Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata batangnya

Puisi
 

Pohon salak batangnya condong,
     Mari disisik dalam kendong;
Bukanlah salah ibu mengandung,
     Salah sendiri badan menanggung.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Seperti dedalu api hinggap ke pohon kayu: hinggap ke batang,
     batangnya mati;
hinggap ke ranting,
     rantingnya patah.

Bermaksud :

Orang yang jahat (khianat) apabila berhimpun dengan orang baik-baik, nescaya binasalah orang baik-baik itu.

 

Lihat selanjutnya...(6)

Lihat selanjutnya...(1)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Pokok yang berbunga di batangnya. Nama lain bagi pokok lidah katak. 2. Sejenis buah yang rasanya manis tetapi berkulit seperti kalbu dan berwarna perang terang bila masak.Kami tidak dapat memberikan jawapan kepada soalan yang berbentuk teka silang kata atau teka teki. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau hubungi Jabatan Pertanian, UPM atau FRIM  untuk rujukan lanjut.     Lain-lain03.07.2008
Saya nak tanya soalan tentang pantun Apakah maksud pantun ini“Baik urat elok batangnya, elok batang tidak berulat;Baik adat elok orangnya,orang elok tidak khianat”?Pantun tersebut merupakan pantun adat daripada Khazanah Pantun Melayu Riau yang bermaksud adat yang membentuk tingkah laku manusia, orang yang baik tiada sifat khianat dalam dirinya.  Sastera17.06.2021
saya mahasiswa YIU ingin bertanya,bagaimanajaramembuwatpantaug

Untuk makluman saudara, pantun dibina/dibuat oleh lima(5) ciri yang paling asas, iaitu pembayang, maksud, rima akhir, jumlah perkataan, dan jumlah suku kata.Contohnya untuk pantun 4 kerat,

1.Pembayang ( baris pertama dan baris kedua). Contoh: Padi muda jangan dilurut/Kalau dilurut pecah batangnya,

2. Maksud( baris ketiga dan baris keempat). Contoh: Hati muda jangan diturut/Kalau diturut susah datangnya.

3. Rima akhir( Persamaan bunyi suku kata pada baris akhir pantun iaitu ab,ab)

4. Jumlah perkataan dalam sebaris. Umumnya pantun 4 kerat terdiri daripada 3 perkataan sebaris, 4 perkataan sebaris dan 5 perkataan sebaris.Contoh: Pisang emas bawa belayar/Masak sebiji di dalam peti/Hutang emas boleh dibayar/ Hutang budi dibawa mati.

5. Jumlah suku kata dalam baris pantun, antara 8-12 suku kata.

Lain-lain14.07.2010
Aslm tuan, saya ada soalan berkaitan etimologi bagi "rusiga". Adakah rusiga ini sebenarnya kependekan bagi "rumput segi tiga"? Selain itu, saya ingin bertanya tentang padanan rasmi bagi "rush", iaitu sejenis tumbuhan bak rumput dalam keluarga Juncaceae. Adakah purun boleh dipakai?1. Menurut Kamus Dewan Perdana (KDP) (DBP, 2020) rusiga ialah tumbuhan jenis herba daripada famili Cyperaceae yang batangnya bersegi, bulat atau leper serta kasar, akarnya menjalar, daunnya runcing, bunganya halus berjambak dan berbeza-beza mengikut jenis, biasanya tumbuh di kawasan lapang dan kering, mis rumput sendayan. Tidak terakam asal usul kata rusiga ini daripada kependekan rumput segi tiga. Frasa rumput segi tiga juga tidak dijadikan entri/frasa dalam KDP.

2. purun 1;  purun danau ialah rumput sendayan yang hidup di dalam paya atau air yang cetek, dan ditanam di beberapa bahagian di Borneo untuk dijadikan tikar dan bungkusan barang; Lepironia articulata;

purun tikus
ialah rumput sandang; Fimbristylis globulosa.

rumput sandang
ialah rumput yg berbatang leper, agak tinggi, banyak terdapat di kawasan tanah rendah dan lembap, dan batangnya yang dikeringkan boleh dijadikan bahan anyaman; purun tikus; Fimbristylis globulosa.

purun
2 ► rumput purun batu

rumput puruh batu
atau rumput purun batu ialah rumput kepala lalat (tumbuhan); Fimbristylis dichotoma.

rumput kepala lalat ialah rumput sederhana tinggi yang tumbuh berumpun, bunganya berjambak di tengah rumpun, berdaun tirus dan biasanya berbulu, hidup liar di kawasan lapang, boleh dijadikan baja hijau, dan tumbuhan ini boleh dijadikan makanan binatang ternakan; rumput para-para; rumput purun batu; Fimbristylis dichotoma.

