| Dengan segala hormatnya, perkara diatas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan dijemput sebagai Tetamu VIP di Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Timur Laut dan Barat Daya (Zon III). Majlis akan diadakan seperti ketetapan berikut:- Tarikh : 18 Januari 2018 (Khamis) Masa : 10.00 Pagi Tempat : Dewan Masjid Daerah Barat Daya 3. Sehubungan itu, Kehadiran tuan puan dalam menjayakan majlis ini amatlah dihargai. Sekian terima kasih. | Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa tuan dijemput sebagai tetamu kenamaan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Timur Laut dan Barat Daya (Zon III). Majlis akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh : 18 Januari 2018 (Khamis) Masa : 10.00 Pagi Tempat : Dewan Masjid Daerah Barat Daya 3. Atas perhatian dan kesudian tuan untuk hadir dan menjadi tetamu kenamaan dalam majlis ini amatlah dihargai. Sekian. terima kasih. | Tatabahasa | 21.02.2018 |
| Salam. Adakah penggunaan kata nama khas pada ayat berikut, betul? 1. Bandar Ruili, Wilayah Yunan di *barat daya China* yang bersempadan dengan Myanmar, mengalami kerosakan akibat gempa bumi. 2. Chongqing, dikenali sebagai "Bandar Gunung" dan "Kota Sungai," ialah sebuah kota yang meriah di *Barat Daya China* (Southwestern China) yang kaya dengan sejarah 3,000 tahun. Terima kasih | Dalam Kamus Dewan Perdana, “barat daya” merujuk arah mata angin antara barat dengan selatan. Oleh hal yang demikian, barat daya China tidak dieja dengan huruf besar pada huruf pertama nama am yang tidak ada kaitan dengan geografi. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana, (DBP: 2020) dan buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu (DBP: 1992). | Tatabahasa | 22.05.2026 |