| concentrate the stock clear basic stock | memekatkan stok dan tulen/asli stok asas jernih | Lain-lain | 26.03.2007 |
| Minta semakan tatabahasa bagi laporan berita dibawah. Terima kasih. JOHOR BAHRU, 16 Mei 2026 - Kelab A UTM dengan kerjasama Pusat Kesihatan UTM telah menganjurkan dengan jayanya Program Basic Life Support Training di Aras 1 Pusat Kesihatan UTM. Penganjuran program ini bertujuan untuk melahirkan mahasiswa yang mempunyai kemahiran kritikal bagi menghadapi situasi kecemasan. Seramai 27 peserta dalam kalangan mahasiswa UTM telah menyertai program ini yang mendedahkan mereka kepada teori dan kemahiran praktikal tentang Basic Life Support, Teknik Resusitasi kardiopulmonari (CPR), penggunaan Automated External Defibrillator (AED) dan Teknik Rawatan Tercekik. Program ini diakhiri dengan ujian teori dan praktikal untuk melayakkan para peserta mendapatkan sijil sebagai perawat yang diiktiraf oleh Pusat Kesihatan UTM. Program ini menyokong aspirasi Sustainable Development Goals (SDG) 3 melalui peningkatan tahap kesihatan serta kesejahteraan dalam kalangan mahasiswa UTM. Selain itu, SDG 4 turut tercapai melalui program ini yang menggalakkan pendidikan sepanjang hayat kepada mahasiswa UTM. Semoga penganjuran program ini memberi manfaat kepada mahasiswa UTM untuk membantu yang memerlukan pada saat kecemasan sama ada di dalam mahupun di luar kampus UTM. | Sekiranya tuan memerlukan semakan bahasa Melayu dalam dokumen, sila hantarkan dokumen tuan melalui e-mel ayu@dbp.gov.my untuk mendapatkan sebut harga. Sila pastikan dokumen tuan mengikut format berikut: Jenis huruf: Arial Saiz huruf: 12 Langkau: 2 baris | Lain-lain | 19.05.2026 |
| Tuan/Puan, Bolehkah kami mendapatkan padanan bagi istilah di bawah ini- Silicon dioxide amorphous Sodium aluminium phosphate (basic) Sodium and potassium pryophosphates (tetrasodium and tetrapotassium diphosphates) and sodium and potassium acid pyrophosphates (disodium and dipotassium dihydrogen diphosphates) Sodium and potassium salts of fatty acid which are derived from edible vegetable oil and edible vegetable fat Sodium and potassium tripolyphosphates Sodium, potassium and calcium polyphosphates Sorbitan fatty acid esters Stearoyl lactylic acid and its sodium and calcium salt Sucroglycerides Sucrose esters of fatty acid Sekian, terima kasih. | Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: silicon dioxide amorphous - amorf silikon dioksida sodium and potassium pyrophosphates - natrium aluminium fosfat tetrasodium and tetrapotassium diphosphates - tetranatrium dan tetrakalium difosfat sodium and potassium acid pyrophosphates - asid natrium dan kalium pirofosfat disodium and dipotassium dihydrogen diphosphates - dinatrium dan dikalium dihidrogen difosfat sodium and potassium salts of fatty acid which are derived from edible vegetable oil and edible vegetable fat - garam natrium dan kalium asid lemak terbitan daripada minyak dan lemak sayur yang boleh dimakan sodium and potassium tripolyphosphates - natrium dan kalium tripolifosfat sodium, potassium and calcium polyphosphates - natrium, kalium dan kalsium polifosfat stearoyl lactylic acid and its sodium and calcium salt - asid steroil laktilik dan garam natrium dan kalsium sucrose esters of fatty acid - sukrosa ester asid lemak Berdasarkan data PRPM juga, padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: sodium aluminium phosphate (basic) - natrium aluminium fosfat sorbitan fatty acid esters - ester sorbitan asid lemak sucroglycerides - sukrogliserida Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 19.08.2021 |
| Tang Pui Kwan SEP 11TH, 11:56AM salam sejahtera, i would like find out more about kursus basic bahasa melayu for foreigner. Is this about pricing?YesNo 1.when is the next intake? 2. how many classes for the entire programme? 3.how many hours in total, 4. how much is the course fee + registration fee (if any?) thank you | Segala program yang berkaitan dengan kursus, latihan industri dan biasiswa (jika ada) diuruskan oleh Akademi DBP. Sila hubungi Ketua Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur melalui Dr. Dahlina Daut, e-mel dahlina@dbp.gov.my, dan telefon 03-21479224. | Lain-lain | 11.09.2016 |