Berdasarkan senarai kata dalam PRPM dan KDP, tiada padanan tepat bagi rush yang berkaitan dengan sejenis rumput. Kata purun atau frasanya hanya boleh digunakan jika nama saintifik tumbuhan/rumput tersebut sama seperti yang tersebut di atas.
Makna04.09.2023
Kami berhasrat mendapatkan makna, maksud, definasi "Seruyan" dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, secara rasmi dan bertulis.Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020:2080) merakamkan maksud seruyan seperti yang berikut:

seruyan kata nama 
pokok rendah yang bunganya kecil berjambak, buahnya kecil, bulat dan berwarna merah, daun serta kulit batangnya berkhasiat ubatan tradisional;

nama lain: hujan panas; semomah;

nama saintifik: Breynia vitis-idaea

Untuk keterangan lanjut, anda bolehlah merujuk pakar tumbuhan atau pihak/agensi berkaitannya.
Makna15.01.2024
Kamus Dewan IV - lema *bersapa membawa maksud *keteguran (oleh hantu dan lain-lain), manakala *menyapa membawa maksud antara lainnya *mengur, Begitu juga *bertegur sapa membawa maksud *saling menyapa, dan *menegur sapa pula membawa maksud *menyapa. Persoalannya kenapa tiada lema *bersapa yang memberi maksud *bertegur, sedangkan dalam pantun Kurik Kundi Merah Saga memberi erti *betegur seperti pantun berikut: Sayang kelapa buahnya masak, batangnya condong ke pokok manggaa; merajukkan sayang bersapa tidak, sepanjang malam saya berduka. Mohon pencerahan.Untuk makluman, makna bagi bersapa dalam Kamus Dewan dimasukkan berdasarkan data korpus penggunaan masyarakat ketika itu dan sebelumnya. Makna bersapa yang membawa maksud bertegur dengan seseorang untuk mengajaknya bercakap-cakap telah dimasukkan dalam kamus yang terkini, iaitu Kamus Dewan Perdana yang diterbitkan pada tahun 2020.

Untuk maklumat lebih lanjut, silalah dapatkan Kamus Dewan Perdana di kedai buku DBP atau melalui laman portal DBPNiaga.my
Makna14.12.2025
Saya mahasiswa YIU ingin bertanya, berkaitan dengan cara membuat pantun dalam Bahasa Melayu.

Untuk makluman saudara, serangkap pantun dibuat atau dibina oleh 5 ciri yang paling asas iaitu pembayang, maksud, rima akhir, jumlah perkataan dan jumlah suku kata. Contohnya lihat pantun empat kerat.

1. Pembayang dimaksudkan baris pertama dan baris kedua pantun. Contoh: Padi muda jangan dilurut/ kalau dilurut pecah batangnya,

2. Maksud pula untuk baris ketiga  dan baris keempat pantun.Contoh: Hati muda jangan diturut/Kalau diturut susah datangnya.

3. Rima akhir( persamaan bunyi suku kata pada baris akhir pantun, iaitu ab,ab)

4. Jumlah perkataan dalam sebaris. Umumnya pantun 4 kerat terdiri daripada 3 perkataan sebaris, 4 perkataan sebaris dan 5 perkataan sebaris.Contoh: Pisang emas dibawa belayar/ Masak sebiji di dalam peti/ Hutang emas boleh dibayar/ Hutang budi dibawa mati.

5. Jumlah suku kata dalam baris pantun ialah antara 8-12 suku kata.

Lain-lain14.07.2010
Perluasan makna untuk perkataan pokok

1. batang kayu dr pangkal ke atas: setiap pohon di hutan itu diberi tanda bersilang pd ~nya;

2. pohon: ~ jati; ~ kemunting; ~ saga;

3. ki perkara (bahagian, hal, dll) yg penting atau utama, hal yg menjadi sebab atau lantaran hal yg menjadi asas atau dasar, hal yg jadi ibu (induk), asal usul: perkara-perkara ~ dlm agama Islam;

4. wang pangkal dlm sesuatu perniagaan, modal; ~ angin awan (mendung) yg bergulung-gulung di kaki langit menandakan angin ribut hendak turun; ~ dasar dasar yg terpenting, asas; ~ fikiran asas atau dasar fikiran (faham, pendapat); ~ hujan mendung; ~ hukum Id asas (dasar) hukum; ~ kalimat Id perkataan dll yg menjadi huraian dlm ayat, subjek; ~ kata = kata ~ kata dasar yg belum diberi penambahan; ~ memanjat sj pokok kecil yg hidupnya memanjat pd pokok-pokok besar dll; ~ pangkal sebab-sebab yg utama (penting), sebab-sebab yg menjadi dasar, punca, asas, dasar; ~ pekerjaan (pencarian, penghidupan) pekerjaan yg menjadi asas bagi penghidupan; ~ pembicaraan (cerita, perundingan) perkara yg dibicarakan (diceritakan, dirundingkan); ~ penanti (Tani) pokok yg menerima tunas baka pokok lain yg sama jenis dengannya dlm proses cantuman; ~ perselisihan (percederaan, persengketaan, pertikaian) sebab-sebab yg memulakan perselisihan dll; ~ renek sj pokok kecil yg batangnya berteras; ~ ribut awan (mendung) yg menandakan ribut hendak turun; (pd) ~nya (pd) asasnya (dasarnya); ~ tentera Id tentera pusat, ibu (induk) tentera;

Lain-lain09.09.2009

Kembali ke atas