Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baru II 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, saya ingin bertanya tentang jawapan yang diberi untuk pertanyaan yang ditanya dalam Khidmat Nasihat baru-baru ini: Sila pilih frasa yang betul dari aspek tatabahasa. Terima kasih. 1. sangat amat tinggi 2. sangat tinggi amat 3. sangat sungguh tinggi 4. sangat tinggi sungguh 5. sungguh tinggi sangat 6. terkenal sekali 7. paling popular sekali 8. amat indah nian 9. sungguh indah sekali Jawapan yang diberikan ialah: Frasa yang betul ialah "Terkenal sekali". Bukankah Kata Penguat "ter" dan "paling" tidak boleh digunakan secara serentak dengan "sekali"? Jawapan yang diberikan agak mengelirukan...Pola darjah penghabisan yang betul ialah:
(i)  se- + kata adjektif + gadaan + kata nama (sepandai-pandai tupai)
(ii) ter- + kata adjektif (terpandai)
(iii) paling + kata adjektif (paling pandai)
(iv) kata adjektif + sekali (pandai sekali)
(v) ter- amat/sangat + kata adjektif  (teramat pandai)
(vi) amat/sangat/sungguh + kata adjektif + sekali (amat pandai sekali)

Tiada contoh frasa yang diberikan menepati cara-cara di atas. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.
Tatabahasa08.03.2022
Salam sejahtera, (i) Kita difahamkan patut digunakan istilah 'baharu' menggantikan istilah 'baru' dalam semua penulisan rasmi. Ada maklumat lanjut/laman rujukan mengenainya? (ii) Makluman: Ada ralat dalam laman ini di bawah subtajuk 'Pengesahan Bahasa', iaitu tertaip 'samada ada': Ruangan Iklan adalah merupakan satu kemudahan ... samada ada iklan bergambar, ... Sekian, terima kasih. Liong1. Kata baru dan baharu kedua-duanya betul, namun penggunaannya dibezakan mengikut konteks ayat. Menurut Kamus Dewan, baharu atau baru bermaksud membaharui, memperbaharui, membaiki semula (melakukan sesuatu, mengubah dll). Bagi menjawab pertanyaan saudara, baru kebiasaannya merujuk kepada masa. Bagi membantu saudara memahaminya, dalam bahasa Inggeris kata just digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contohnya, Dia baru tiba dari Kuala Lumpur. Kata baharu pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa Inggeris ialah new, contohnya, buku baharu dan kereta baharu. Walau bagaimanpun penggunaan frasa buku baru dan kereta baru juga adalah betul.
2. Terima kasih atas maklumat yang diberikan, kami akan menyemak dan membetulkannya dengan kadar segera.
Tatabahasa14.04.2012
Cikgu, saya keliru bahawa penggunaan "berkaitan dengan" dan "berkait dengan" yang manakah baru betul. Contoh: 1. berkaitan dengan alam sekeliling 2. berkait dengan alam sekeliling Yang manakah barulah betul dan kenapa?Untuk melihat perbezaan penggunaan kedua-dua perkataan tersebut, saudara perlu melihat makna kedua-dua kata. Berkait bermaksud:  i. mempunyai kait, bercangkuk hujungnya;  ii. tersangkut (pada); dan iii. berkaitan (bersangkutan, berhubungan, berkenaan). Oleh itu, untuk situasi yang membawa maksud bersangkutan atau berhubungan kata berkait dan berkaitan boleh digunakan, manakala untuk situasi yang lain kata berkait sahaja yang digunakan.Tatabahasa13.05.2014
apakak perbezaan baru dengan baharu? ialah dan adalah1. Kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala "adalah yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh penggunaan "ialah" i. Anak ialah anugerah Allah ii. Sepak takraw ialah sukan yang elok dipertandingkan. Contoh penggunaan "adalah" i. Kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta. ii. Kerja pembaikan lif dijangka siap adalah pada minggu hadapan. (untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, hal.250) 2. Kata cenderahati boleh diguna pakai. (Rujuk Kamus Dewan Edisi Ke-4, hal. 264)Tatabahasa15.04.2009
Boleh saya dapatkan penerangan terkini mengenai penggunaan kata sendiri berikut? 1) dari / daripada 2) hanya / dengan 3) melalui / menerusi 4) antara / di antara 5) baru - baharu

1. Kata sendi dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. Kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. Merujuk kepada ayat di atas, kata sendi yang sesuai ialah "daripada": Mengeluarkan wang daripada bank (merujuk kepada sumber).