| Saya ada beberapa orang kawan dari korea, mereka termasuk anak mereka hendak belajar Bahasa melayu dari paling basic. seperti sutu kata sehinggga boleh buat pertuturan. saya tidak dapat cari buku panduan and latihan yang sesuai untuk tujuan ini. kalau ada set buku panduan dan latihan untuk beginner, bolehkah pihak anda kenalkan kepada saya? terima kasih. | Ada beberapa judul buku yang boleh kami cadangkan untuk belajar bahasa Melayu, antaranya: 1. Untuk peringkat asas/permulaan: (a) Bahasa Melayu: Boleh Berbahasa Boleh Berkomunikasi Buku 1 (Berserta CD) oleh Bustam Kamri dan Putri Zabariah Megat A. Rahman (b) Bahasa Melayu: Boleh Berbahasa Boleh Berkomunikasi Buku 2 (Berserta CD) oleh Bustam Kamri dan Putri Zabariah Megat A. Rahman (c) Siri Bahasa Melayu Prasekolah Dewan (buku bacaan tambahan) (d) Siri KIA2M (e) Buku-buku teks Bahasa Malaysia untuk Sekolah Rendah (dari Tahun 1 hingga Tahun 6) berserta buku-buku Latihan dan Aktiviti. 2. Untuk peringkat pertengahan dan lanjutan: (a) Bertutur dengan Fasih (Speak Malay Fluently) oleh Norizah Ardi dan Hasbi Yusoff (b) Perbualan Asas Bahasa Melayu oleh Anwar Ridhwan (c) Bahasa Melayu untuk Penutur Asing oleh Norhashimah Jalaluddin, Madian Omar dan Norzilawati Jais (d) Peribahasa dan Ungkapan Inggeris-Melayu oleh Amir Muslim (e) Tatabahasa Bahasa Melayu Digital (CD) oleh DBP dan Multimedia University (f) Tatabahasa Dewan Edisi Ke-3 oleh Nik Safiah Karim et. al. (g) Nahu Melayu Mutakhir oleh Asmah Hj. Omar Buku-buku tersebut boleh didapati di pasaran atau di Kedai Buku Koperasi DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur. | Lain-lain | 29.04.2010 |
| Bolehkah "kebolehaksesan" digunakan bagi istilah "accessibility" dan "inklusiviti" bagi "inclusivity"? Jika tidak, harap pihak DBP dapat beri cadangan. Terima kasih. Contoh penggunaan: Prioritising rural basic infrastructure to enhance accessibility and inclusivity. | Tuan/puan, Untuk makluman, terjemahan yang tepat bagi accessibility ialah ketersampaian dan ketercapaian. Selain itu, dalam Kamus Dewan tidak terdapat perkataan inklusiviti. Perkataan yang wujud ialah inklusif yang membawa maksud merangkum, termasuk dan menyeluruh. Jika berdasarkan konteks ayat yang diberi, perkataan yang tepat ialah menyeluruh. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.11.2017 |
| Salam Tuan / Puan Saya ingin bertanya, adakah istilah "pendekatan berdaya saing asas" atau "pendekatan asas yang berdaya saing" dapat digunakan untuk diterjamahkan daripada " there are two basic competitive approach" Terima kasih di atas panduan dan oertolongan yang pihak tuan berikan. | Pada pandangan kami, frasa yang lebih tepat ialah "pendekatan asas yang berdaya saing". | Tatabahasa | 20.07.2015 |
| Assalmualaikum DBP. Saya hendak memohon bantuan untuk mencari padanan terjemahan dalam bahasa Melayu yang sesuai bagi ayat "computing the dips" berdasarkan petikan di bawah: In applying the lexicostatistical techniques developed from the basic assumptions, the steps are: collecting of comparable word lists from the relatively stable core vocabulary; determining the probable cognates and; computing the time depth; computing the range of error; and, optionally, computing the dips. | DIP ialah “dual in-line package“ yang bermaksud bungkusan dwibaris (DIP), manakala computing daripada bidang teknologi maklumat ialah pengkomputeran. Maka cadangan terjemahan yang sesuai bagi “computing the dips” ialah pengkomputeran bungkusan dwibaris (DIP) | Makna | 08.06.2021 |
| Hai, apakah terjemahan yang sesuai bagi "Backlinks"? Maksud Backlinks ialah: Backlinks, also known as incoming links, inbound links, inlinks, and inward links, are incoming links to a website or web page. In basic link terminology, a backlink is any link received by a web node (web page, directory, website, or top level domain) from another web node.[1] Inbound links were originally important (prior to the emergence of search engines) as a primary means of web navigation; today, their significance lies in search engine optimization (SEO). The number of backlinks is one indication of the popularity or importance of that website or page (for example, this is used by Google to determine the PageRank of a webpage). Outside of SEO, the backlinks of a webpage may be of significant personal, cultural or semantic interest: they indicate who is paying attention to that page. Source: http://en.wikipedia.org/wiki/Backlink Terima kasih. | Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk backlinks ialah pautan masuk. | Istilah | 24.10.2012 |
| MAKSUD INTISARI DALAM B.I SELAIN DARI ESSENCE | Menurut Kamus Inggeris Melayu Dewan mendefinisikan kata essence; - n 1. basic or most important characteristic, intipati, intisari: justice should be the ~ of all laws, keadilan seharusnya menjadi intipati semua undang-undang; 2. extract used to flavour food, esen: vanilla ~, esen vanila;
in ~pd dasarnya: the two arguments appear to be similar, but in ~ they are entirely different, dua hujah itu nampak sama, tetapi pd dasarnya sama sekali berbeza; of the ~, (fml) sangat penting: in giving first aid, speed and care are of the ~, dlm memberikan pertolongan cemas, kecepatan dan ketelitian adalah sangat penting.
| Makna | 11.06.2009 |