Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bp bapa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bapak

Puisi
 

Secupak dua cupak,
     Empat cupak jadi segantang;
Kalau tak dengar cakap mak bapak,
     Kaki lima badan seorang.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya pelajar Universiti Utara Malaysia. Saya telah mengikuti VIVA untuk Ph.D, tetapi harus memperbaiki desertasi/thesis saya karena buruknya penguasaan Bahasa Malaysia. Saya mohon informasi bagaimana mendapatkan software untuk translate (?) dan kamus Bahasa Malaysia-Indonesia atau Malaysia-Inggris untuk memperbaiki desertasi/thesis saya. Atas perhatian dan bantuan Bapak, saya haturkan banyak terima kasih.Untuk makluman saudara, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menggunakan sebarang perisian untuk terjemahan.  Saudara digalakkan merujuk Kamus Inggeris-Melayu Dewan untuk tujuan tersebut. Saudara juga boleh berhubung dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia untuk mendapatkan bantuan.Lain-lain26.12.2009
Mohon nyatakan sama ada berikut ialah pepatah ataupun bukan. "Kesihatan adalah harta dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit". Terima kasih.

Saudari,

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pepatah bermaksud peribahasa yang berisi nasihat dan lain-lain; kata-kata orang tua-tua yang terdapat ajaran di dalamnya, pepatah sama seperti bidalan dan perbilangan. Contoh pepatah
bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana maufakat, cubit paha kiri, paha kanan sakitĀ begitu juga denganĀ ditelan mati emak, diluah mati bapak dan Kalah jadi abu, menang jadi arang.

Oleh itu, "Kesihatan adalah harta dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit" lebih kepada frasa dan bukan tergolong dalam kategori pepatah.

Tatabahasa08.08.2012
Berkaitan dengan pertanyaan tentang 'bidalan' dan 'pepatah', bagaimanakah kita hendak menentukan sama ada peribahasa tersebut dikategorikan sebagai 'bidalan' atau 'pepatah'. Apakah ada petunjuk atau 'key words' yang dapat membezakan bidalan dengan pepatah? Terima kasih.

Secara umumnya kedua-duanya mempunyai peranan yang hampir sama tetapi bidalan lebih kerap digunakan berbanding dengan pepatah.  Bidalan mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran, sedangkan pepatah lebih ringkas sifatnya dan tidak mempunyai pengajaran. Pepatah ini sering berkait rapat dengan adat-istiadat, undang-undang atau peraturan masyarakat.

Bidalan ialah peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat seperti perumpamaan.  Bidalan juga mempunyai maksud dua lapis.  Untuk mengenali bidalan, ia lebih mudah kerana “ bidalan tidak didahului oleh kata sendi nama seperti, bagai, laksana dan umpama. Contoh bidalan

Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan.

Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

(Maksud lapis pertama jelas.  Maksud lapis kedua ialah merujuk kepada seseorang yang kurang berilmu atau mempunyai sedikit ilmu serta pengalaman tetapi mahu mencuba sesuatu yang di luar kemampuannya.) 

Pepatah pula sering juga dipanggil perbilangan.  Pepatah atau perbilangan mempunyai struktur yang hampir sama bidalann namun perbezaannya ialah pepatah disusun berangkap-rangkap seperti ikatan puisi.  Setiap rangkai pepatah terdiri daripada dua baris atau lebih dan ia disebut satu demi satu seolah-olah orang sedang membuat perbilangan. Contoh pepatah

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana maufakat.

Cubit paha kiri, paha kanan sakit juga

Ditelan mati emak, diluah mati bapak.

Kalah jadi abu, menang jadi arang.

Sastera16.02.2011

Kembali ke atas