Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bapa nya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Saya dimaklumkan Kementerian Pendidikan Malaysia menggunakan tajuk program Pelibatan Ibu Bapa dan Sekolah. Adakah maksud atau penggunaan nya berbeza dengan Penglibatan Ibu Bapa dan Sekolah?Mengikut Tatabahasa Dewan, berdasarkan faktor fonologi, perubahan peN- ...-an menjadi pe-...an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m, n, ng, r, l, y dan w. Oleh sebab itu, bentuk  yang betul bagi kata libat ialah 'pelibatan'. Namun disebabkan kekerapan masyarakat menggunakan 'penglibatan' maka Kamus Dewan dan Kamus Pelajar memasukkan entri ‘penglibatan” iaitu melibatkan diri sesuatu hal  atau perkara, jadi “penglibatan” juga boleh digunakan untuk maksud yang sama dengan “pelibatan”.Tatabahasa19.02.2014
Nama saya Sumaiyah Mateh belajar bahasa melayu dasar ingin bertanya tentang bahasa melayu apakah makna cinta?Menurut data kami, maksud perkataan cinta ialah 1 (perasaan atau berperasaan) sa­ngat sayang kepada negara, ibu bapa dan lain-lain: ~nya kepada ibunya sungguh luhur. Kerana sangat ~ kepada negaranya, beliau sanggup berkorban nyawa untuk mempertahankannya. 2 (perasaan atau berperasaan) sangat be­rahi, asyik, kasih dan sebagainya; sangat tertarik (kepada laki-laki atau perempuan): ~nya yang tidak berbalas terhadap gadis itu menjadikannya hampir tidak siuman. Si isteri yang setia itu sangat ~ kepada suaminya. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cintaMakna09.11.2015
Sila tanya sama ada penggunaan ayat berikut betul dari segi frasa tatabahasa?? 1. Kebanyakan para ibu bapa ...

Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, kebanyakan bermaksud 1. jumlahnya, banyaknya: bukan ~ tetapi nilainya yg penting; 2. sebahagian besar, yg terbanyak: kerajaan mendapat sokongan drpd ~ ahli parlimen; 3. biasa: dia bukan kuli ~, tetapi seorang yg mempunyai cita-cita tinggi; orang ~ orang biasa; 4. biasanya, amnya: Raja Haji Yahya telah mencatatkan cerita rakyat Melayu yg ~nya kita istilahkan sbg cerita-cerita pelipur lara; 5. Jk sangat banyak, terlampau banyak; manakala para pula bermaksud kata (yg mendahului kata-kata lain) yg menyatakan ramai: ~ mahasiswa dan pelajar; ~ peserta. Kedua-duanya membawa maksud ramai dan banyak. Oleh itu, penggunaan frasa yang betul ialah Kebanyakan ibu bapa atau Para ibu bapa.

Lain-lain13.07.2010
APAKAH GELARAN YANG BETUL UNTUK ADIK BERADIK CONTOHNYA ALONG, ANGAH, UDA DAN SETERUS NYAUntuk makluman saudara along, angah, uda, utih, itam dan sebagainya ialah nama timang-timangan bagi turutan adik-beradik dalam kalangan keluarga. Gelarannya pula terpulang pada peringkat timang-timangan, jika tarafnya adik-beradik maka digelarnya along/abang long/kak long, jika tarafnya ibu/bapa saudara mak digelarnya mak long/pak long.Lain-lain10.12.2010
bagaimana hendak mengenal pasti kata majmuk? kemudian, adakah perkataan "sebagai",dan "ialah" juga merupakan kata majmuk? soalan kedua, perkataan "bersamanya", apakah yang dimaksudkan dengan perkataan "-nya"? adakah ianya adalah kletik? dan bagaimana hendak diterangkan dalam pembentukan kata bagi perkataan "bersamanya".Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar ; bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, contohnya kapal terbang, ibu bapa sapu tangan dan sebagainya. Kata majmuk terbahagi kepada tiga jenis,  iaitu:

1) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas, contohnya guru besar, tengah hari dan balai raya.

2) Kata majmuk yang juga merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah, contohnya graf terarah, program bahasa dan analisis teks.

3) Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa, contohnya cakar ayam, lipas kudung dan anak emas.

kata majmuk yang mantap sahaja dieja satu perkataan iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan
Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 133.

"Sebagai"  dan "ialah" bukan kata majmuk. "Sebagai" ialah kata sendi manakala "ialah" kata pemeri.  "nya" ialah kata ganti nama diri orang ketiga yang juga boleh berfungsi sebagai kata pembenda/penekan. Keterangan lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga , halaman 295.  

Istilah18.02.2009

Kembali ke atas