Barang siapa masuk ke dalam masjid ini hendaklah berpakaian menutup aurat. Perkataan barang siapa dalam ayat ini baku? Jika tidak, wajarkah digantikan dengan perkataan sesiapa? | Perkataan barang siapa boleh digantikan dengan sesiapa. Penggunaan barang siapa dalam ayat tersebut digunakan dalam laras agama. | Tatabahasa | 06.01.2009 |
Barangsiapa atau barang siapa, yg mana benar? | Menurut data kami, ejaan yang betul ialah barang siapa. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh membuat carian melalui laman sesawang kami iaitu prpm.dbp.gov.my. | Ejaan | 29.04.2020 |
barang siapa di antara kamu khuatir tidak dapat bangun pada akhir malam... pertanyaan: yang mana satukah betul penggunaan antara dan di antara? | Jawapannya: antara | Tatabahasa | 10.04.2018 |
1. Adakah perkataan "semalam" masih relevan dalam ayat bahasa Melayu? 2. Perkataan "barangsiapa" dalam terjemahan al Quran betulkah dari segi makna dalam bahasa Melayu? | Semalam bermakna satu malam, sepanjang malam atau hari sebelum hari ini; kelmarin. Perkataan ini masih digunakan dalam bahasa Melayu. Barang siapa boleh digunakan kerana kata ini bermaksud siapa-siapa atau orang yang tidak tentu. | Makna | 06.02.2008 |
Diantara dua ayat dibawah,manakah ayat yang betul? apakah alasannya? Apa nama anda? @ Siapa nama anda? | Siapa bermaksud 1. kata utk menanyakan orang, orang mana: ~ yg mengusik awak? 2. kata utk menanyakan nama orang: ~ nama kamu? 3. kata utk menyatakan orang secara umum, orang yg tidak tentu; ~ yg makan cabai, dialah berasa pedas prb yg berbuat salah akan berasa; tiada ~ tiada seorang pun; ~ lagi a) = ~ pula adakah orang lain lagi; b) siapa selanjutnya (suka, mahu membeli, dll); ~ lu ~ gua Id, bp masing-masing membuat hal sendiri (tidak bertolong bantu); ~ pun = ~ sahaja a) barang siapa; b) sebarang orang, siapa juga. Manakala apa pula bermaksud 1. kata utk menanyakan nama (jenis, sifat, dll) sesuatu: ~ yg kaubeli tadi? 2. pengganti sesuatu yg kurang tentu (kurang terang): tidak terdengar ~ yg kaucakapkan; 3. = ~lah kata utk menghaluskan suruhan: belikan ~ saya sebungkus rokok; 4. = ~kah kata utk menanyakan sesuatu (bukan manusia): ~ kereta itu rosak? 5. atau: ya ~ tidak; ~ akal bagaimana akal, apa yg harus dibuat; ~ boleh buat apa yg hendak dilakukan lagi, tak ada jalan lain lagi; ~ daya tidak ada kuasa lagi; ~ khabar a) bagaimana keadaanmu; b) ada khabar barukah; ~ lacur Id ya bagaimana lagi (apa boleh buat); ~ macam apa khabar; ~ pasal apa sebab; ~ sahaja = ~ saja = barang ~ = segala ~ tidak kira apa, sebarang, segala sesuatu; ~ tidaknya memang ya; ~ ubahnya serupa; kena ~ a) apa yg dialami atau dideritai; b) mengapa, kenapa; Oleh itu, penggunaan yang tepat ialah siapa nama anda? | Lain-lain | 09.07.2010 |
Nama awak siapa? soalan saya ialah adakah penggunaan kata tanya siapa di belakang salah? ada sumber menyatakan ianya adalah salah dalam penulisan kerana tidak baku. adakah semua kata tanya tidak boleh digunakan di belakang ayat? | Untuk makluman, kata tanya boleh hadir di depan ayat dan di belakang ayat. Sekiranya diletakkan di depan ayat, kata tanya perlu disertai partikel -kah. Contohnya: Berapakah harga barang itu? Harga barang itu berapa? Siapakah yang datang semalam? Yang datang semalam siapa? Bilakah mereka sampai? Mereka sampai bila? | Tatabahasa | 12.03.2012 |
1."Tahukah kamu siapa yang bakal dipilih sebagai Ketua Pengawas?" tanya Faridah kepada Bakar. 2."Tahukah kamu siapakah yang bakal dipilih sebagai Ketua Pengawas?" tanya Faridah kepada Bakar. Kemusykilan.... Mana yang lebih tepat penggunaan partikel 'lah' pada kata tanya dalam ayat? "Tolong letakkan barang itu di.............",tunjuk ibu kepada Salmah. A.mana B.sini C.sana D.situ Apakah jawapan yang tepat atau soalan yang dikemukakan tidak betul. | 1. Ayat yang paling tepat - "Tahukah kamu siapa yang bakal dipilih sebagai Ketua Pengawas?" tanya Faridah kepada Bakar. 2. Tolong letakkan barang itu di sini/sana/situ - ketiga-tiga perkataan tersebut boleh menjadi jawapan kepada ayat tersebut asalkan bersesuaian dengan tempat yang dimaksudkan oleh penuturnya. | Tatabahasa | 27.01.2011 |
Tuan, Adakah perkataan PENERIMA BIAYA sesuai digunakan kepada pelajar yang menerima pembiayaan pendidikan? Sebelum ini pihak kami menggunakan perkataan PEMINJAM bagi pelajar yang menerima pinjaman PTPTN. Walaubagaimanapun perkataan tersebut dicadangkan ditukar kepada PENERIMA BIAYA selaras dengan pertukaran kaedah pinjaman kepada pembiayaan berasaskan syariah (perkataan "pinjaman" juga ditukar kepada "pembiayaan"). Sekian, terima kasih. | Encik Mohamad Nasdi, terima kasih kerana menggunakan khidmat Nasihat DBP. Jika melihat daripada makna yang diberikan oleh kamus DBP, ternyata perkataan pinjaman lebih tepat dibandingkan dengan biaya. Kerana biaya tidak perlu membayar balik sementara pinjaman perlu memulangkan balik apa yang dipinjam. memberi ~ memberi sesuatu utk digunakan buat sementara (dgn janji akan dikembalikan apabila sampai tempohnya): siapa boleh ~ saya pisau raut? 2. = minta ~ meminta menggunakan sesuatu buat sementara (dgn maksud mengembalikannya apabila sampai tempohnya): buku ini baru saya ~ dr perpustakaan; ~ sewa membeli dgn membayar beransur-ansur (dan sebelum selesai bayarannya barang itu dianggap barang sewaan sahaja); syarikat ~-meminjam syarikat yg memberi pinjaman (wang dll); ~ kayu ara prb meminjam barang orang dgn tidak berniat utk memulangkannya; meminjam 1. menggunakan barang (buku, wang dll) orang lain utk sementara waktu, minta pinjam: kedatangannya pd saat itu adalah kerana hendak ~ sedikit wang; 2. mengambil dan menggunakan (perkataan, konsep dll) yg dipetik dsb drpd sesuatu sumber: penasihat UNESCO itu ~ konsep Majlis Penyeliaan ini dr agensi berita Perancis AFP; perihal (perbuatan) membiayakan atau membiayai: ~ gerakan keamanan akan merumitkan kewangan negara; | Makna | 01.04.2009 |