Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bawakan

Puisi
 

Kalau tuan pergi ke laut,
     Bawakan saya ketam betina;
Kalau tuan menjadi rambut,
     Saya menjadi sekuntum bunga.


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Saya keliru dengan penggunaan pada dan kepada. “Bawakan Puteri Amrina PADA seorang dayang istana" ATAU “Bawakan Puteri Amrina KEPADA seorang dayang istana" Boleh saya tahu yang mana satu betul? Terima kasihKata sendi nama pada menunjukkan keterangan waktu atau tempat, manakala kata sendi nama kepada untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. Dalam konteks ayat yang diberikan, penggunaan kata sendi nama yang betul ialah kepada, Bawakan Puteri Amrina kepada seorang dayang istana.Tatabahasa15.12.2015
AsSalam.. mohon pencerahan mengenai cara penulisan betul bagi kata kependekan "aku" kepada "ku". Sebagai contoh dalam lirik lagu Warisan berikut: Andai (kuterbuang) atau (andaiku terbuang) tak diterima Andai aku disingkirkan Ke mana harus (kubawakan) atau (harusku bawakan) Ke mana harus (kusemaikan) atau (harusku semaikan) cinta ini Ada hukum hakam tak mengenai cara penulisan ini. mengahrapkan bantuan. Terima kasihKata ganti nama diri kau ialah kependekan engkau, digunakan sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif maka itu ditulis bercantum contohnya:  kaubacalah buku ini. Kata ganti nama diri ku ialah kependekan aku dan digunakan juga sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif atau kata yang mendahuluinya, contohnya kulihat, kudengar, rumahku, menemaniku dan lain-lain. Bagi kata ganti nama diri mu pula (kependekan kamu), digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata yang mendahuluinya, contohnya kepadamu, bukumu, menyayangimu dan lain-lain.Ejaan18.09.2013
Saya pelajar tahun 6 SK Desa Pandan. Mohon penjelasan bagi penggunaan penjodoh bilangan yang betul bagi soalan dibawah ; Nenek Tumiah mengambil beberapa .................... kayu api untuk membakar ikan keli. A.bilah B.keping C.batang D.puntung Kami yang menjawap D.puntung telah dipersalahkan Guru. Sedangkan menurut ; Diantara erti dan penggunaan penjodoh bilangan 'Puntung' dalam Kamus Dewan Edisi Keempat : 4. penjodoh bilangan utk keratan kayu yg pendek-pendek (kayu api dll): tolong bawakan beberapa ~ kayu api ke atas rumah. Mohon penjelasan tentang isu ini. Kami takut dengan Guru ini kerana sikapnya yang pantang dicabar pendapatnya.Jawapan yang betul ialah D. puntung kerana puntung menjadi penjodoh bilangan untukk keratan kayu yang pendek-pendek seperti kayu api. Jawapan lain yang hamir betul ialah C. batang tetapi batang menjadi penjodoh bilangan bagi benda yang panjang.Tatabahasa15.03.2013

Kembali ke atas