Tuan, apakah padanan dalam Bahasa Malaysia yang betul bagi perkataan "Search" dalam konteks Internet? Cth, "Search bar". Terima Kasih. | Istilah bahasa Melayu untuk search ialah gelintar. Oleh itu, padanan bahasa Melayu untuk search bar ialah bar gelintar. | Istilah | 24.09.2012 |
APAKAH PENJODOH BILANGAN UNTUK COKLAT? SEPAPAN COKLAT TRANSLATION FROM A BAR OF CHOCOLATE | Penjodoh bilangan bagi "a bar of chocolate" ialah sekeping coklat. | Lain-lain | 05.12.2009 |
Tepatkah jika "barcode" (yang ada pada sesuatu barangan untuk memudahkan penjualan) diterjemahkan sebagai "kod bar"? | Terjemahan yang betul ialah kod bar. | Istilah | 23.03.2008 |
Pihak kami adalah didalam proses untuk permohonana lesen premis makanan dari Dewan Bandaraya Kuching Utara. Salah satu keperluan adalah meminta kebenaran dan kelulusan dari DBP mengenai penggunaan perkataan "BAR CAFE " untuk papan iklan perniagaan dan dan juga nama perniagaan. BAR CAFE ialah sebuah cafe yang sesuai untuk anda berehat dan meregangkan otot selepas penat seharian kerja. Dihidangkan juadah kek dan pasrty, teh, ayam"pansoh", panggang dan perlbagai minuman lain . Kebenaran dan kelulusan penggunaan nama " BAR CAFE" tersebut amatlah dihargai. | Terima kasih atas soalan saudara. Perkataan yang sepatutnya ialah "Kafe Bar" dan "Bistro 56" | Lain-lain | 11.11.2008 |
Pihak kami didalam proses untuk permohonan lesen makanan dari pihak DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA. Salah satu syarat dari pihak berkuasa tempatan tersebut adalah untuk mendapat kebenaran dan kelulusan dari pihak DBP untuk pengunaan perkataan 1. "BAR CAFE" 2. "BISTRO 56" sebagai papan iklan dan nama perniagaan. 1. "BAR CAFE" 2. "BISTRO 56" ialah sebuah kafe yang sesuai untuk anda berehat dan meregangkan otot selepas penat seharian bekerja. Dihidangkan makanan tempatan seperti ayam "pansoh", midin , teh uncang, dan pelbagai minuman lain. | Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan saudara. Nama perniagaan yang amat sesuai ialah "Kafe Bar" dan "Bistro 56". | Lain-lain | 11.11.2008 |
HIGHTENSILE DEFORMED BARS | BAR BERBUNGA TEGANGAN TINGGI | Istilah | 21.01.2011 |
MILD STEEL ROUND BARS | BAR BULAT KELUK LEMBUT | Istilah | 21.01.2011 |
CUT AND BEND BARS | POTONG DAN BENGKOK BAR | Istilah | 21.01.2011 |
lanjutan soalan ibu bapa ialah kata majmuk dan bukannya frasa nama, kalau mcm tu pinggang mangkuk, ayam itik ialah frasa nama atau kata majmuk? kata perkataan melayu untuk scuba driving? apa pula istilah untuk kaca mata scuba driving? terjemahan bar code dalam bm ialah apa? tq | Kata majmuk dibina daripada gabungan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Dalam contoh yang diberikan itu, kedua-duanya boleh dikategorikan sebagai kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas. Terjemahan : scuba diving ialah selam skuba; kaca mata selam skuba; dan kod bar. | Makna | 15.01.2008 |
boleh tahu perbezaan dengan tepat penggunaan salon dan saloon ???? | Mengikut Kamus Oxford Kata salon bermaksud 'room or establishment of hairdresser, fashion designer. Saloon bermaksud ' large room or hall on ship, saloon car, US drinking bar. | Lain-lain | 07.04.2008 |