Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata base


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1) Pizza base 2) Centre of pizza base 3) Outer rim of pizza base Terima kasih.

Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:

1) Pizza base – asas piza

2) Center of pizza base – bahagian tengah asas pizza

       3) Outer ring of pizza base – Sembir asas piza
Istilah06.03.2018
Salam, mohon cadangan terjemahan perkataan "base" dalam konteks politik. In politics, the term base refers to a group of voters who almost always support a single party's candidates for elected officeUntuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "base" dalam konteks politik. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pengundi tegar atau pengundi tradisi.Istilah30.10.2014
Heart Base Sdn BhdTidak ada soalan yang dikemukakan, untuk pentanyaan tentang bahasa sila kemukakan soalan tuan dengan jelas dan jika untuk pengesahan bahasa dalam iklan klik domain Khidmat Pengesahan Bahasa DBP.Lain-lain23.12.2013
Apakah perkataan Bahasa Malaysia untuk base jump?Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk"base jump" ialah terjun tapak.Istilah09.03.2016
Apakah daftar istilah untuk 'sauce base'? Bolehkah 'bes sos' atau 'asas sos' digunakan?Padanan untuk  "sauce base" ialah asas sos.Istilah10.11.2021
Apakah istilah "crusher run", "base course" dan "wearing course" dalam bidang pembinaan dalam Bahasa Melayu?Padanan bahasa Melayu bagi istilah crusher-run ialah batu pecah, istilah base course ialah lapis dasar dan istilah wearing course ialah lapis haus. Padanan istilah-istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah03.07.2023
Terjemahan 1. Super motor 2. base jumping 3. inline skate 4. bugee jumping 5. tree climbing 6. caving 7. paragliding 8. wind surfing 9. kite surfing1. Super motor-motor lasak (aktivitnya - lumba motor lasak) 2. base jumping-terjun tapak 3. inline skate-kasut luncur sebaris (aktivii - luncur sebaris) 4. bugee jumping-terjun lelabah 5. tree climbing-panjat pokok 6. caving-jelajah gua 7. paragliding-luncur layar 8. wind surfing-luncur angin 9. kite surfing-pelayaran layang-layangMakna01.04.2014
Setahu saya "supply base" biasanya diterjemahkan sebagai "pangkalan bekalan". Contoh: Pangkalan Bekalan Tok Bali. Tetapi laporan berita Bernama menulis sebagai "Pangkalan Perbekalan Tok Bali" (http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/bu/newsbusiness.php?id=1186264). Jadi, yang mana satu betul?Cadangan terjemahan "supply base" ialah pangkalan pembekalan.Penyemakan dan penterjemahan04.11.2015
Salam sejahtera Tuan/Puan. Apakah cadangan terjemahan bagi istilah 'Base Mounted Place Robot'? Sekian, terima kasih.Terjemahan yang dicadangkan ialah Robot Setempat Berdasar atau Robot Setempat Berkaki.Istilah31.12.2015
MAKSUD 'PANGKALAN' , MAKSUD 'PANGKALAN UDARA' , ADAKAH 'PANGKALAN UDARA' BOLEH DIGUNAKAN SELAIN DARI TENTERA DI MANA DEFINISI 'AIR BASE' DALAM BAHASA INGGERIS HANYA EKSKLUSIF KEPADA PENEMPATAN TENTERA. JIKA DIBOLEHKAN PENGGUNAAN 'PANGKALAN', BAGAIMANA KEADAAH PENGGUNAAN SEBENAR PERKATAAN 'PANGKALAN'. SEBAGAI CONTOH 'PANGKALAN UDARA JBPM SUBANG' ATAU 'PANGKALAN UDARA SUBANG JBPM' ATAU 'PANGKALAN UDARA BOMBA SUBANG'Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud "pangkalan" ialah tempat perahu dan lain-lain berhenti (berlabuh); 2. tempat barang-barang dagangan dan lain-lain dikumpul (untuk diangkut dan lain-lain); 3. pelabuhan (lapangan terbang dan lain-lain) yang menjadi tempat untuk mengadakan latihan, melancarkan serangan dan sebagainya. Contoh penggunaannya: Pangkalan Data, Pangkalan Tentera Laut, Pangkalan Tentera Udara, Pangkalan Kapal Layar dan sebagainya. Berdasarkan pertanyaan tersebut, cadangan jawapan yang sesuai ialah PANGKALAN UDARA JBPM SUBANG. Makna19.07.2021
12

Kembali ke atas