Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : serpihan (arang batu, kayu) yg bernyala dlm api yg hampir padam; batu ~ arang batu; (bagai) terpijak ~ hangat prb gelisah kerana sesuatu perkara; genggam ~ api biar jadi arang prb jika melakukan pekerjaan yg susah haruslah dgn sabar sehingga mendapat nikmatnya nanti; jangan digenggam spt ~ api terasa hangat dilepaskan prb sia-sia berbuat pekerjaan yg separuh jalan, terasa penat berhenti; jejak-jejak ~ prb hampir-hampir sampai; menggeletek-geletek bagai ~ bilah prb dikatakan kpd orang yg mengada-ada; tarik puntung padamlah ~ prb apabila telah mati hilanglah daya upaya;berbara 1. mempunyai bara, merah berapi: kayu itu masih ~; 2. ki berkobar-kobar, bernyala-nyala: setahun ia menanti dgn harapan yg masih ~ di dadanya;membara 1. berapi atau panas spt bara; 2. ki berkobar-kobar, bernyala-nyala, sangat marah: hatinya ~ kerana dihina;membarai membuat jadi membara, mengobar-ngobarkan, membuat jadi marah: nyata benar ia mahu ~ hati suaminya;perbaraan, perbara tempat bara api utk membakar kemenyan;pembaraan proses menjadi panas berapi spt bara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bara I

Puisi
 

Menjual lidi ke Batu Bara,
     Menjual lokan ke Batu Pahat;
Kerana dengki punya angkara,
     Orang baik disangka jahat.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Terpijak bara hangat.

Bermaksud :

Sangat gelisah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai tidur di atas miang).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bara api masih lagi menyala walaupun sudah dua jam berlalu. Ayat ini mempunyai kesalahan dari segi tatabahasa? (maksud "masih" sama dengan "lagi")Ayat tersebut betul. Penggunaan perkataan "masih lagi" betul dalam ayat.Namun, penggunaan salah satu perkataan lebih gramatis kerana penggunaan dua kata tugas dianggap lewah.Tatabahasa04.07.2013
Tuan, 1.Soalan:Mak Kiah ............ ikan keli itu di atas bara api. jawapannya : memanggang atau membakar . 2 Soalan :Pak Hamad sedang ............ sebiji durian untuk anaknya. Gambar menunjukkan seorang lelaki memegang sebiji buah durian pada tangan kanannya manakala tangan kirinya memegang sebilah parang. jawapannya : membelah atau mengupas1. Mak Kiah memanggang ikan keli itu di atas bara api.
2  Pak Hamad sedang membelah sebiji durian untuk anaknya.
Tatabahasa06.03.2012
Tolong jelaskan perbezaan antara memanggang,membakar dan menyalai.Terima kasih

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, memanggang bermaksud memasak (memanaskan, mendiangkan) di atas bara api. Membakar bermaksud 1. memanaskan sesuatu (seperti ikan, daging, pisang dan sebagainya) di atas api supaya masak, memanggang. 2. Memasak sesuatu (seperti kuih, ikan, daging, dll) dengan jalan memanaskannya dalam ketuhar. Menyalai bermaksud mengeringkan (mengasapi, memanggang) di atas api. Berdasarkan penerangan di atas, ketiga-tiga perkataan tersebut mempunyai maksud yang sama. 

Makna01.04.2011
Bina ayat ' sate' membakar sate atau memanggang sate?Membakar bermaksud memanaskan atau memanggang sesuatu di atas api supaya masak, memanggang bermaksud memasak sesuatu di atas bara api dan sebagainya. Berdasarkan makna tersebut "membakar sate" dan "memanggang sate", kedua-duanya adalah betul tetapi lazimnya kita menggunakan frasa membakar sate.Tatabahasa16.06.2011
Apakah judul novel terbaharu terbitan DBP Sarawak?Judul-judul novel terbaharu terbitan DBP Cawangan Sarawak bagi tahun 2007 ialah Katarsis Perjuangan (Mohd. Faizal Jamil), Naluri Hidayah (Sarimah Alit), Bara Yang Menyala (Jaya Ramba), Kumpulan Cerita Rakyat Sarawak Dayang Puteri (diselenggara oleh Jiso Rutan), Bunga Yang Menangis (Jaafar Hamdan) dan Sari Rahsia Terindah (Rosani Hiplee)Lain-lain12.11.2007
apakah beza penggunaan 'per' dan 'pe'?

Perbezaan penggunaan awalan peR- dan pe- seperti yang dinyatakan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 114-115 adalah seperti yang berikut:

Awalan peR- sebagai penanda alat atau tempat : perasap(tempat membakar kemenyan); perbara(tempat bara api untuk membakar kemenyan). Awalan peR- sebagai penanda makna orang yang melakukan kerja(dengan awalan ber-): perburu(orang yang berburu);pertapa(orang yang bertapa).

Awalan pe- sebagai penanda makna orang atau benda yang mengalami perbuatan dalam kata dasar atau keadaan: petinju(orang yang bertinju)petaruh(benda yang dipertaruhkan). Awalan pe-sebagai penanda makna orang yang melakukan kerja yang terkandung dalam maksud kata dasar:pekebun(orang yang berkebun);pekedai(orang yang berkedai).

 

Tatabahasa16.03.2009
Pak Dollah ( memanggang / membakar / mendiang / menyalai ) beberapa ratus cucuk sate di pasar malam untuk mencari rezeki. Jawapan yang mana betul?

Salam sejahtera,

Membakar
bermaksud memanaskan atau memanggang sesuatu di atas api supaya masak, memanggang bermaksud memasak sesuatu di atas bara api dan sebagainya. Berdasarkan makna tersebut "membakar sate" dan "memanggang sate", kedua-duanya adalah betul tetapi lazimnya kita menggunakan frasa membakar sate.

Tatabahasa16.11.2012
Saya ingin bertanya.Apakah penggunaan yang betul bagi panggang dan bakar.Misalnya roti bakar.Apabila saya melihat Kamus Dewan edisi ketiga lebih sesuai untuk roti panggang.Tolong terangkan penggunaan yang lebih tepat untuk panggang dan bakar.Yang lebih sesuai digunakan ialah roti bakar. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, panggang ialah sesuatu yang dimasak di atas bara api, manakala roti dimasak di dalam pembakar roti, oleh itu dinamai roti bakar dan dalam bahasa Inggeris ialah toast. Lain-lain11.09.2009
macam mana hendak bezakan antara ejaan yang memerlukan imbuhan per... dengan pe....??

Antara panduan yang boleh digunakan untuk mentukan kata terbitan yang terhasil sama ada dengan awalan pe-... atau per-.... Lazimnya awalan pe-... membawa maksud pelaku, iaitu orang yang melakukan kerja yang terkandung dalam maksud kata dasar seperti pekebun dan peguam. Awalan per-... pula lazimnya penanda makna alat atau tempat seperti perasap (tempat membakar kemenyan) dan perbara (tempat bara api). Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 115.

Tatabahasa30.05.2011

Kembali ke atas