkau hendak ~ buah rambutan itu carilah galah yg panjang sedikit; 2. memasukkan jari tangan ke dlm lubang hidung (kerongkong dll); 3. memancing-mancing keterangan dll drpd orang, mengajuk atau menduga (hati orang); ~ alang (orang) yg sangat tinggi; ~ anak menggugurkan kandungan; ~ hati mengajuk hati; ~ mata a) sangat jelas kelihatan, sangat nyata; b) memberi malu, menyakitkan hati; ~ sarang tebuan prb melakukan sesuatu yg mendatangkan bahaya; yg dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas prb keuntungan yg diharap-harapkan tidak didapat, sedangkan modal atau alat utk mendapatnya hilang juga; banyak- 1. bukan sedikit, tidak sedikit: ~ orang yg mempunyai cita-cita tinggi; 2. bilangan, jumlah: berapa ~ wang yg kauterima? 3. sangat, sungguh: ~ lagak; ~ aksi membuat-buat supaya nampak elok; ~ bicara = ~ cakap = ~ mulut suka berleter; ~ cantik sr ungkapan utk menyatakan kemarahan, atau digunakan sbg gurauan dll; ~ lemak a) mempunyai atau diselaputi lemak yg banyak (bkn bahagian tubuh): alat itu digerakkan di bahagian yg ~ lemak selama kira-kira 15 minit; b) ki berkelakuan yg keterlaluan atau terlalu manja sehingga mengakibatkan orang lain meluat (bkn perilaku seseorang): "Sekarang kau dah ~ lemak."; ~ sedikitnya a) jumlahnya, banyaknya; b) barang sedikit;
ramai- 1. riuh-rendah, hiruk-pikuk (bunyi, suara, dll): orang menyabung terlalu ~, bunyi sorak spt akan sampai ke langit; 2. sangat hebat, dahsyat (peperangan, perkelahian, dll): maka berperanglah Temenggung Seri Udana dgn Peringgi terlalulah ~; 3. sangat gembira, sangat meriah, riang gembira: Encik Ramli pun hanya ~ dlm hati sendiri; 4. aktif, giat, sibuk: sesudah meleset beberapa lama, pasaran getah ~ kembali; Singapura ialah bandar perniagaan yg ~; 5. banyak penghuninya (penduduknya): pd zaman itu negeri Siak ~; 6. banyak (orang), orang banyak, umum: ~ orang berkumpul; perkara Dang Kenanga janganlah dijadikan soal ~; di muka ~ di depan orang banyak (umum); kemahuan ~ kemahuan umum; khalayak ~ orang banyak, umum; kegemaran ~ kesukaan umum; orang ~ a) orang biasa (kebanyakan); b) orang yg banyak (umum); suara (pendapat) ~ suara atau pendapat umum; ~ beragam, rimbun menyelara prb kesukaan (kemahuan) tiap-tiap seorang tidak sama;
setempat1. satu tempat sahaja; 2. = setempat-setempat hanya mengenai sesuatu tempat sahaja, tidak menyeluruh; 3. di tempat itu sendiri: hikayat ini tersiar di daerah yg sangat luas biarpun dlm bentuk yg berlainan dan disesuaikan dgn keadaan ~; tempatanyg berkaitan dgn tempat tertentu, di tempat itu sendiri: kasut hitam, buatan ~ yg dipakainya itu berkilat; buah-buahan ~ buah-buahan dr negera sendiri (bukan buah-buahan yg diimport); ~ hati ki buah hati, kekasih; | Makna | 04.08.2009 |
Firdaus Syah SEL 5.36 PAGI Salam, cuma mahu bertanya, Bahasa Melayu ni memang kolot dan teruk sangat ke sebab hampir semua perkataan datang atau pinjam daripada bahasa inggeris. Macam tak ada kualiti orang cakap. kalau sesetengah perkataan tak ada maksud dalam bahasa melayu. Memang faham la boleh pinjam. Sekarang macam semua guna bahasa inggeris yang ditukar. Kawan dari Kaum lain tanya kenapa bahasa melayu banyak bahasa inggeris?Mana yang Melayu? Susah jawab. Jadi saya harap DBP pantau dan tegurla media massa/ cetak atau mana2 yang guna bahasa melayu dengan salah. saya pun bukan arif sangat bahasa melayu, cuma kesian tengok bahasa sendiri pun dah hilang identiti. | Kami ambil maklum pandangan tuan. Walau bagaimanapun suka untuk kami berkongsi maklumat bahawa peminjaman bahasa sememangnya berlaku secara tabii apabila dua komuniti, bahkan juga dua komuniti dialek, bertemu antara satu sama lain. Ini bermakna akan berlaku pengambilan unsur bahasa daripada suatu bahasa lain ke dalam bahasa sendiri. Contohnya, perkataan fikir (bahasa Arab), ayu (dialek Jawa) dan almari (bahasa Portugis) telah lama diterima pakai dalam bahasa Melayu sehinggakan perkataan tersebut dianggap sebagai kata jati Melayu. Penggunaan kata pinjaman ini bergantung pada konteks penggunaan kata tersebut terutamanya penggunaan dalam bidang khusus (peristilahan). Kata serapan pula ialah kata daripada bahasa asing yang diambil masuk dengan hanya menyesuaikan bunyi dan ejaannya (jika perlu) supaya sesuai dengan bunyi dan ejaan Melayu. Peminjaman usur-unsur bahasa asing merupakan kelaziman atas beberapa alasan tertentu, iaitu: i. tiada perkataan dalam bahasa Melayu dan keperluan memberikan nama am atau khusus kepada benda atau perkara; ii. perkataan bahasa Melayu belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa asing; dan iii. Perkataan asing sesuai dan kelihatan lebih bergaya berbanding dengan bahasa Melayu