Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bawahnya

Peribahasa

Batang jangan dibongkar-bongkar,
     takutkan cacing di bawahnya berlingkar;
lain rotan lain akar,
     walaupun sama boleh dibuat lekar.

Bermaksud :

Nasib tiap-tiap orang serupa saja, Cuma derajat (darjat) dan kedudukannya saja yang berlainan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tembok itu terlanggar pada bahagian bawahnya. dan Kotak itu tidak terangkat oleh kami. yang mana satukah ayat di atas ialah ayat pasif? kalau bukan ayat pasif, jenis ayat itu ialah?Ayat kedua, Kotak itu tidak terangkat oleh kami adalah ayat pasif tetapi oleh sebab ayat tersebut pasif diri pertama harus diubah menjadi "Kotak itu kami tidak terangkat".Tatabahasa08.11.2010
Saya sering membaca di Wikipedia Melayu. Di bahagian bawahnya terdapat perkataan pautan luar. Ada sesetengah laman ditulis 'laman web' dan sesetengah laman ditulis 'laman sesawang'. Saya sebagai rakyat Malaysia yang bangga dengan bahasa Melayu, ingin mengetahui istilah sebenar yang sepatutnya dipakai/diguna. Harap membantuPautan luar, laman web dan laman sesawang - ketiga-tiga istilah tersebut boleh digunakan, namun kami mencadangkan saudara menggunakan istilah laman sesawang.Lain-lain20.08.2008
Pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama agensi di bawahnya termasuk Jabatan Perikanan Malaysia telah menggunakan perkataan "Agropreneur" bagi maksud "Usahawan Tani". Jadi apakah kewajaran mengenai penggunaan terma ini?
Istilah "usahawan tani" merupakan istilah sasar bagi kata bahasa Inggeris 'agropreneur". Walaupun, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan agensi lain memilih untuk menggunakan kata bahasa asing tersebut, tidak dapat dinafikan kewujudan penggunaan kata bahasa Melayu "usahawan tani' dalam data korpus penggunaan masyarakat. Data korpus juga menunjukkan penggunaan kata "usahawan tani" lebih banyak digunakan berbanding kata "agropreneur" dalam teks bahasa Melayu pada ketika ini. Terdapat juga penggunaan kata ini yang telah didaftarkan dalam pertubuhan, skim, projek dan sebagainya. Oleh sebab itu, kata "usahawan tani" perlu dikekalkan dalam senarai istilah yang digubal, dan penggunaan kata ini adalah sangat digalakkan. Bahasa Jiwa Bangsa.
Istilah25.10.2023
assalamualaikum.tuan, sy ingin bertanya, apakah maksud implisit beserta huraiannya sekali? sy sedang mengkaji unsur implisit dalam teks ucapan.adakah implisit itu mempunyai banyak cabang pula id bawahnya? adakah eufemisme dan retorik termasuk dalam implisit?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, implisit didefinisikan seperti yang berikut: (dinyatakan secara) tidak langsung atau tidak terang-terangan, tersirat. Contoh penggunaan: Hampir separuh sandiwara mengutarakan persoalan nasionalisme, baik secara implisit mahupun eksplisit.
Untuk makluman, kami tidak mempunyai maklumat tentang cabang di bawah implisit seperti eufemisme dan retorik. Kami hanya boleh berikan maksud perkataan tersebut seperti yang berikut:
Eufemisme bermaksud ungkapan yang lebih lembut (sopan, manis, dan sebagainya) untuk menggantikan ungkapan yg dianggap kasar.
Retorik pula bermaksud 1. (Linguistik) kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam pe­nulisan atau pertuturan 2. seni meng­gunakan atau memakai bahasa yg indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar, seni berpidato 3. pertuturan atau tulisan yg menggunakan bahasa atau kata-kata yg indah atau muluk-muluk untuk mem­pengaruhi pemikiran pen­dengar 4. berkaitan dengan, penuh dengan atau menggunakan bahasa atau kata-kata yang indah atau muluk-muluk nutuk mempengaruhi pe­mikiran pendengar
