Pohon penjelasan maksud PERHENTIAN BAS,TEMPAT MENUNGGU BAS,STESEN BAS | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perhentian bermaksud tempat berhenti (bas, teksi, dll). Oleh itu, perhentian bas bermaksud tempat bas berhenti. Sama maksud dengan tempat menunggu bas. Stesen bas pula bermaksud sebuah tempat di mana pengguna bas dapat perkhidmatan asas, tentang pembelian dan penempahan tiket, jadual ketibaan dan berlepas, dan sebagainya yang berkaitan dengan sistem angkut bas awam. | Makna | 28.09.2010 |
Mengapa pada dinding bas tertulis 'BAS PEKERJA' dan bukannya 'BAS KILANG' padahal itu pada saya sudah betul. Sama juga dengan 'BAS SEKOLAH', mengapa tidak ditukar kepada 'BAS PELAJAR' sebagai padanan kepada 'BAS PEKERJA'. Sekian Terima Kasih! | Kedua-duanya boleh diterima mengikut konteks yang berbeza. | Lain-lain | 07.06.2010 |
Adakah terdapat perbezaan maksud di antara "stesen bas" dengan "terminal bas"? Contoh: Terminal Bas Putra (Kuala Lumpur), Stesen Bas Kota Bharu (Kelantan), Terminal Bas Bersepadu Selatan (Kuala Lumpur). | Terminal juga bermaksud stesen atau hentian. Walau bagaimanapun lazimnya stesen digunakan untuk hentian yang agak kecil seperti Stesen Bas Kuala Lipis, manakala terminal digunakan untuk hentian yang besar atau tempat transit untuk pelbagai jenis pengangkutan seperti Terminal Bersepadu Selatan. | Tatabahasa | 21.09.2012 |
perhentian bas atau hentian bas? apa bezanya? tq | Menurut Kamus Dewan, perhentian dan hentian membawa maksud yang sama. Jadi, tidak ada perbezaan antara perhentian bas dan hentian bas. | Istilah | 20.11.2012 |
ADAKAH AYAT "SILA MENUNGGU BAS DI STESEN BAS MASING-MASING 10 MINIT AWAL' ITU BETUL? | Ayat yag lebih gramatis ialah "Sila tunggu bas di stesen bas masing-masing 10 minit lebih awal." | Tatabahasa | 21.03.2017 |
bas Maju Jaya atau Bas Maju Jaya? A1 atau 1A?(untuk peperiksaan SPM) eropah atau Eropah? si Riang atau Si Gusar? abang Ali atau Abang Ali? | Yang betul ialah Bas Maju Jaya. A1 atau 1A perlu mengikut konteks sama ada bagi kategori yang ada A1 dan A2 atau bilangan A yang diperolehnya ialah 1A. Kata nama khas seperti Eropah, Abang Ali hendaklah ditulis awalannya dengan huruf besar, manakala kata nama am ditulis si gusar atau si riang. | Ejaan | 06.11.2009 |
Nak tanya 1. "Pemandu bas itu menghantar murid pergi ke sekolah atau Pemandu bas itu menghantar murid ke sekolah." 2. "Pemandu bas itu menghantar murid-murid ke sekolah atau Pemandu bas itu menghantar murid ke sekolah?" Sekian... | Ayat yang gramatis dan betul ialah 2. "Pemandu bas itu menghantar murid-murid ke sekolah. | Tatabahasa | 25.02.2015 |
Ayat mana yang betul ? 1) Ali ke sekolah menaiki bas sekolah. 2) Ali ke sekolah dengan menaiki bas sekolah. 3) Ali pergi ke sekolah dengan menaiki bas sekolah. 4) Ali menaiki bas sekolah ke sekolah. | Yang betul ialah ayat ketiga dan ayat keempat, iaitu Ali pergi ke sekolah dengan menaiki bas sekolah dan Ali menaiki bas sekolah ke sekolah. | Tatabahasa | 13.07.2009 |
Antara berikut, istilah manakah yang paling sesuai untuk merujuk kepada stesen pengangkutan awam ? A. Stesen Bas Ulu Tiram B. Terminal Bas Ulu Tiram C. Perhentian Bas Ulu Tiram D. Hentian Bas Ulu Tiram E. Ulu Tiram Sentral Terima kasih. :) | Mengikut Kamus Dewan, (1) stesen ialah bangunan perhentian kereta api atau bas; (2) terminal ialah stesen atau bahagian bangunan di lapangan terbang dll tempat penumpang tiba (pada akhir perjalanan) atau berlepas (memulakan perjalanan); (3) perhentian/ (4) hentian ialah tempat berhenti (bas, teksi, dll). Keempat-empat perkataan tersebut boleh merujuk stesen pengangkutan awam, tetapi kelima-lima nama yang tuan berikan tidak boleh merujuk pengangkutan awam kerana bas bukan satu-satunya pengangkutan awam di negara kita. | Istilah | 28.08.2014 |
MANAKAH YANG LEBIH TEPAT UNTUK DIGUNAKAN: I. JALAN PERSIARAN ATAU JALAN PESIARAN 2. BAS PERSIARAN ATAU BAS PERSIARAN | Menurut Kamus Dewan, persiaran ialah hal atau perbuatan bersiar-siar. Jawapan yang betul dan tepat ialah Jalan Persiaran dan Bas Persiaran. | Ejaan | 25.09.2006 |