2. Kata sendi dengan digunakan untuk membawa maksud i. bersama-sama atau berserta, ii. cara sesuatu itu dilakukan iii. memakai atau menggunakan dan menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama. Kata hanya merupakan golongan kata penegas. Kata penegas disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan (hanya, sahaja, juga, memang, pun, -kah, -lah, –tah) yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Oleh sebab, kata "hanya" membawa maksud yang sama, iaitu tidak lebih daripada satu atau tidak ada orang lain lagi.

3. Kata melalui berasal daripada kata dasar lalu membentuk kata baru yang membawa pelbagai makna. Kata melalui membawa maksud  "dengan perantaraan" atau "menerusi", contoh ayatnya: Kami berjalan melalui/menerusi lurah dan bukit.

4. Kata sendi nama "antara" perlu hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Contoh penggunaannya "Mereka berbincang antara adik-beradik". Sementara penggunaan kata 'antara' sebagai kata arah yang mengikuti kata sendi nama di-. Contohnya ialah "Rumahnya terletak di antara sebuah tasik dengan sawah padi".

5. Kata baru dan baharu kedua-duanya membawa makna yang sama dan baru dan baharu dianggap varian dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun buku Tatabahasa Dewan membezakan fungsi kedua-dua kata tersebut. Baru berfungsi sebagai kata bantu, contohnya dalam ayat "dia baru sampai dari kampung" dan baharu sebagai kata adjektif, contohnya "buku Tatabahasa Dewan, Edisi Baharu". Untuk penggunaan umum, puan boleh mengambil makna daripada kamus, namun jika untuk tujuan pembelajaran di sekolah, perlulah mematuhi rumus dalam buku Tatabahasa Dewan.

Tatabahasa30.05.2019
Selamat sejahtera........ Bolehkah saya tanya beberapa soalan mengenai tatabahasa ? 1. I Kampung Jaya landa banjir sejak pagi semalam. II Filem seram itu mereka tonton. III Pokok bunga itu kakak siram. Ayat manakah yang betul ? 2. Bapa membeli sebuah kereta baru? atau Bapa membeli sebuah kereta baharu? Terima kasih..........1. Ayat kedua dan ketiga betul.
2. Kedua-dua ayat tersebut juga betul kerana baru dan baharu sama maknanya dan diterima sebagai terjemahan new.
Tatabahasa06.03.2012
Salam sejahtera Tuan. 1. Apakah perbezaan antara mengira, menghitung dan membilang dalam konteks matematik? 2. Apakah beza antara nombor, angka dan digit dalam konteks matematik? Mohon pihak Tuan boleh memberikan contoh supaya lebih jelas dengan penggunaan perkataan yang tersebut di atas. Sekian, terima kasih.

1"> 1. Mengira, membilang, menghitung merupakan kata sinomin dalam konteks matematik  yang merujuk kepada perbuatan mengira, membilang atau menghitung untuk mengetahui banyaknya atau jumlahnya (wang, pendapatan, keuntungan dll); Dia ~ wang yg baru diterimanya. 1">

2. Angka/ Nombor: Simbol atau lambang untuk mewakili sesuatu nombor. Contohnya, I, II, III, IV, V, VI, VII, ... dan 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, …1">

3. Digit: Simbol asas dalam sistem penomboran iaitu 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9. Contohnya, nombor 45 651 mempunyai lima digit.1">

Lain-lain22.01.2019
Syarikat saya bercadang untuk mengadakan promosi untuk satu produk baru yang di adakan dengan kerjasama antara KL Monorail dan bas KL HOP ON HOP OFF, jadi kami sedang mencari 1) Soalan saya, adakah ayat di bawah sesuai digunakan? Ronda-ronda Kuala Lumpur dengan hanya satu tiket sahaja-RM20 2) Apakah makna atau maksud penuh bagi perkataan ronda-ronda? 3) Adakah perkataan lain yang sesuai digunakan bersesuaian dengan perkataan ronda-ronda tersebut.

