| Yang manakah ejaan betul: a. barang kali/ barangkali b. kerap kali/kerapkali c. sering kali/ seringkali d. acap kali/acapkali | Ejaan yang betul ialah barangkali, kerap kali, sering kali dan acap kali. | Ejaan | 06.05.2012 |
| yang mana satu betul? 1. asal usul / asal-usul 2. sosio-ekonomi / sosioekonomi / sosio ekonomi 3. temu ramah / temuramah : menemu ramah / menemuramah 4. temubual / temu bual 5. barangkali / barang kali | Ejaan yang betul ialah: 1. asal usul 2. sosioekonomi 3. temu ramah, menemu ramah 4. temu bual 5. barangkali | Ejaan | 04.08.2014 |
| Saya datang untuk membeli barang-barang untuk keperluan rumah saya. Bolehkah saya menggunakan perkataan 'Untuk' dua kali? | Ayat yang betul: Saya datang untuk membeli barang-barang keperluan rumah saya. (Tidak perlu pengulangan perkataan yang sama) | Lain-lain | 05.10.2021 |
| Yang mana satu betul. lain kali/kali lain, Izini saya/ Izinkan saya, harga barang kawalan/ harga barang terkawal, hal ini kerana/ hal ini demikian kerana,berpuca pada/berpunca daripada, | Ungkapan yang biasa digunakan dan sudah mantap ialah lain kali; izinkan saya; harga barang kawalan dan harga barang terkawal kedua-duanya betul.Harga barang kawalan merujuk harga jenis barang dalam kawalan.Harga barang terkawal bermaksud harga barang tersebut dapat dikawal atau di bawah jagaan. | Tatabahasa | 13.05.2008 |
| apa beza antara tidak dan bukan | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, tidak digunakan utk menyatakan bukan (menafikan, menolak, menghalang, dsb), tiada, tak: rumah saya ~ jauh dr sini; cerita itu ~ benar; ~ alang tidak (bukan) sedikit, banyak; ~ apa a) = ~ apa-apa tidak ada sesuatu; b) tidak mengapa; ~ boleh (dapat) ~ pasti, sudah tentu, mesti, tidak boleh diingkari (diabaikan dll); ~ lain dan ~ bukan (ialah, hanyalah) a) tidak lain drpd ...; b) hanya; ~ (tak) main bp tidak pakai, tidak mengamalkan sesuatu; ~ sekali-kali sedikit pun tidak; ~ urung tidak dapat tiada, tidak boleh tidak; baik ~nya baik atau tidak baiknya, baik buruknya; dapat ~nya dapat atau tidak dapatnya; jangan ~ a) tidak boleh tidak, harus; b) tidak dgn sungguh-sungguh; manakala bukan pula 1. = bukannya sebenarnya tidak, berlainan drpd yg sebenarnya: anak itu ~ bodoh tetapi malas; ini ~ kali pertama ia datang ke mari; ~ begitu cara membuat kerja; 2. utk menyatakan pertanyaan yg mengeraskan dugaan (pd akhir ayat): ini bukumu, ~? ~ barang-barang(sebarang) bukan biasa (sahaja); ~ buatan (kepalang, main) amat sangat; ~ logam unsur yg lain drpd logam. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 262. | Istilah | 21.10.2009 |
| pindah | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, antara maksud pindah ialah bertukar tempat (kediaman, kerja, dll); ~ milik bertukar pemilik atau tuan punya; ~-randah selalu bertukar tempat (kediaman, dll); ~ tangan bertukar tuan (barang, harta benda, dll); tujuh kali ~ jadi papa = orang pindah-pindahan bertanam tak boleh dimakan prb pekerjaan yg tiada tetap akan merugikan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau layari laman web DBP. | Makna | 24.01.2010 |
| Boleh saya tahu adakah DBP ada buku atau buku istilah tentang "bunyi" sesuatu perkara dalam bentuk perkataan? Contohnya bunyi binatang, atau "pong" merujuk kepada "bunyi barang dll yg jatuh di air." Terima kasih | Setakat ini DBP tidak ada menerbitkan buku berkaitan bunyi. Yang ada segelintir jenis bunyi dalam kamus.Contoh: siut I 1. bunyi spt bunyi wisel yg nyaring; 2. bunyi spt bunyi orang menyiuk (kerana kepedasan dll); 3. bunyi spt bunyi rotan dll disebatkan di udara; 4. bunyi spt bunyi api disiram dgn air; bersiut berbunyi siut, berbunyi spt orang menyiuk (kerana kepedasan dll); siutan bunyi siut yg berkali-kali. Kamus Dewan Edisi Keempat lentung Ibunyi spt bunyi kelentung (loceng dll); ~-lentang = lentang-~ bunyi spt bunyi orang bertukang dll, bunyi berdentang; melentung berbunyi spt bunyi kelentung; lentungan bunyi melentung: di bawah keriang-keriut dan ~ roda pedati. Kamus Dewan Edisi Keempat mad Ar pemanjangan bunyi, bunyi pendek dijadikan bunyi panjang; maddah. Kamus Dewan Edisi Keempat lepuk bunyi spt bunyi orang bertepuk tangan, bunyi yg lebih besar drpd bunyi lepak; ~-lepak bunyi lepuk yg berulang-ulang: kemudian aku dengar juga ~-lepak bunyi lembu kena pukul; melepuk memukul, menampar; ®lapuk II. Kamus Dewan Edisi Keempat gedebuk bunyi spt bunyi benda berat jatuh; bunyi spt bunyi pukulan pd belakang seseorang dll. Kamus Pelajar Edisi Kedua lentang bunyi spt bunyi tin dipukul; ~-lentung bunyi kuat spt bunyi tin dipukul berulangulang, bunyi berdentang-dentang. Kamus Dewan Edisi Keempat uak II bunyi spt bunyi kerbau (katak dll); menguak mengeluarkan bunyi spt bunyi kerbau (katak dll): kambing mengembek, kerbau ~; uakan bunyi uak: seekor kuda meringkik diiringi ~ beberapa ekor lembu. Kamus Dewan Edisi Keempat rak I 1. bunyi spt bunyi pena yg digoreskan; 2. bunyi spt bunyi kayu patah dll; ~-rok bunyi pokok yg patah; ® derak. Kamus Dewan Edisi Keempat siul = siulan 1 bunyi spt bunyi suling yg dibuat dgn mulut. 