Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baru sebentar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Saya ingin menanyakan soalan iaitu apakah perbezaan antara perkataan 'baru', 'baharu',dan 'bahru'Menurut Kamus Dewan baru dan baharu sebagai kata adjektif kerap kita temui dalam ayat seperti rumah baru/baharu, kawan baru/baharu dan kereta baru/baharu. Walau bagaimanapun sebagai kata bantu perkataan baru sahaj digunakan seperti baru sampai dan baru sebentar tadi. Manakala perkataan bahru hanya ditemukan dalam penamaan tempat, iaitu Johor Bahru. Dan satu lagi bentuk ejaan yang ada bagi nama tempat ialah Kota Bahru. Hal ini tidak dapat diselaraskan kerana nama-nama tempat tersebut telah diwartakan.Ejaan11.07.2012
"Hi dbp. saye keliru baharu atau baru? konteks ayat mana yang boleh digunakan untuk siswazah baharu atau baru? baharu dilantik atau baru lantik? dsbnya."Baharu ialah kata adjektif yang lazimnya digunakan bagi padanan new dalam bahasa Melayu seperti buku edisi baharu dan siswazah baharu, dan baru ialah kata bantu. Kata baru lazimnya digunakan seperti dalam konteks dia baru sampai dan baru sebentar tadi.Tatabahasa03.01.2014
Assalamualaikum. Tuan, saya memohon Tuan dapat memberi penjelasan mengenai dua perkataan di bawah ini kerana saya agak keliru dengan penggunaannya; (i) baru (ii) baharu Melalui pembacaan saya sebelum ini; baru merujuk kepada 'just'. contoh penggunaan: baru sampai, dia baru tersedar, baru sahaja habis. manakala; baharu merujuk kepada 'new'. contoh penggunaan: baju baharu, pengantin baharu, tahun baharu, adik baharu Namun begitu timbul kekeliruan pada saya kerana lazimnya 'baharu' tetap juga ditulis dengan 'baru' seperti yang biasa ditemui: baju baru, pengantin baru, tahun baru, adik baru. Saya mohon Tuan dapat membantu tentang ketepatan penggunaan perkataan 'baru' & 'baharu'. Terima kasih, Tuan.

Pendapat saudara memang benar, kita biasa melihat frasa 'kereta baru' atau 'kereta baharu' dan 'buku baru' atau 'buku baharu'. Oleh itu, kata news kerap diterjemahkan kepada baru atau baharu. Namun begitu berbeza dengan kata just yang lazimnya diterjemahkan kepada baru seperti baru sampai dan baru sebentar tadi.

Tatabahasa07.12.2011
As salam, Saya keliru, apa bezanya perkataan 'baharu' dengan 'baru'. Waktu bila kita perlu menggunakan perkataan 'baharu' dan 'baru'. Terima kasih.

Menurut data kami perkataan baharu ialah kata adjektif yang lazimnya digunakan bagi padanan new dalam bahasa Melayu seperti buku edisi baharu dan siswazah baharu, dan baru ialah kata bantu. Perkataan  baru lazimnya digunakan seperti dalam konteks dia baru sampai dan baru sebentar tadi.

Tatabahasa25.07.2018
Assalamualaikum. Dalam Kamus Dewan kata "baru" boleh silih berganti dengan "baharu". Namun dalam ayat situasi mana yang sesuai kita gunakan "baru" dan "baharu" untuk membina ayat.Adakah kedua-duanya boleh diguna pakai? Tetapi kenapa dalam proses pengimbuhan kata "baharu" digunakan jika dibanding dengan "baru". Contohnya, pembaharuan, pembaharu, dibaharukan dan sebagainya. Boleh atau tidak kita jadikan " pembaruan", pembaru" "dibarukan" dan sebagainya. Terima Kasih. Tarikh diperlukan jawapan, terpulang kepada pihak tuan.

Baru dan baharu kedua-duanya membawa makna yang sama dan baru dan baharu dianggap varian dalam bahasa Melayu. Untuk lebih mudah memahaminya, kata "baru" lazimnya merujuk kepada masa dan dalam bahasa Inggeris kata "just" digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contohnya, just now = baru sebentar tadi. Kata "baharu" pula merujuk kepada sesuatu yang baharu atau dalam bahasa Inggerisnya 'new'.Walau bagaimanpun kata "new" diterjemahkan juga kepada baru, contohnya new car = kereta baharu/baru. Dalam bentuk kata terbitan, kata dasar baharu lebih produktif daripada kata dasar baru seperti membaharui, memperbaharu, kebaharuan, pembaharuan, pembaharu, baru-baru dan membarukan. Penggunaan kata terbitan lazimnya berdasarkan contoh penggunaan yang telah ada seperti pembaharu, bukannya pembaru.

