Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ra.ngan] | بارڠن

Definisi : (Eko) benda atau perkhidmatan yg dijualbelikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ra.ngan] | بارڠن

Definisi : ist benda atau perkhidmatan yg diperjualbelikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata barangan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
berbagai-bagai jenis barangan dijual di pasaraya itu. adakah berbagai-bagai barangan atau berjenis-jenis barangan juga betul digunakan ? terima kasihBoleh digunakan.Tatabahasa13.04.2010
"Kempen Memboikot Barangan Amerika" atau "Kempen Boikot Barangan Amerika"?Jawapan yang betul ialah Kempen Memboikot Barangan Amerika.Tatabahasa26.06.2011
Bagaimana kita hendak gunakan ayat yang betul untuk menunjukkan seorang penjual sedang meneriakkan barangan jualannya? Adakah seperti berikut? Kalau salah tolong perbetulkan: 1) Abu meneriakkan barangan jualannya untuk menarik perhatian pelanggan. (jika barangan yang dijualnya ialah sayur, bagaimana pula hendak buat ayat yang betul) 2) a) Abu memetik gitar. b) Abu bermain gitar. Mana satu betul? 3) Yang mana satu betul, mengapa: a) pelbagai jenis kuih-muih b) pelbagai kuih-muih c) pelbagai jenis kuih1. Ayat pertama betul.
2. Abu memetik gitar.
3. Frasa yang betul pelbagai kuih kerana pelbagai bermaksud beberapa jenis.
Tatabahasa10.07.2012
1. Hanya kakak yang akan meminta resit walaupun membeli barangan yang berharga RM1. 2. Kakak sahaja pelanggan yang meminta resit walaupun membeli barangan yang berharga RM1. Ayat yang manakah gramatis? Terima kasih.Ayat yang gramatis ialah "Kakak sahaja pelanggan yang meminta resit walaupun membeli barangan yang berharga RM1".Tatabahasa15.08.2013
PEMBORONG BARANGAN PAIP AIR ATAU PEMBORONG PERALATAN PAIP AIR ATAU PEMBORONG PAIP AIRPEMBORONG PAIP AIRLain-lain18.01.2011
Kedai barangan buatan tanganKedai barangan buatan tanganTatabahasa14.01.2008
Menjual dan membaiki barangan elektrikalMenjual dan membaiki barangan elektrikLain-lain02.08.2008
1. Ali melihat barangan kaca di pasar raya dengan berhati-hati. 2. Ali melihat barangan kaca dengan berhati-hati di pasar raya. Ayat 1 atau 2 betul?Ayat 1.Tatabahasa20.04.2013
yang manakah betul? barang percuma atau barangan percuma?Frasa yang betul ialah barangan percuma.Tatabahasa25.07.2013
Tuan/puan, Saya ingin bertanya berkenaan perkataan barang dan barangan, contohnya terjemahan bagi "goods and services" : adakah terjemahannya - barang dan perkhidmatan ataupun barangan dan perkhidmatan Diharap mendapat penjelasan daripada pihak tuan/puan. sekian, terima kasih.

Saudara,

Padanan bahasa Melayu bagi frasa 'goods and services' ialah barang dan perkhidmatan.

Istilah22.12.2009
1234567

Kembali ke atas