soalan brkenaan sastera: 1.naksud sebenar rima akhir-pengulangan bunyi akhir atau huruf akhir baris puisi.saya keliru | Rima ialah skema atau susunan bunyi dalam baris-baris puisi. Rima akhir baris adalah susunan bunyi tertentu yang terdapat di akhir tiap-tiap baris dalam serangkap puisi. Rima disebut juga mempunyai persamaan bunyi di hujung baris. Baris susunan rima tersebut ditandakan dengan susunan huruf. Contoh, rima pantun setiap baris akhir ditandakan dengan susunan huruf a,b,a,b. Rima akhir atau susunan bunyi akhir syair pula ditandai dengan susunan huruf a,a,a,a. Kekeliruan anda mungkin menyangka huruf akhir baris puisi yang dinyatakan dalam sesuatu penerangan sama ada buku atau ceramah adalah sama dengan rima akhir dan pergulangan bunyi akhir. Sebenarnya rima akhir dan pergulangan bunyi adalah sama dan huruf akhir pula ada tanda yang digunakan untuk menunjukkan pergulangan bunyi atau rima seperti contoh di atas. | Lain-lain | 15.02.2009 |
mencari pembayang pantun | Pantun ialah sejenis puisi Melayu lama yang diwarisi oleh orang melayu daripada nenek moyang mereka sejak zaman lampau. Pantun terdapat berbagai-bagai bentuk rangkapnya yang terdiri daripada dua baris, empat baris atau enam baris. Dalam pantun dua baris, pembayang pantun terletak di baris pertama. Dalam pantun empat baris, pembayangnya terletak dua baris awal, iaitu baris pertama dan kedua. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 06.03.2009 |
Mohon penerangan tentang aspek tanda baca iaitu tanda koma dan penggunaannya. Terima kasih. | Tanda koma (,) berfungsi sebagai unsur pemisah kata dan frasa yg berturutan, unsur nombor yg berturutan, pembilangan dan pengulangan, ungkapan yg diulang, beberapa ayat setara, kata hubung tak setara atau bertentangan fakta daripada ayat ayat induk, memisahkan baris pantun khususnya akhir baris pertama dan baris ketiga, baris-baris syair, bahagian awal ayat dengan petikan langsung, klausa komplemen yg mendahului ayat induk (dalam ayat songsang), klausa ketrangan musabab, syarat, waktu, pertentangan, harapan, cara, alat, atau gaya yg mendahului ayat induk dan byk lagi. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. | Tatabahasa | 23.07.2013 |
Dalam KD4, salah satu maksud sajak ialah persamaan bunyi pd suku kata (dlm syair, pantun, dll). Dalam "persamaan bunyi" yg dimaksudkan itu, adakah semua barisan sajak itu sama bunyinya atau mempunyai pelbagai rima yg sama dalam satu sajak. | Persamaan bunyi, disebut juga sebagai rima, iaitu skema atau susunan bunyi dalam baris-baris puisi. Rima akhir baris adalah susunan bunyi tertentu yang terdapat di akhir tiap-tiap baris dalam serangkap puisi. Baris susunan rima tersebut ditandakan dengan susunan huruf. Contoh, rima pantun setiap baris akhir ditandakan dengan susunan huruf a,b,a,b. Rima akhir atau susunan bunyi akhir syair pula ditandai dengan susunan huruf a,a,a,a. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk buku-buku berkenaan panduan menulis sajak yang terdapat di pasaran. | Sastera | 17.09.2015 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang penggunaan tanda baca dalam penulisan pantun. pantun empat kerat: baris pertama diakhiri tanda koma (,) baris kedua diakhiri tanda koma bertitik (;) baris ketiga diakhiri tanda koma (,) baris keempat diakhiri tanda nota (.) Adakah penggunaan tanda baca tersebut betul? | Menurut data kami, penggunaan tanda baca yang betul dalam penulisan pantun ialah baris pertama diakhiri tanda koma (,) baris kedua diakhiri tanda koma bertitik (;) baris ketiga diakhiri tanda koma (,) baris keempat diakhiri tanda nota (.) | Lain-lain | 12.09.2019 |
Panduan penggunaan huruf besar bagi kata nama khas yang tekini | Huruf besar digunakan pada permulaan setiap kata nama khas termasuk nama orang, nama tempat, nama institusi dan sebagainya; pada permulaan kata di pangkal ayat; pada permulaan kata cakap ajuk; dan pada permulaan baris-baris puisi. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, muka surat 80 untuk mengetahui penggunaan huruf besar selanjutnya. | Tatabahasa | 21.04.2014 |
Anggun's Literature SEL 2.50 PTG Apa pula maksudnya kalau diasingkan baris demi baris. Contohnya, maksud 'Kelip-kelip kusangka api' Adakah membawa maksud fitnah? | “Kelip-kelip kusangka api, kalau api mana putungnya” ialah pembayang maksud pantun. “Hilang ghaib kusangka mati, kalau mati mana kuburnya” pula ialah maksud sebenar yang hendak disampaikan. Pembayang maksud sebaiknya menggunakan bahasa simbolik atau berkias yang berkaitan dengan unsur alam yang mampu menggambarkan keperibadian bangsa Melayu yang suka menyatakan sesuatu maksud secara berselindung dan berkias untuk menyatakan maksud sebenar. | Lain-lain | 06.06.2017 |
saya ingin tahu tentang penggunaan huruf besar di tempat yang betul di dalam ayat. | Huruf besar digunakan pada permulaan setiap kata nama khas termasuk nama orang, nama tempat, nama institusi dan sebagainya; pada permulaan kata di pangkal ayat; pada permulaan kata cakap ajuk; dan pada permulaan baris-baris puisi. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, muka surat 80 untuk mengetahui penggunaan huruf besar selanjutnya. | Tatabahasa | 24.03.2013 |
Saya ingin bertanya tentang penggunaan huruf besar di tempat yang betul di dalam ayat | Huruf besar digunakan pada permulaan setiap kata nama khas termasuk nama orang, nama tempat, nama institusi dan sebagainya; pada permulaan kata di pangkal ayat; pada permulaan kata cakap ajuk; dan pada permulaan baris-baris puisi. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, muka surat 80 untuk mengetahui penggunaan huruf besar selanjutnya. | Tatabahasa | 24.03.2013 |
Saya ingin mendapatkan panduan untuk bertanya tentang penggunaan huruf besar di tempat sesuai di dalam ayat. | Huruf besar digunakan pada permulaan setiap kata nama khas termasuk nama orang, nama tempat, nama institusi dan sebaginya; pada permulaan kata di pangkal ayat; pada permulaan kata cakap ajuk; dan pada permulaan baris-baris puisi. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, muka surat 80 untuk mengetahui penggunaan huruf besar selanjutnya. | Tatabahasa | 24.03.2013 |