Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ta] | بات

Definisi : 1. = batu ~ bongkah segi empat bujur yg dibuat drpd tanah liat dan dibakar, digunakan utk tujuan pembinaan: rumah yg dibuat drpd ~; membakar ~; 2. sesuatu yg mempunyai bentuk bata: ~ emas; ~ garam; ~ timah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ta] | بات

Definisi : ; bata-bata, terbata-bata, kebata-bataan ragu-ragu, bimbang: ia agak terbata-bata menyambut tamu yg tidak disangka-sangka datangnya itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ta] | بات

Definisi : 1 = batu ~ batu merah empat persegi yg dibuat drpd tanah liat bakar dan digunakan utk membuat dinding dll. 2 sesuatu yg bentuknya spt batu bata: ~ emas; ~ timah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bata

Puisi
 

Sayang kenyalang berbonet bata,
     Baba Siong menjadi kerani;
Alang-alang bertikam mata,
     Baik dilangsung sama sekali.


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tutupkan bahagian ini dengan bata-bata dan simen. Betul ke?Ayat yang betul ialah "Tutup bahagian ini dengan batu bata dan simen."



Lain-lain20.11.2022
Simenkan bahagian ini dengan bata-bata. Ayat ini betul ke?Ayat yang betul ialah "Simen bahagian ini dengan batu bata."Lain-lain20.11.2022
Bina dinding dari sana sampai sini dengan menggunakan bata-bata dan simen. Ayat ini betul ke?Ayat yang betul ialah "Bina dinding dari sana hingga ke sini dengan menggunakan batu bata dan simen."

Lain-lain20.11.2022
Bina dinding dari sana sampai ke sini dengan menggunakan bata-bata dan simen. Ayat ini betul ke?Ayat yang betul ialah "Bina dinding dari sana hingga ke sini dengan menggunakan batu bata dan simen."

Lain-lain20.11.2022
Apakah istilah bahasa melayu untuk brick oven atau masonry oven?Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah ketuhar bata atau oven bataIstilah01.03.2017
Saya memerlukan batu-bata untuk meletakkan kuali di atas api. Meletakkan atau diletakkan?Ayat yang betul ialah "Saya memerlukan batu-bata untuk meletakkan kuali di atas api."Tatabahasa22.02.2023
Saya memerlukan bata untuk saya letakkan kuali ke atas api. Ayat inin betul ke?Ayat yang betul ialah "Saya memerlukan batu bata untuk meletakkan kuali di atas api."Lain-lain09.11.2022
Berapakah bata encik memerlukan? Adakah saya menggunakan imbuhan dengan betul? Adakah soalan di atas betul?

Ayat yang betul ialah “Berapakah bata yang encik perlukan?

Tatabahasa09.04.2024
Apakah penjodoh bilangan bagi anak patung Apakah kata kerja yang sesuai untuk orang bancuh simen dan memasang batu bataUntuk makluman, tidak semua perkataan mempunyai penjodoh bilangan. Oleh itu, anak patung tidak mempunyai penjodoh bilangan, memadai dua anak patung, sepasang anak patung.

Kata kerja yang sesuai ialah membancuh simen dan menyusun batu-bata.
Tatabahasa19.06.2013
Saya memerlukan batu-bata untuk meletakkan kuali di atas api. Saya mahu salinan MC untuk disimpan di dalam fail. Mengapa di dalam ayat pertama imbuhan me (untuk meletakkan) tetapi di dalam ayat kedua imbuhan di (untuk disimpan)? Perkataan yang menerima imbuhan meN-...-kan menghasilkan kata kerja aktif transitif yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Manakala perkataan yang menerima imbuhan di- pula ialah awalan yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga. Kesesuaian penggunaan imbuhan ini bergantung pada bentuk dan konteks ayat sama ada kata kerja aktif transitif atau kata kerja pasif. Soalan Saya mahu salinan MC untuk saya simpan di dalam fail. Ayat ini betul ke?

Ayat yang betul ialah Saya perlukan salinan sijil cuti sakit untuk disimpan di dalam fail.

Tatabahasa31.03.2023
12

Kembali ke atas