2 bunyi burung. bersiul 1 membuat bunyi spt bunyi suling dgn mulut. 2 berbunyi (bkn burung). Kamus Pelajar Edisi Kedua lengking bunyi spt bunyi besi dipukul, bunyi yg kuat: sebanyak desus dan ~ kereta api sebanyak itu pula debar jantung Poniem; melengking berbunyi dgn kuat (bunyi besi dipukul, orang menjerit, dll): sebentar kemudian terdengar benda jatuh dan berikutannya ~ pula suara jeritan seorang perempuan; lengkingan suara atau bunyi melengking (jeritan dll): bunyi ~ kapak sayup-sayup terdengar dr pondokku; tiada kedengaran ~ anak-anak muda yg bergumal. Kamus Dewan Edisi Keempat | Lain-lain | 09.05.2014 |
| We are registering with MBSA but have been advised to register with you regarding our wordings. Our wording that we are putting outside the factory is only TOYCARZ. Please advise | DBP tidak mengesahkan perkataan dalam bahasa Inggeris atau nama khas dalam bahasa Inggeris. Sila tambah perkataan bahasa Melayu di bahagian atas. Contohnya: KEDAI BARANG MAINAN. Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasaa). Untuk kali pertama saudara perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. | Lain-lain | 27.03.2014 |
| Adakah wujud sebarang perbezaan antara "Pasti" dan "Mesti" dari segi yang lebih terperinci? Mohon penjelasan. | Bunyi perkataan ini seakan-akan sama, tetapi maknanya lain sama sekali. Demikianlah kesimpulan yang dapat dibuat tentang kata mesti dan pasti. Namun demikian, dalam penggunaan masyarakat umum, sering kali keliru tentang penggunaan kedua-dua perkataan ini. Kata mesti bererti "wajib" atau "patut dilakukan". Dalam tatabahasa, kata ini tergolong dalam kata bantu ragam yang menyertai kata kerja. Sebaliknya, kata pasti bererti "tentu" dan tergolong dalam kata adjektif. Contoh penggunaan kata mesti yang betul ialah: - Setiap anak mesti menghormati ibu bapanya.
- Kamu mesti menyerahkan barang yang kamu temukan itu kepada polis.
- Para pemohon jawatan ini mesti lulus Bahasa Melayu sekurang-kurangnya dengan kepujian.
- Budi yang baik mestilah dibalas baik juga.
(Semua ayat di atas menekankan makna "wajib".) Penggunaan yang tepat bagi kata pasti adalah seperti yang berikut: - Jika tidak ada aral apa-apa, saya pasti hadir.
- Orang yang berusaha dengan izin Allah pasti berjaya.
- Setiap penulis pasti akan diberi sagu hati atau royalti.
- Di pasar raya, pqsti ada barang yang kamu cari itu.
(Semua ayat di atas menekankan makna "tentu") | Tatabahasa | 13.11.2020 |
| Apakah yang dimaksudkan dengan Indeks sebagai contoh dalam penggunaan Indeks Kitar Semula? Adakah perkataan Indeks boleh digantikan dengan perkataan kadar? | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 822): indeks kata nama 1 senarai kata yang utama atau penting menurut urutan abjad, disertai dgn nombor halaman yang mengandungi kata tersebut, biasanya terletak di bahagian akhir buku; 2 senarai nama pengarang, judul buku dan sebagainya yg disusun mengikut urutan abjad pada kad atau dalam komputer untuk memudahkan carian di perpustakaan dsb; katalog; 3 angka yang menunjukkan tahap sesuatu ciri boleh diukur atau dinilai; angka tunjuk; angka indeks: indeks kualiti udara; 4 Ekon angka yang menunjukkan perubahan prestasi harga, volum atau perkembangan satu kumpulan barang, aset atau ekonomi pada tempoh masa tertentu; 5 Matematik nombor atau huruf yang ditulis di sebelah kanan atas sesuatu nombor atau huruf untuk menunjukkan berapa kali nombor atau huruf tersebut didarabkan dengan nombor atau huruf itu sendiri, mis bagi x3 ; kata kerja transitif 6 lihat mengindeks; Makna indeks yang dirujuk ialah makna 3 di atas. Bandingkan dengan makna kata kadar (KDP, 2020: 934).Penggantian kata boleh dilakukan jika kata tersebut bersesuaian dengan maksud dan menepati konteksnya. | Makna | 15.05.2023 |