Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata banyakkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
BAGAIMANA UNTUK MEMASTIKAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU ADALAH BETUL

Banyakkan membaca dan menulis. Sentiasalah merujuk buku-buku yang berkaitan tatabahasa seperti Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Lain-lain25.04.2009
cara meningkatkan penggunaan bahasa di khalayak ramaiAntara caranya ialah banyakkan membaca bahan terbitan yang bermutu dari segi bahasanya contohnya produk terbitan DBP, agar apabila kita berhadapan dengan khalayak kita dapat mengungkapkan kata-kata dengan bahasa yang baik dan betul.Lain-lain30.07.2008
PENGGUNAAN EJAAN PERKATAAN YANG MELIBATKAN SATU "K" DAN DUA "K" CONTOH : kebanyakan banyakkan BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MEMBEZAKAN EJAAN PERKATAAN UNTUK PERKATAAN YANG MEMERLUKAN SATU "K" DAN DUA "K"
Perkataan banyak apabila menerima imbuhan meN bagi membentuk kata kerja transitif akan menjadi membanyakkan. Perkataan tersebut apabila menerima awalan dan akhiran ke-an menjadi  kebanyakan bukan kebanyakkan. Tidak ada bentuk kebanyakkan atau imbuhan ke...kan. 
Tatabahasa20.04.2013
BAGAIMANAKAH UNTUK MEMBEZAKAN EJAAN PERKATAAN YANG MENGGUNAKAN SATU 'K' DAN DUA 'K'. CONTOH: BANYAKKAN KEBANYAKANPerkataan banyak apabila menerima imbuhan meN bagi membentuk kata kerja transitif akan menjadi membanyakkan. Perkataan tersebut apabila menerima awalan dan akhiran ke-an menjadi  kebanyakan bukan kebanyakkan. Tidak ada bentuk kebanyakkan atau imbuhan ke...kan.  Ejaan berdasarkan imbuhan yang sama ada awalan, akhiran dan apitan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk lebih lanjut mengenai imbuhan bagi memastikan ejaan yang betul dan tidak menyebabkan kekeliruan.Tatabahasa21.04.2013
Cantik kembang bunga melati, Tumbuh sebatang di tepi kota, Hilang tumbuh patah berganti, Adat pusaka terpelihara juga. Pergi ke pulau menggali ubi, Singgah ke beting dilayar juga, Sepuluh kali kita berbudi, Kalau miskin terbung jua. Pijak galah sambil berlari, Rupanya hujung sudah patah, Banyakkan usaha pada diri, Masa diri muda dan mentah. Jika masak pisang setandan, Mari disimpan dalam kereta, Jika ada tuah di badan, Kaca kupegang jadi permata. Kajang tuan kajang berlipat, Kajang saya mengkuang layu, Dagang tuan dagang bertempat, Dagang saya sidagang lalu. Anak Cina bertimbang madat, Dari Makasar langsung ke Deli, Hidup di dunia biar beradat, Bahasa tidak dijual beli. apa tajuknya? dan siapa yang tulis?Jenis puisi yang di atas ialah puisi Melayu Tradisional yang dikenali sebagai PANTUN. Pantun ialah sejenis puisi Melayu lama yang diwarisi oleh orang Melayu daripada nenek moyang mereka sejak zaman-berzaman. Oleh itu, pantun tidak mempunyai pencipta yang khusus, kerana ia bersifat warisan. Secara keseluruhan pula, pantun di atas bertemakan budi dan adat bangsa Melayu.Lain-lain23.06.2008
cam ne nak buat sajak sy teringin nak memahami maksud sajak yang berbahasa kiasan penuh dengan pesonafikasiAssalamualaikum wbk. Sdr. dicadangkan merujuk dan menghayati buku Panduan Menulis Sajak (terbitan DBP) karya Rahman Shaari. Dalam hal ini juga, sdr. digalakkan membaca puisi karya penulis lain terutama karya yang memenangi hadiah sastera, rajin mengikuti bengkel penulisan puisi serta banyakkan berkarya. Mudah-mudahan sdr. akan berjaya menjadi penulis/penyair yang baik. Sekian, teriama kasih.  Lain-lain11.10.2008