sedia ada yang mungkin sudah lapuk atau jarang-jarang digunakan, misalnya perkataan matematik menggantikan ilmu hisab. Dalam dunia tanpa sempadan, hakikat yang perlu diterima ialah peminjaman bahasa ini juga berlaku dalam semua bahasa dan semakin meluas. Bahasa Inggeris sendiri banyak meminjam bahasa daripada bahasa Latin, Greek dan Perancis. Berdasarkan semakan kami, perkataan bicycle itu sendiri merupakan gabungan daripada bi- (bahasa Inggeris) dan kuklos (bahasa Greek), diasimilasikan menjadi bicycle. Bahasa Arab juga meminjam perkataan bahasa Inggeris khususnya dalam bidang teknologi. Bahasa Melayu yang mempunyai ciri-ciri bahasa moden tidak dapat lari daripada fenomena sejagat ini. Penggunaan bahasa asing dalam bahasa Melayu juga dilihat semakin berleluasa dan tidak terkawal kerana sifat sesuatu bahasa itu sendiri yang sentiasa berkembang seiring dengan perubahan dari semasa ke semasa. DBP, melalui Jawatankuasa Istilah dan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (Mabbim) hanya menerima perkataan asing sekiranya mematuhi proses peminjaman unsur asing ke dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 30.05.2017 |
1) adakah "penghuni kampung" diterima? 2) sempena (perayaan) atau bersempena dengan (perayaan) / kedua-dua pun boleh diterima? 3) sistem pengedaran darah / sistem peredaran darah / kedua-dua pun betul? 4) adakah memberi penghormatan & memberikan penghormatan sama maksud? 5) bagaimana untuk membezakan penggunaan terancang & dirancang? 6) Mengikut Kamus tatabahasa, tersangat + kata adjektif kan betul? namun kenapa banyak jawapan bagi soalan buku tatabahasa menunjukkan "tersangat" adalah salah? saya memeriksa portal khidmat nasihat dari 2012 hingga 2015. Ada pegawai petugas yang cakap betul, ada yang berpendapat "tersangat" ini salah. harap mendapat maklum balas. | Cadangan jawapan seperti berikut: 1) (1) Jawapan yang betul ialah penduduk kampung 2) (2) Bersempena dengan perayaan 3) (3) Sistem peredaran darah 4) (4) Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM, menerangkan makna: i) Memberi - menyebabkan seseorang menerima sesuatu. Contoh ayat: Pak Ali memberi anak-anaknya wang saku. ii) Memberikan - menyerahkan sesuatu kepada... Contoh ayat: Saya memberikan buku itu kepada adik saya. 5) (5) Perkataan terancang dan dirancang membawa maksud yang sama iaitu sudah dirancang. 6) (6) Kata penguat bebas boleh digabungkan dengan awalan ter- dan hadir sebelum kata adjektif dalam konteks penanda darjah penghabisan. Contoh: teramat pandai,teramat cantik, tersangat pandai, tersangat cantik. | Tatabahasa | 08.02.2021 |
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Saya Dr. Zair Asrar Ahmad daripada Jabatan Mekanik Gunaan dan Rekabentuk, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Malaysia. Saya ingin mendapatkan pendirian dan pengesahan rasmi daripada pihak DBP berkenaan penggunaan tanda kata kutip (" ") di dalam dokumen-dokumen rasmi untuk mewakili istilah Bahasa Inggeris. Untuk makluman, sesetengah istilah tersebut telah pun ada di dalam Bahasa Malaysia (rujukan Kamus Istilah Kejuruteraan DBP). Pihak fakulti sentiasa merujuk kepada kamus tersebut semasa menyemak abstrak pelajar di dalam dokumen tesis mereka. Pihak fakulti juga ingin menyarankan pihak DBP agar sentiasa mengemaskini kamus tersebut agar penggunaan Bahasa Malaysia yang betul sentiasa dapat dimartabatkan terutamanya di dalam dokumen rasmi di universiti. Pihak fakulti telah mendapat aduan dari pelajar yang mengatakan abstrak beliau betul dan disahkan oleh pihak DBP. Di dalam abstrak beliau, terdapat banyak penggunaan tanda kutip untuk mewakili istilah Bahasa Inggeris. Abstrak tersebut disertakan untuk rujukan pihak Tuan/Puan. Walaupun pihak fakulti merasakan perkara ini adalah tidar wajar dan merosakkan bahasa, pendirian dan peraturan rasmi DBP sebagai penjaga rasmi Bahasa Malaysia adalah dipohon tentang isu ini. | Istilah umum atau khusus yang boleh diterjemahkan dalam bahasa Melayu tidak perlu diletakkan tanda petik. Untuk makluman tuan, dalam buku Gaya Dewan terbitan DBP di bawah tajuk penggunaan "Tanda Petik". digunakan untuk tujuan tertentu seperti: a. Mengapit cakap ajuk, petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis. Contoh: "Bila sampai?" tanya Husin. b. Mengapit judul rencana, karangan, puisi, atau bab buku yang dipakai dalam ayat. Contoh: Rencana yang ditulisnya "Manusia dan Alam Sekitar", terpilih ke peringkat akhir peraduan menulis rencana anjuran Persatuan Sains. c. Mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus. Contoh: Amin sedang menyediakan "anatomi" halaman buku ini. | Tatabahasa | 17.07.2023 |