Tuan, Saya ingin mendapat khidmat nasihat dari pihak tuan berkenaan dengan perbezaan penggunaan perkataan barang, barang-barang dan barangan. Dilampirkan soalan tersebut sebagai lampiran. Mohon kerjasama agar jawapan tersebut dikemukakan pada atau sebelum 17 September 2021. Sekian, terima kasih. | Berikut merupakan maksud bagi barang, barang-barang dan barangan berdasarkan Kamus Dewan Perdana: 1. barang: segala sesuatu yang wujud dan berjasad; segala muatan yang dibawa oleh kereta api, kapal, lori dan sebagainya; benda yang ada permintaan terhadapnya, dan dihasilkan atau dikeluarkan untuk diniagakan; barangan. 2. barangan: benda yang ada permintaan terhadapnya, dapat memberikan faedah kepada pengguna, dan dihasilkan atau dikeluarkan untuk diniagakan; barang. 3. barang-barang: barang yang pelbagai jenisnya dan banyak jumlahnya. Oleh itu, berdasarkan maksud di atas puan boleh memilih sama ada hendak menggunakan barang, barangan atau barang-barang dalam penulisan puan kerana ketiga-tiganya boleh digunakan. | Makna | 14.09.2021 |
Yang manakah betul? 1. Polis berjaya menemui barang-barang penyeludupan. 2. Polis berjaya menemukan barang-barang penyeludupan. | Ayat yang betul ialah Polis berjaya menemukan barang-barang penyeludupan. | Tatabahasa | 29.01.2016 |
Penggandaan kta nama dan kata adjektif boleh digunakan bersama? Ayat-ayat di bawah mana sesuai diguna 1. barang-barang yang dijual di kedai itu mahal-mahal belaka 2. Barangan yang dijual di kedai itu mahal-mahal belaka 3. Barang yang dijual di kedai itu mahal-mahal belaka 4. Barang-barang yang dijual di kedai itu mahal belaka | Jawapan yang paling tepat ialah "Barang yang dijual di kedai itu mahal-mahal belaka", kata nama (barang) tidak perlu dijamakkan kerana ada pernyataan yang telah menunjukkan jamak (belaka). | Tatabahasa | 01.09.2009 |
1.yang manakah yang betul, "Sebahagian barang-barang keperluan" atau "Sebahagian daripada barang-barang keperluan"?Adakah perkataan "daripada" mesti dimasukkan? 2. yang mana satu benar- pada usia belasan tahun atau dalam usia belasan tahun | Ayat yang betul ialah "Sebahagian daripada barang-barang keperluan". Kata sendi nama 'daripada' dalam ayat tersebut menunjukkan perbezaan atau perbandingan. 2. Ayat yang betul ialah 'dalam usia belasan tahun' kerana 'pada' hanya merujuk masa dan tempat. | Tatabahasa | 22.03.2007 |
Tuan, ayat yang mana satu betul? 1) Encik Ong selalu membelikan isterinya barang-barang kemas. 2) Encik Ong selalu membelikan barang-barang kemas untuk isterinya. | Ayat yang gramatis ialah Encik Ong selalu membelikan isterinya barang-barang kemas. | Tatabahasa | 14.06.2012 |
Tuan/Puan: 1.“Pameran barang-barang ____________akan diadakan di Muzium Negara pada bulan hadapan. A. kuno B. antik C. buruk D.usang” Jawapan yang diberi ialah B. Bolehkah tuan jelaskan perbezaan maksud dan penggunaan “kuno” dan “antik”? 2.”Kamal memperoleh markah tertinggi dalam kelasnya.” Adakah ayat tersebut betul? Terima kasih. | 1. Jawapan yang lebih tepat ialah antik. Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua kuno bermaksud sudah ada sejak bertahun-tahun dahulu; lama; tua: barang-barang ~ barang-barang lama dan tidak moden; kolot (berkenaan adat, fahaman dan lain-lain). Manakala antik bermaksud barang-barang sepertiperabot, pinggan mangkuk atau hasil seni lain yang dihasilkan pada zaman lampau dan tinggi nilainya kerana kecantikannya, mutu hasil kerjanya. 2. Ayat yang tepat ialah Kamal memperoleh markah tertinggi di dalam kelasnya. | Tatabahasa | 27.12.2016 |
Sama ada yang betul adalah "apa-apa barang-barang" atau "apa-apa barang". Bagaimanakah perbezaan penggunaan kedua-dua perkataan ini. Bagaimana pula dengan perkataan "disifatkan" dalam ayat di bawah ini, "disifatkan sebagai" atau "disifatkan termasuk". Bagaimanakah perbezaan penggunaan kedua-dua perkataan ini. Price deemed to include tax 12. (1) Where in any advertisement the price of any goods or services is quoted, such price shall, unless the contrary appears, be deemed to include all eligible government taxes and duties and any other charges. 12. (1) Jika dalam mana-mana iklan harga apa-apa barang-barang atau perkhidmatan disebut, harga itu hendaklah, melainkan jika ternyata sebaliknya, disifatkan termasuk semua cukai dan duti kerajaan yang layak dan apa-apa caj lain. | Barang atau barangan bermaksud benda atau perkhidmatan yang dijualbelikan. Oleh yang demikian, frasa "apa-apa barang" sudah betul manakala "apa-apa barang-barang" menunjukkan lewah bahasa. Dalam konteks contoh ayat yang diberikan, perkataan "disifatkan termasuk" lebih sesuai digunakan berdasarkan padanan kata bahasa Inggeris "be deemed to include". | Lain-lain | 30.07.2021 |
Yang mana betul? (1) "Barang ini cuma beberapa puluh sen lebih mahal daripada barang itu." (2) Barang ini cuma lebih mahal beberapa puluh sen daripada barang itu. | Ayat yang betul ialah "Barang ini cuma beberapa puluh sen lebih mahal daripada barang itu". | Tatabahasa | 28.09.2014 |
Assalammualaikum tuan, Saya Tarmizi daripada Lembaga Getah Malaysia ingin memohon bantuan untuk mendapatkan ayat yang lebih sesuai diantara ayat dibawah:- 1)Memohon perlucuthakan di mahkamah dalam tempoh 90 hari bagi OKS yang menuntut semula barang-barang yang disita dan telah menjelaskan bayaran kompaun. 2)Memohon perlucuthakan di mahkamah dalam tempoh 90 hari bagi OKS yang telah menjelaskan bayaran kompaun dan menuntut semula barang-barang yang disita. 3)Memohon perlucuthakan di mahkamah dalam tempoh 90 hari selepas permohonan menuntut semula barang-barang disita oleh OKS yang telah menjelaskan bayaran kompaun. Saya memohon kerjasama tuan untuk mendapatkan ayat yang lebih tepat antara ketiga-tiga diatas atau jika tuan mempunyai pandangan lain juga dialu-alukan. terima kasih. | Jika ayat yang ditanya tidak dipetik daripada mana-mana sumber perundangan, cadangan kami: Memohon perlucutan hak di mahkamah dalam tempoh 90 hari bagi OKS bagi menuntut semula barang-barang yang disita dan telah menjelaskan bayaran kompaun.
| Tatabahasa | 03.08.2012 |
Minta bantuan perkataan jawi untuk 1) KEDAI MEMBEKAL BARANG BARANG SEMBAHYANG | Perkataan yang betul ialah KEDAI BARANG SEMBAHYANG. كداي بارڠ سمبهيڠ | Lain-lain | 18.11.2019 |