Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata barang-barang 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggandaan kta nama dan kata adjektif boleh digunakan bersama? Ayat-ayat di bawah mana sesuai diguna 1. barang-barang yang dijual di kedai itu mahal-mahal belaka 2. Barangan yang dijual di kedai itu mahal-mahal belaka 3. Barang yang dijual di kedai itu mahal-mahal belaka 4. Barang-barang yang dijual di kedai itu mahal belakaJawapan yang paling tepat ialah "Barang yang dijual di kedai itu mahal-mahal belaka", kata nama (barang) tidak perlu dijamakkan kerana ada pernyataan yang telah menunjukkan jamak (belaka).Tatabahasa01.09.2009
1.yang manakah yang betul, "Sebahagian barang-barang keperluan" atau "Sebahagian daripada barang-barang keperluan"?Adakah perkataan "daripada" mesti dimasukkan? 2. yang mana satu benar- pada usia belasan tahun atau dalam usia belasan tahunAyat yang betul ialah "Sebahagian daripada barang-barang keperluan". Kata sendi nama 'daripada' dalam ayat tersebut menunjukkan perbezaan atau perbandingan. 2. Ayat yang betul ialah 'dalam usia belasan tahun' kerana 'pada' hanya merujuk masa dan tempat.Tatabahasa22.03.2007
Tuan, ayat yang mana satu betul? 1) Encik Ong selalu membelikan isterinya barang-barang kemas. 2) Encik Ong selalu membelikan barang-barang kemas untuk isterinya.Ayat yang gramatis ialah Encik Ong selalu membelikan isterinya barang-barang kemas.Tatabahasa14.06.2012
Assalammualaikum tuan, Saya Tarmizi daripada Lembaga Getah Malaysia ingin memohon bantuan untuk mendapatkan ayat yang lebih sesuai diantara ayat dibawah:- 1)Memohon perlucuthakan di mahkamah dalam tempoh 90 hari bagi OKS yang menuntut semula barang-barang yang disita dan telah menjelaskan bayaran kompaun. 2)Memohon perlucuthakan di mahkamah dalam tempoh 90 hari bagi OKS yang telah menjelaskan bayaran kompaun dan menuntut semula barang-barang yang disita. 3)Memohon perlucuthakan di mahkamah dalam tempoh 90 hari selepas permohonan menuntut semula barang-barang disita oleh OKS yang telah menjelaskan bayaran kompaun. Saya memohon kerjasama tuan untuk mendapatkan ayat yang lebih tepat antara ketiga-tiga diatas atau jika tuan mempunyai pandangan lain juga dialu-alukan. terima kasih.Jika ayat yang ditanya tidak dipetik daripada mana-mana sumber perundangan, cadangan kami: Memohon perlucutan hak di mahkamah dalam tempoh 90 hari bagi OKS bagi menuntut semula barang-barang yang disita dan telah menjelaskan bayaran kompaun.
 
Tatabahasa03.08.2012
Berikut adalah beberapa senarai-senarai barang yang diperlukan oleh nenek Swee Lan untuk membuat kuih bakul. A.Berikut adalah senarai barang-barang B.Adalah yang berikut senarai beberapa barang C.Yang berikut adalah senarai beberapa barang D.Berikut adalah beberapa senarai-senarai barang Jawapan yang diberikan adalah C. Selain tempatnya indah, kami tertarik dengan keindahan seni bina rumah di kawasan ini. A.kami tertarik keindahan seni bina B.kami tertarik tentang seni pembinaan C.kami tertarik oleh keindahan seni bina D.kami tertarik dengan keindahan seni bina Jawapan yang diberikan adalah C. Saya ingin mengetahui sebab kedua-dua jawapan tersebut adalah betul. Sekian, terima kasih.

1. Tiada jawapan yang betul kerana kata pemeri adalah perlu diikuti oleh kata sendi nama seperti untuk, dari, daripada, dll. Jawapan C akan menjadi betul sekiranya perkataan adalah digantikan dengan ialah.

2. Jawapan yang betul ialah D, bukan C kerana jawapan C untuk kata tertarik oleh seni bina membawa maksud seni bina itu yang menarik saya.

 

Tatabahasa29.07.2009
Saya ingin bertanya sama ada penggunaan ayat ini betul atau salah. "Kad Kredit dan Kepenggunaannya"Untuk makluman 'kepenggunaan' dalam Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud segala hal mengenai pengguna (barang-barang dll). Penggunaan pula bermaksud 1. perihal (perbuatan, kegiatan dll),  menggunakan sesuatu 2. pemakaian (barang-barang, hasil perusahaan, bahan makanan dll).  Dalam konteks ini, kami berpendapat maksudnya merujuk kepada penggunaan kad kredit tersebut.  Oleh itu, frasa yang betul ialah Kad Kredit dan Penggunaannya.Makna02.11.2011
maksud sita1. Sita atau menyita bermaksud merampas barang-barang dsb dengan perintah mahkamah. 2.Sita dalam bahasa klasik bermaksud putih bersih.Makna27.07.2006
Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Lori itu muak dengan barang-barang. 2. Tekaknya muak dengan makanan yang dihidangkan.Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, muak ialah 1. sudah jemu (kerana selalu benar me­makan sesuatu), bosan; 2. berasa loya atau hendak muntah, mual: sila Wan minum air di pangsa durian ini supaya menghilangkan panas dan rasa ~; 3. berasa jijik atau benci (kerana melihat atau mendengar sesuatu): kami sudah ~ dgn taktiknya yangg terlalu berhati-hati; 4. (Kim) keadaan sesuatu benda (seperti air, gas, dll) yang dicampuri dengan benda yang lain sehingga benda yang pertama itu tidak dapat lagi menerima atau bersebati dengan benda yang dicampurkanitu, tepu; memuakkan 1. menimbulkan perasaan muak, menjemukan, meloyakan, memualkan: bau makanan itu ~nya; 2. menyebabkan jadi muak (dua benda yang dicampurkan), mene­pukan.

Ayat kedua betul manakala ayat kedua perlu dipinda seperti berikut;

 1. Lori itu muat dengan barang-barang.

2. Tekaknya muak dengan makanan yang dihidangkan.
Tatabahasa18.07.2013
Assalamualaikum, Apakah padanan istilah EXHIBIT dalam bahasa Melayu?. Terima kasih.

exhibit

  • n 1. thing exhibited, barang pameran: do not touch the ~s, jangan sentuh barang-barang pameran; 2. (leg.) barang kes;

Padanan ini adalah bergantung pada konteks dan bidang.

Makna25.12.2009
1. Ibu akan menulis ___ yang ingin dibeli sebelum ke pasar raya. 'senarai barangan' atau 'senarai barang-barang'?? 2. ___ diisyharkan bahawa Hari Raya Korban pada tahun ini jatuh pada hari Sabtu. 'Adalah' atau 'Dengan ini', kedua-dua pilihan ini boleh diterima ??1. senarai barangan 2. Kedua-dua perkataan "Adalah" dan "Dengan ini' tidak diperlukan dalam ayat. Diisytiharkan bahawa... sudah mantap.Tatabahasa22.07.2013
123456789

Kembali ke atas