Adakah frasa "basah kuyup" mempunyai tanda sempang dan dikira sebagai kata ganda? Mohon penjelasan selengkapnya. Terima kasih. | Frasa "basah kuyup" tidak mempunyai tanda sempang dan bukan dalam golongan kata ganda. Frasa tersebut mengandungi dua perkataan yang boleh berdiri dengan sendiri, mempunyai maksud yang berbeza dan boleh membentuk ayat. | Ejaan | 14.06.2021 |
ALI MENGELAP TINGKAP DENGAN SEHELAI KAIN BASAH. | ALI MENGELAP TINGKAP DENGAN SEHELAI KAIN YANG BASAH. | Lain-lain | 21.03.2011 |
IBU AMIR MENJEMUR PAKAIAN YANG BASAH DI AMPAIAN SUPAYA IA CEPAT KERING. | IBU AMIR MENJEMUR PAKAIAN YANG BASAH DI AMPAIAN SUPAYA CEPAT KERING. | Lain-lain | 21.03.2011 |
Mohon penjelasan tentang maksud 'lembab' dan lembap yang mana membawa maksud masih basah dan tidak kering sepenuhnya. | Perkataan yang membawa maksud "masih basah dan tidak kering sepenuhnya" ialah "lembap". | Tatabahasa | 03.03.2015 |
Struktur ayat yang mana betul? 1. Ali mengelap tingkap dengan kain basah di dalam kelas. 2. Ali mengelap tingkap di dalam kelas dengan kain basah. | Kedua-dua struktur ayat yang digunakan tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 04.09.2012 |
selamat sejahtera encik/puan. 1. Kita digalakkan untuk memakai kasut but semasa musim hujan supaya dapat mengelakkan kaki basah. 2. Kita digalakkan memakai kasut but semasa musim hujan supaya dapat mengelakkan kaki basah. Ayat mana yang betul? terima kasih. | Ayat tersebut diberikan penambahbaikan, seperti yang berikut: “Kita digalakkan memakai kasut but semasa musim hujan bagi mengelakkan kaki basah.” Untuk makluman yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014) halaman 431 - 575 dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 172 (kata sendi nama bagi). | Tatabahasa | 05.07.2025 |
membasahi dan membasahkan, bagaimanakah penggunaan perkataan-perkataan ini? terima kasih | Untuk makluman saudara, membasahi ialah menyebabkan menjadi basah: air mata ~ pipinya manakala membasahkan ialah menyebabkan sesuatu menjadi basah dgn mencurah (merenjiskan dll) air: ~ rambut; ~ tekak minum air (sedikit). Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Istilah | 28.05.2009 |
Salam semua. Meramas atau memerah kain yang basah, mana satu yang tepat? | Pemilihan kata betul ialah memerah kain yang basah | Tatabahasa | 06.06.2020 |
Salam sejahtera, Apakah perbezaan bagi penggunaan "membasahi" dengan "membasahkan"? Sekian, terima kasih. | Untuk makluman saudara, membasahi ialah menyebabkan menjadi basah: air mata membasahi pipinya manakala membasahkan ialah menyebabkan sesuatu menjadi basah dengan mencurah (merenjiskan dll) air: membasahkan rambut; membasahkan tekak minum air (sedikit). Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Tatabahasa | 16.04.2013 |
Terjemahan untuk wet AMD | Untuk makluman, AMD ialah singkatan untuk "age-related macular regeneration". Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "wet AMD" ialah AMD basah atau degenerasi makular berkaitan umur basah. | Istilah | 02.04.2014 |