Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) sj batu yg berasal drpd bintang gugur; b) sj batu yg mengandungi hablur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata batu bintang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin mendapatkan rujukan bagi saya menamakan ruangan/bilik-bilik di Istana yang mencerminkan imej Istana Negara sebagai institusi Diraja.Penamaan bilik atau dewan boleh dibuat berdasarkan nama yang berkaitan dengan diraja seperti nama-nama sultan/Yang Dipertuan Agong, nama klasik diĀ istana zaman dahulu, bunga, tumbuhan, bintang, batu permata dan sebagainya bergantung pada konsep yang hendak ditonjolkan. DBP ada menerbitkan buku Garis Panduan Menamai Syarikat, bangunan, kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan sebagai panduan umum dalam penamaan tempat awam. Walau bagaimanapun jika puan memilih untuk menamakan bilik dengan konsep yang tertentu, silalah rujuk buku yang berkaitan.Lain-lain27.06.2012
Saya ingin mendapatkan nama lain yang sesuai untuk menggantikan nama Bilik Jamuan, Bilik Gerakan, Bilik Wawasan dan Kantin di sekolah saya. Saya berharap pihak tuan dapat menyenaraikan beberapa nama yang sesuai bagi menggantikan keempat-empat nama bilik tersebut.Jasa baik tuan amat dihargai. Terima kasih.Penamaan bilik atau dewan boleh dibuat berdasarkan nama bunga, tumbuhan,buah-buahan,batu-batan, bintang,batu permata  dan sebagainya bergantung pada konsep yang hendak ditonjolakan seperti . Sila rujuk buku garis Panduan Menamai Syarikat, bangunan, kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan.Lain-lain04.02.2009
bolehkah pihak Khidmat Nasihat DBP jelaskan dengan lebih terperinci maksud terzina dan quatrain (kesusateraan)?

 

Saudara,

"Terzina" dan "Quatrain" merupakan istilah kesusasteraan yang merujuk kepada bentuk sajak. Bentuk sajak merujuk kepada binaan luar sajak seperti jumlah suku kata, perkataan, ayat, baris dalam rangkap, dan skema rangkap visual dan skema rima.

Daripada binaan sajak ini dapat ditentukan 2 bentuk sajak, iaitu sajak terikat dan sajak bebas.

Sajak terikat ditentukan oleh jumlah kata, baris, rangkap, bait dan bunyi pada hujung baris. Jika binaan sajak itu mempunyai keseimbangan, ia disebut sajak terikat. Berdasarkan aspek itu bentuk sajak ditentukan mengikut pola berikut:

- distikhon

- terzina

- quatrain

- quantain

- sextet

- septet

- oktaf

Daripada pembahagian bentuk ini maka "Terzina" bermaksud sajak yang rangkapnya  terdiri daripada 3 baris:

contoh sajak "Dunia Sejahtera" oleh SN Usman Awang

Sisa hudup ini akan kita pelihara

dengan tanah bersama pohon menghijau indah

di atas tulang yang kurus, daging dan darah

 

dan "Quantrain" sajak yang terdiri daripada empat baris. contohnya sajak "Keindahan Yang Hilang" oleh Shamsudin Jaafar:

Malam hiba dadanya unggu luka

pungguk tersedu pilu di atas batu

Bulan tiada lagi mendandan wajah

bintang malam pudar sinarnya

 

sekian, terima kasih.

Sastera22.03.2011

Kembali ke atas