Apakah perbezaan antara baru dan baharu. Sila semak adakah penggunaan perkataan untuk ayat berikut betul. *Baru-baru ini, mereka berpindah ke rumah baru. atau *Baru-baru ini, mereka berpindah ke rumah baharu. *Ibu dan bapa membeli dua buah basikal baru untuk mereka. atau *Ibu dan bapa membeli dua buah basikal baharu untuk mereka. | Baharu/baru sebagai kata sifat seperti dalam penggunaan tempat baharu/baru,tahun baharu/baru. Baru sebagai kata bantu seperti dalam baru-baru ini,baru tiba. | Tatabahasa | 13.01.2017 |
penggunaan perkataan "Baharu" dan "baru". bila & di mana ? | Baharu/baru sebagai kata sifat seperti dalam penggunaan tempat baharu/baru,tahun baharu/baru. Baru sebagai kata bantu seperti dalam baru-baru ini,baru tiba. | Tatabahasa | 04.06.2014 |
Adakah penggunaan `baru-baru` dalam ayat berikut betul? ~Pengawas yang segak itu baru -baru sahaja dilantik sebagai ketua pelajar sekolah tersebut. penggunaan kata`haluan` ~haluan ke rumahnya sangat sempit ~pakar bahasa diminta untuk menyemak haluan kata buku karangan penulis itu ~para peserta yang bertanding dalam kira cepat itu dikehendaki menjumlahkan angka-angka dalam masa yang ditetapkan ~jarang sekali dia balik ke kampung selepas pindah ke K.L ~penduduk taman itu menceritakan tentang masalah serangan anjing liar ~cikgu memaklumkan bahawa peperiksaan akan dijalan dalam masa 2 minggu | Pengawas yang segak itu baru sahaja dilantik sebagai ketua pelajar sekolah tersebut. Laluan ke rumahnya sangat sempit. Manakala soalan-soalan yg lain, sila diolah semula agar pihak kami dapat bertindak selanjutnya. T.kasih. | Lain-lain | 11.09.2008 |
Perkataan baru padanannya 'just'. Perkataan baharu padanannya 'new' Bagaimana pula terbaru @ terbaharu . Umum mula menggunakan TERBAHARU kerana beranggapan perkataan BARU sudah ditukar ejaannya menjadi BAHARU. Begitu juga BARU-BARU INI menjadi BAHARU-BAHARU INI.. Bukankah perkataan yang berkaitan dengan masa menggunakan BARU, jadi BARU-BARU ini ialah ejaan dan betul. Begitu juga Terbaru. Mohon penjelasan. | Kamus Inggeris - Melayu Dewan menterjemahkan new kepada baru dan baharu. Oleh itu, dalam kamus kita temui kedua-dua bentuk kata terbaru dan terbaharu bagi menandai latest dalam bahasa Melayu. Sila rujuk kamus dan saudara akan temukan kata terbitan yang lain, iaitu baru-baru, membarukan, membaharui, pembaharuan, memperbaharu dan kebaharuan. | Tatabahasa | 26.09.2012 |
tolong jelaskan penggunaaan perkataan baru, baharu dan bahru. | Baharu/baru sebagai kata sifat seperti dalam penggunaan tempat baharu/baru,tahun baharu/baru. Baru sebagai kata bantu seperti dalam baru-baru ini,baru tiba. | Makna | 04.02.2008 |
perbezaan ayat untuk baharu dan baru. Minta contoh ayat | Baharu/baru sebagai kata sifat seperti dalam penggunaan tempat baharu/baru,tahun baharu/baru. Baru sebagai kata bantu seperti dalam baru-baru ini,baru tiba. | Makna | 08.01.2017 |
Perbezaan perkataa baru dengan bharu, tolong jelaskan. | Perkataan baru atau baharu sebagai kata sifat digunakan dalam konteks tahun baru/baharu, rumah baru/baharu. Perkataan Baru sebagai kata bantu digunakan dalam konteks baru sampai, baru-baru ini. Perkataan bharu digunakan seperti dalam nama bandar Kota Bharu. | Tatabahasa | 03.01.2009 |
Apakah perbezaan antara baru dan baharu? | Kata baharu/baru sebagai kata sifat seperti dalam penggunaan tahun baharu/baru. Kata baru sebagai kata bantu seperti dalam penggunaan baru tiba, baru-baru ini.
| Makna | 23.04.2014 |
adakah penggunaan perkataan 'kesulitan'dalam ayat ini betul? ' Baru-baru ini, ayah saya kesulitan untuk bernafas setelah mengalami selesema beberapa hari.' | Perkataan 'kesulitan' dalam ayat tersebut boleh digunakan tetapi perlu dibuat pembetulan dengan menambah perkataan mengalami menjadi Baru-baru ini, ayah saya mengalami kesulitan untuk bernafas setelah mengalami selesema beberapa hari. | Tatabahasa | 01.03.2012 |
saya ingin bertanya, mana yang betul? baju baru atau baju baharu? Satu lagi soalan saya,mana yang betul? baru-baru ini atau baharu-baharu ini. Berikan sebab. Sekian, terima kasih. | Baju baru dan baju baharu kedua-duanya boleh digunakan kerana membawa makna yang sama, iaitu belum (tidak) ada sebelumnya. Manakala 'baru-baru ini' adalah betul yang maksudnya belum berapa lama lagi. | Makna | 25.11.2007 |