Tatabahasa10.07.2011
Dalam ayat yang berikut, "Bapa menghadiahi Ali sebuah basikal baru.", guru anak saya mengatakan bahawa penggunaan perkataan "baru" dalam ayat di atas adalah salah dan harus digantikan dengan perkataan "baharu" kerana "baru" hanya bermaksud "just" dan "baharu" bermakna "new". Guru tersebut turut mengatakan bahawa maksud-maksud "baru" I dari no.1 hingga no.4 pada halaman 131 dalam Kamus Dewan Edisi Keempat adalah salah dan tidak boleh diterima lagi dalam mata pelajaran BM dan ini adalah merupakan perkembangan terkini dalam mata pelajaran BM. Adakah ini benar?Perkataan baru sama dengan baharu dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Namun demikian, perkataan baru lebih sesuai digunakan bagi terjemahan just seperti baru sebentar tadi, tetapi tidak salah jika kita menggunakan frasa kereta baharu atau kererta baru kerana terjemahan new menerima kedua-dua bentuk baharu dan baru. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=baharu.Tatabahasa08.03.2012
1) Perlu dicondongkan atau ditegakkan untuk perkataan seperti Facebook, Instagram dan sebagainya jika dalam penulisan rasmi? 2) 'Red velvet' dalam bahasa Melayu apa? 3) Terdapat atau tidak perkataan tersendiri untuk perkataan 'hashtag' (#) dalam bahasa Melayu? 4) Kali pertama atau pertama kali? Misalnya, inilah kali pertama kami ke sini ataupun inilah pertama kali kami ke sini. 5) Apakah perbezaan antara baharu dan baru?Jawapan:

1. Untuk perkataan seperti Facebook, Instagram dalam penulisan rasmi, tidak perlu dicondongkan kerana merupakan nama khas.
2. Setakat ini, perkataan red velvet dan hastag tidak ada dalam data DBP
3. Perkataan kali pertama merupakan padanan bagi perkataan bahasa Inggeris iaitu first time. Frasa 'kali pertama' dan 'pertama kali', kedua-duanya betul bergantung pada aspek yang ingin ditekankan atau didahulukan.
4. Menurut Kamus Dewan baru dan baharu sebagai kata adjektif kerap kita temui dalam ayat seperti rumah baru/baharu, kawan baru/baharu dan kereta baru/baharu. Walau bagaimanapun sebagai kata bantu perkataan baru sahaja digunakan seperti baru sampai dan baru sebentar tadi.
Tatabahasa27.10.2015
1) SEBAGAIMANA ATAU SEBAGAI MANA (MANAKAH AYAT YANG BETUL) 2) PENGGUNAAN PERKATAAN 'BAHARU' DAN 'BARU'1. Ejaan yang betul ialah sebagaimana
2. Menurut Kamus Dewan baru dan baharu sebagai kata adjektif kerap kita temui dalam ayat seperti rumah baru/baharu, kawan baru/baharu dan kereta baru/baharu. Walau bagaimanapun sebagai kata bantu perkataan baru digunakan seperti baru sampai dan baru sebentar tadi.
Tatabahasa26.02.2018
Salam Saya ingin bertanya tentang penggunaan : Jiran baru saya Atau Jiran baharu saya Yang mana satu yang betul? Terima kasihMenurut Kamus Dewan baru dan baharu sebagai kata adjektif kerap kita temui dalam ayat seperti rumah baru/baharu, jiran baru/baharu dan kereta baru/baharu. Walau bagaimanapun sebagai kata bantu perkataan baru digunakan seperti baru sampai dan baru sebentar tadi.Lain-lain26.12.2019
1. Berdasarkan penerangan tuan pada 1.5.2011, tiada istilah 'menjolok mata'; merujuk Kamus Dewan Edisi ke-4, m.s. 636, 'menjolok mata' bermaksud , (a) sangat jelas kelihatan, sangat nyata; (b) memberi malu, menyakitkan hati. Merujuk Kamus SDA, m.s. 285, 'mencolok mata' bermaksud (a) mencucuk mata; (b) tampak jelas, kelihatab jelas benar; (c) membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu. Soalan saya: adakah penerangan ini bererti bahawa 'menjolok mata' dab 'mencolok mata' membawa maksud yang sama apabila digunakan dalam ayat berikut; 'Pakaian gadis itu sangat menjolok mata/mencolok mata ', bolehkah kedua-dua frasa ini diterima dan betul? Saya menemui dua contoh latihan membetulkan kesalahan bahasa dalam Akhbar Dalam Pembelajaran Utusan Malaysia yang bertarikh 24 Mac 2011 dan 19 Mei 2011 yang menyatakan frasa 'mencolok mata' harus dibetulkan dengan frasa 'menjolok mata' . Oleh itu, saya amat keliru. Sila jelaskan. Terima kasih. 2. Adakah benar istilah 'baru' yang diguna pakai sekarang ialah 'baharu' untuk frasa 'Tahun Baharu Cina, baju baharu, kereta baharu' manakala istilah 'baru' bermaksud 'belum berapa lama lagi' seperti dalam frasa 'baru dia sedar, baru balik dari sekolah'? Sila jelaskan.

1. Frasa 'mencolok mata' dan 'menjolok mata' kedua-duanya adalah betul.  Antara maksud 'mencolok mata' termasuklah dikiaskan kepada menimbulkan rasa meluat  dan sebagainya kepada sesiapa yang melihat kerana berlebih-lebihan tentang pakaian, kelakuan dan sebagainya. Dan lazimnya kita menggunakan maksud kiasan 'mencolok mata' apabila merujuk keadaan yang berkenaan.  

2. Perkataan baru dan baharu kedua-duanya adalah betul. Walau bagaimanapun dalam penggunaan harian apabila kita menterjemahkan kata 'new'  ke dalam bahasa Melayu perkataan yang digunakan ialah baru dan baharu seperti rumah baru, buku edisi baharu, kata 'just' pula diterjemahkan kepada baru sahaja seperti baru sebentar tadi.  

Tatabahasa20.05.2011
12

Kembali ke atas