1Ronda Kuala Lumpur dengan hanya satu tiket bernilai RM20.

 

2) makna ronda-ronda

Ronda:- = meronda 1.berjalan berkeliling kerana berkawal (menjaga keselamatan): polis ~ di jalan-jalan raya utk mencegah berlakunya rusuhan; 2. perbuatan berjalan berkeliling kerana berkawal; 3. = peronda orang atau sesuatu yg menjaga keselamatan (di jalan raya, di laut, di kampung, dll): polis ~; askar ~; kapal peronda; 4. Mn bersiar-siar, makan angin; 

3) i-Bersiar-siar

    ii-  Jalan-jalan

 
Lain-lain16.12.2008
Salam sejahtera, Soalan saya ialah kaedah untuk mengeja neomodenisme. Adakah neo-modenisme atau neomodenisme? Begitu juga dengan kata pinjaman yang lain-lain yang diserap ke dalam bahasa Melayu. Sekian.Salam sejahtera, 

1. Bahasa Melayu banyak menyerap istilah daripada pelbagai bahasa. Berdasarkan darjah penyesuaian unsur pinjaman itu dalam bahasa Melayu, maka istilah dalam bahasa Melayu dapat dibahagi kepada tiga golongan:

i. Istilah asing yang pengucapan dan penulisannya sudah sebati dalam bahasa Melayu seperti pencen, stesen, kelas, kelab: tidak diubah. 

ii. Istilah asing yang belum sepenuhnya terserap ke dalam bahasa Melayu seperti ad hoc dan ad interim: pengucapan dan penulisannya hendaklah dikekalkan seperti dalam bahasa sumber.

ii. Istilah yang baru dipinjam dan belum sebati atau menyesuaipkan diri daripada segi sebutan dan ejaan. Pengejaan istilah ini dilakukan dengan cara mengubah unsur yang perlu sahaja supaya bentuk ejaan asal masih terlibat. Ini memudahkan pengenalan istilah baharu itu dibandingkan dengan istilah asal dalam bahasa sumber. Contohnya ae jika bervariasi dengan e = e seperti:

aesthetic = estetik
haemoglobin = hemoglobin
haematite = hematit

2. Ejaan yang betul ialah neomodisme (dieja rapat). Neo- ialah awalan asing dan sekiranya awalan ini bergabung dengan kata nama khas (sekiranya ada), perlulah diletakkan tanda sempang, misalnya pro-Malaysia dan pan-Asia.

Terima kasih.
Ejaan17.01.2025
saya ingin mengesahkan penggunaan kata pemeri - ialah dan adalah. Yang saya pelajara, ialah untuk kata nama. adalah untuk kata sendi dan adjektif. Walau bagaimanapun say terjumpa banyak kesilaan termasuk oleh pakar bahasa, penterjemah, dan pada laman sesawang penerbit buku terkenal. Adakah ada mazhab berbez atau mahab baru berkenaan kata pemeri. Saya jadi tidak tahu meadakah yang salah telah jadi betul sekarang/

Kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala "adalah"  menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh penggunaan "ialah" i. Anak ialah anugerah Allah ii. Sepak takraw ialah sukan yang elok dipertandingkan. Contoh penggunaan "adalah" i. Kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta. ii. Kerja pembaikan lif dijangka siap adalah pada minggu hadapan. (untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, hal. 263)1">

Kedua-dua kata pemeri (ialah dan adalah) tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Puan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tatabahasa18.12.2017
12

Kembali ke atas