Adakah kesalahan dalam perenggan ini? Pusat tuisyen menyediakan kemudahan yang lengkap seperti alat pendingin hawa.Selain itu,pelajar dapat belajar dengan lebih selesa dalam keadaan senyap.Hal ini juga menyebabkan cikgu dapat mengajar pelajar secara peribadi.Kelebihan yang terdapat pada kelas tuisyen menjadi tumpuan ibu bapa menghantar anak-anak ke kelas tuisyen.Untuk lebih lebih memahami binaan ayat dan penggunaan perkataan yang betul, sila bertanya kepada guru di sekolah dan banyakkan berbincang dengan rakan pelajar. Ruang yang terhad ini tidak dapat membimbing pelajar dengan rinci dan jelas. Kami juga tidak menyediakan perkhidmatan menyemak esei atau tulisan, sekalipun dihantar satu demi satu.Tatabahasa29.09.2015
Adakah kesalahan dalam perenggan ini? Kesimpulannya,kelas tuisyen mempunyai kebaikan dan keburukan terserah kepada anak.Niat ibu bapa untuk mengelakkan anak-anak terlibat dalam gejala sosial sebenarnya baik tetapi beberapa anak telah menyalahgunakan peluang ini.Oleh itu,ibu bapa perlu berfikir dahulu dan mendengar keinginan anak-anak sebelum menghantar mereka ke kelas tuisyen.Ibu bapa tidak harus lepas tangan terhadap anak-anak dan perlu mengawasi gerak-geri anak-anak walaupun telah menghantar mereka ke kelas tuisyen.Untuk lebih lebih memahami binaan ayat dan penggunaan perkataan yang betul, sila bertanya kepada guru di sekolah dan banyakkan berbincang dengan rakan pelajar. Ruang yang terhad ini tidak dapat membimbing pelajar dengan rinci dan jelas. Kami juga tidak menyediakan perkhidmatan menyemak esei atau tulisan, sekalipun dihantar satu demi satu.Tatabahasa29.09.2015
Adakah kesalahan dalam perenggan ini? Dalam era globalisasi ini,kebanyakan ibu bapa bekerja.Mereka tidak mampu meluangkan masa dengan anak-anak.Mereka juga tidak dapat mengawasi gerak-geri anak-anak mereka dan bimbang anak-anak akan terpengaruh dengan gejala sosial.Oleh itu,mereka menghantar anak-anak ke kelas tuisyen.Mereka cuba mengetatkan masa anak-anak dengan kelas tuisyen supaya anak-anak tidak dapat melibatkan diri dalam kegiatan tidak berfaedah seperti menyertai kongsi gelap,vandalisme dan melepak dengan kawan.Untuk lebih lebih memahami binaan ayat dan penggunaan perkataan yang betul, sila bertanya kepada guru di sekolah dan banyakkan berbincang dengan rakan pelajar. Ruang yang terhad ini tidak dapat membimbing pelajar dengan rinci dan jelas. Kami juga tidak menyediakan perkhidmatan menyemak esei atau tulisan, sekalipun dihantar satu demi satu.Tatabahasa29.09.2015
Adakah kesalahan dalam perenggan ini? Di samping itu,ibu bapa menghantar anak-anak ke tuisyen dengan mendengar cakap jiran atau kawan.Ibu bapa juga berbuat demikian apabila menampak anak jiran pergi ke tuisyen.Mereka pun mencontohi perbuatan jiran untuk menunjukkan mereka pun mampu menghantar anak ke kelas tuisyen.Dalam persaingan antara ibu bapa dengan jiran,anak-anak menjadi mangsa.Anak-anak terpaksa akur kepada cakap ibu bapa dan pergi ke kelas tuisyen.Perbuatan ibu bapa ini dapat dikatakan“gajah sama gajah berganding,pelanduk mari di tengah-tengah".Untuk lebih lebih memahami binaan ayat dan penggunaan perkataan yang betul, sila bertanya kepada guru di sekolah dan banyakkan berbincang dengan rakan pelajar. Ruang yang terhad ini tidak dapat membimbing pelajar dengan rinci dan jelas. Kami juga tidak menyediakan perkhidmatan menyemak esei atau tulisan, sekalipun dihantar satu demi satu.Tatabahasa29.09.2015
12

Kembali ke atas