Makna24.04.2012
salam perpaduan,Minta pembetulan ayat berikut" di sini ada jual tiub motor dan menampal tiub".Jika untuk nama kedai penamaan yang betul ialah "Kedai Tiub Motor" dan untuk keterangan tambahan di bawahnya "Menjual dan menampal tiub motor"Tatabahasa03.04.2011
Saya bertugas di Bahagian Pelajaran. Dlm menstruktur organisasi, Bhgn ini diketuai KPP. Cdgn utk menamakan dibwhnya ada 6 sektor dan bg setiap sektor ada beberapa unit. adakah bersesuaian? apa pandangan tuan dr segi istilahnya? apa beza Bahagian, Sektor dan Unit? T.kasihDalam organisasi kami, di bawahnya ada jabatan, dalam jabatan ada beberapa bahagian dan unit ialah struktur yang paling kecil. Dari segi makna sektor juga bermaksud bahagian.Lain-lain18.07.2012
Bagi sesetengah syarikta menjual kereta terpakai hanya menggunakan ayat seperti.."Perniagaan kereta Bunga raya Motor Sdn Bhd"..adakah ia bersesuaian? Pohon bantuan tuan jika ada cadangan lain yang lebih baik. TKKeterangan aktiviti mesti ada dalam setiap iklan. Merujuk contoh yang saudara berikan, keterangan aktiviti yang betul ialah "Perniagaan Kereta Terpakai" dan di baris bawahnya ditulis nama syarikat - Bunga Raya Motor Sdn. Bhd..Tatabahasa13.10.2011
Assalamualaikum dan hi, Boleh saya tahu, untuk Cap Dagangan (nama produk terutamanya) yang rasmi berdaftar dengan myIPO boleh ditransliterasikan kepada tulisan Jawi? contoh: Adobe®, Adobe Flash® Adakah nama produk tersebut perlu dikekalkan dalam tulisan Rumi apabila menulis teks dalam tulisan Jawi?Teks yang telah dicapdagangkan, dikekalkan seperti yang berdaftar. Sekiranya perlu, tuan boleh menambah tulisan Jawi di bawahnya tetapi teks yang berdaftar hendaklah dikekalkan. Lain-lain20.12.2023
Assalamualaikum WBT. Mengapa "carrot" dipadankan dengan kata "lobak merah" yang pada asasnya berwarna jingga jika dilihat dengan mata kasar? Dalam bidang morfologi, "merah" berfungsi sebagai penerang bagi kata nama "lobak". Walaupun begitu, kata "merah" dilihat tidak sesuai untuk menerangkan kata "lobak merah" yang dipadankan dengan "carrot" dalam bahasa Inggeris. Minta penjelasan daripada pihak tuan.Dalam Kamus Dwibahasa: Bahasa Inggeris - Bahasa Malaysia, terbitan DBP, 1979 telah ada perkataan carrot dan diterjemahkan kepada lobak merah, malah Kamus Dewan, terbitan DBP, 1970 telah ada entri lobak dan dimasukkan juga di bawahnya lobak merah. Hal ini bermakna perkataan dan padanan lobak merah bagi carrot telah ada sekian lama tetapi tidak diketahui etimologinya dan sumber rujukan kami tidak menemukan maklumat yang berkenaan.Lain-lain25.09.2021
apakh maksud nasuha?

Nasuha merupakan nama satu watak dalam suatu kisah benar. Dalam cerita tersebut Nasuha telah membuat sesuatu kesalahan dan apabila dia menyedari akan kesalahan tersebut beliau bertaubat dengan sebenar-benar taubat yang tiada orang sebelumnya bertaubat sepertinya. Taubatnya itu diterima Allah. Dan namanya itu sering dikaitkan dengan taubat: 'Taubat Nasuha' yang bermaksud "semurni-murni taubat". Dalam surah at-Tahrim ayat 8, Allah berfirman:

Wahai orang-orang yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah dengan 'taubat nasuha', Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai

Makna18.05.2009
12

Kembali ke atas