| Adakah perlu diletakan tanda noktah selepas dialog berakhir: “Jika kamu semua datang sekali lagi, maka bawalah bersama saudara kamu yang ditinggalkan dengan bersama bapa kamu. Adakah kamu tidak melihat bahawa aku memberi bekalan makanan yang kamu inginkan secukupnya dan akulah sebaik-baik orang yang memberi layanan kepada tetamu?”. | Ya, tanda noktah perlu diletakkan selepas dialog berakhir seperti contoh yang telah diberikan. | Ejaan | 23.09.2020 |
| Adakah "apa saja" boleh diterima dalam penulisan? Atau hanya "apa-apa saja" yang diterima? | Kata ganti nama diri tanya apa yang merujuk benda atau perkara perlu mengalami proses penggandaan bagi membawa maksud rujukan tidak tentu atau penegasan. Contohnya, “Bawalah apa-apa yang ada”. Oleh itu, frasa yang standard dalam penulisan bahasa Melayu ialah apa-apa. | Tatabahasa | 16.08.2024 |
| saya maha siswa YIU ingin bertanya,apa nama ganti nama tak tentu serta contoh | Kata ganti nama diri tanya boleh mengalami proses penggandaan untuk membawa maksud rujukan tidak tentu atau untuk penegasan. Contohnya: apa-apa: Bawalah apa-apa yang ada. mana-mana: Ambillah mana-mana yang anda suka. siapa-siapa (sesiapa); Siapa-siapa pun boleh bersuara. | Lain-lain | 30.07.2010 |
| Salam sejahtera, Tuan; Apakah perbezaan antara "apa-apa" dengan "mana-mana" dari segi maksud dan penggunaannya? Terima kasih. | kata ganti diri tanya ialah jenis kata nama yang berfungsi menanyakan hal benda, perkara, atau manusia. Terdapat tiga bentuk kata ganti nama diri tanya, iaitu siapa yang merujuk orang, apa yang merujuk benda atau perkara, dan mana yang merujuk benda atau orang. Kadang-kadang kata ganti nama diri tanya boleh mengalami proses penggandaan untuk membawa maksud rujukan tidak tentu atau untuk penegasan. Contohnya: apa-apa: Bawalah apa-apa yang ada. mana-mana: Ambillah mana-mana yang anda suka. | Tatabahasa | 22.01.2013 |
| Kekeliruan penggunaan kata ganti tak tentu, mana-mana - untuk mengganti nama benda atau nama tempat yang tidak tentu. Contoh soalan, "----------------peserta yang terpilih dalam sesi latihan pada petang ini akan mewakili sekolah ke peringkat daerah. Bagi------------------yang tidak terpilih jangan berputus asa, cuba lagi. A. Apa-apa, bila-bila B. Siapa-siapa, mana-mana C. Mana-mana, siapa-siapa D. Berapa-berapa, siapa-siapa | Encik Paul, Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (hlm. 87): kata ganti diri tanya ialah jenis kata nama yang berfungsi menanyakan hal benda, perkara, atau manusia. Terdapat tiga bentuk kata ganti nama diri tanya, iaitu siapa yang merujuk orang, apa yang merujuk benda atau perkara, dan mana yang merujuk benda atau orang. Kadang-kadang kata ganti nama diri tanya boleh mengalami proses penggandaan untuk membawa maksud rujukan tidak tentu atau untuk penegasan. Contohnya: apa-apa: Bawalah apa-apa yang ada. mana-mana: Ambillah mana-mana yang anda suka. siapa-siapa (sesiapa); Siapa-siapa pun boleh bersuara. Oleh itu, berdasarkan keterangan di atas, ayat yang betul adalah seperti yang berikut: Siapa-siapa (Sesiapa) peserta yang terpilih dalam sesi latihan pada petang ini akan mewakili sekolah ke peringkat daerah. Bagi mana-mana yang tidak terpilih jangan berputus asa, cuba lagi. | Tatabahasa | 28.02.2009 |
| Kata ganti nama tak tentu (Cth:apa-apa, mana-mana, sebarang) "Apa-apa" digunakan untuk menggantikan sesuatu BENDA atau PERKARA yang tidak tentu. “Mana-mana” digunakan untuk menggantikan sesuatu TEMPAT atau BENDA yang tidak tentu. 1. Apabila ayat menunjukan BENDA tak tentu bagaimana saya boleh pastikan untuk menggunakan "apa-apa" atau "mana-mana"? 2. Dalam KONTEKS apa yang patut dilihat bila hendak menggunakan"apa-apa" atau "mana-mana"? (Cth: dalam konteks pilihan sesuatu benda perlu gunakan "apa-apa" dan dalam konteks orang perlu menggunakan "mana-mana")[saya tidak pasti betul atau salah contoh saya ini] 3. Bagi "sebarang", bila boleh diggunakan dan dalam konteks apa dan ada tak maksudnya apabila digunakan? (Saya amat keliru bila "sebarang" harus digunakan sedangkan kata tak tentu lain boleh digunakan) Bagi semua pertanyaan di atas, harap dapat mendapat penerangan yang sangat jelas kerana saya amat keliru bila hendak menggunakan "apa-apa, mana-mana, sebarang" . Penerangan disertai contoh ayat amat dialu-alukan. Harap mendapat pembalasan dan penerangan secepat mungkin. Sekian terima kasih. | Kata ganti diri tanya ialah jenis kata nama yang berfungsi menanyakan hal benda, perkara, atau manusia. Terdapat tiga bentuk kata ganti nama diri tanya, iaitu siapa yang merujuk orang, apa yang merujuk benda atau perkara, dan mana yang merujuk benda atau orang. Kadang-kadang kata ganti nama diri tanya boleh mengalami proses penggandaan untuk membawa maksud rujukan tidak tentu atau untuk penegasan. Contohnya: | Tatabahasa | 14.11.2018 |