Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.si.kal] | باسيکل

Definisi : sj kenderaan beroda dua yg ditunggang dgn mengayuh pedalnya;berbasikal menunggang basikal: budak itu ~ ke sekolah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.si.kal] | باسيکل

Definisi : sj kenderaan beroda dua serta berpedal dan dpt ditunggang. berbasikal 1 mempunyai basikal. 2 menaiki atau menunggang basikal: Arif ~ ke sekolah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata basikal

Puisi
 

Kalau tuan gatih basikal,
     Buah berangan dimasak kari;
Kalau tuan kasih kekal,
     Sapu tangan campak ke mari.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apa beza mengayuh basikal dengan menunggang basikal?Mengayuh basikal bermaksud menjalankan basikal dengan memijak dan memusingkan kayuhnya. Manakala menunggang bermaksud menaiki dan duduk mengangkang di atas basikal. Perbuatan pertama  memberi tumpuan kepada perbuatan menggerakkan basikal.Tatabahasa29.03.2012
maksud istilah basikal serta sejarah basikal, jurnal mengenai basikalBaby deeya, untuk soalan berbentuk ini sila dapatkan jawapan atau huraian yang lebih daripada Ensaiklopedia. Di dalamnya terdapat huraian yang lengkap mengenai soalan yang ditanyakan.Terima kasih kerana menghubungi KNB DBP.Makna16.02.2009
Apakah nama tempat duduk belakang basikal? lantin basikal?Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, lantin ialah sejenis lampu, lentera.


Untuk makluman tuan, lantin juga bermaksud tempat duduk belakang basikal, yang merupakan dialek negeri Perak. Sehingga hari ini, Kamus Dewan belum menerima perkataan lantin, yang membawa maksud tempat duduk belakang basikal.
Tatabahasa19.04.2013
selamat pagi, saya ingin bertanya samada menunggang boleh diguna sebagai : menunggang basikal ? setahu saya, menunggang kuda, motosikal, memandu kereta, memandu lori atau membawa lori? untuk basikal, biasanya mengayuh basikal. sekian, terima kasih.Merujuk Kamus Dewan menunggang bermaksud menaiki dan duduk mengangkang di atas sesuatu  seperti basikal, kuda dan sebagainya. Oleh itu, frasa menunggang basikal adalah betul.Tatabahasa19.07.2012
Salam satu Malaysia, 1. Jatuh dari basikal 2. Jatuh daripada basikal Yang mana betul ? Terima kasih.Frasa yang betul ialah terjatuh daripada basikal.Tatabahasa03.07.2013
1.Aku cinta padamu atau aku cinta kepadamu? 2. dari basikal atau daripada basikal ?

Frasa yang betul ialah 1. aku cinta kepadamu, 2. daripada basikal.

Lain-lain21.01.2010
Salam, saya ingin menanyakan penggunaan dan pemilihan kata sendi nama yang betul.'Terjatuh dari basikal' ataupun 'Terjatuh daripada basikal'? Terima kasih.TERJATUH DARIPADA BASIKAL..Tatabahasa05.02.2013
1.Apakah beza melontar bola dengan membaling bola? 2.Perbezaan antara mengayuh basikal dengan menunggang basikal? 3.memotong kuku , mengetip kuku dan memepat kuku, adakah ketiga-tiga kosa kata ini adalah sama maksud? Tidak ada perbezaaan antara melontar/membaling bola,  mengayuh/menunggang  basikal, memotong, mengetip/memepat kuku. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut.Istilah14.08.2010
Salam, jadi berdasarkan soalan sebelum ini benarkah ayat ini "Basikal paling baharu itu abang gemari" atau "Basikal model terbaharu itu abang gemari".Kedua-dua ayat, iaitu "Basikal paling baharu itu abang gemari" atau "Basikal model terbaharu itu abang gemari" adalah betul.Tatabahasa04.04.2013
Apakah kata pengganti nama bagi barang. misalnya; Saya sukan akan basikal ini. Ia saya beli kelmarin. Betulkah penggunaan "Ia" itu?Perkataan "ia" merupakan kata ganti nama orang ketiga, sama seperti "dia", "mereka" dan "-nya". Tiada kata ganti nama bagi barang. Dalam ayat tersebut perkataan "ia" digantikan dengan pengulangan perkataan basikal. Contoh: 1) Saya suka akan basikal itu. Basikal itu saya beli kelmarin. 2) Saya sukakan basikal yang saya beli kelmarin.Tatabahasa06.12.2006
12345678

Kembali ke atas