Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bayar;

Puisi
 

Lipat kain lipat baju,
     Cik Esah mengetam padi;
Hutang malu bayar malu,
     Jangan susah dalam hati.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

423

News lords, new laws

Apabila perintah baharu atau orang lain berkuasa, maka peraturan baharu pula diperkenalkan.

Sekali air besar (gedang), sekali tepian beranjak (beralih)

''Last year, we didn't even have to pay a single cent for our quit rent. But now, wea are told to pay up,'' I said ''Well, that was last year. Now we have a new government. News lords, new laws,'' replied my boss.

''Tahun lepas kita tak perlu bayar satu sen pun cukai tanah. Tapi sekarang kita kena bayar pula,'' kataku. ''Itu tahun lalu, sekarang kerajaan baharu. Sekali air besar (gedang), sekali tepian beranjak (beralih),'' jawab ketuaku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sy dh bayar untuk novel korban kasih tapi no respondSalam sejahtera, Semakan pembelian buku. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Untuk makluman, puan boleh menghantar pesanan mesej melalui Facebook DBPNiaga dan kemukakan info pembelian untuk semakan. Atau menghubungi talian seperti yang berikut: Anjung DBP- 03-2147 9597/03-2147 9598 Kompleks DBP Hulu Kelang - 03-41010028 / 019-2141956 Atau klik pautan ini, https:3a//dbpniaga.my//Lain-lain29.05.2020
Apakah maksud "mengganti bayar"? Contoh ayat:Bagaimanapun,tuntuntan bagi mengganti bayar ini hanya akan diterima jika kanak-kanak itu mempunyai harta bagi membayarnya.

Cadangan maksud yang sesuai berdasarkan contoh ayat yang diberikan ialah “pampasan”.

Makna28.04.2022
Berapakah wang yang saya perlu membayar? Berapakah wang yang perlu saya bayar? Ayat yang manakah betul?

Ayat yang betul ialah “Berapakah wang yang perlu saya bayar?”

Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, (DBP, 2015), halaman 431 hingga 575.

Lain-lain17.04.2024
KESALAHAN GAGAL BAYAR CAJ PENYENGGARAAN (Seksyen 25 & 52, Akta 757) PENDAKWAAN KE MAHKAMAH DENDA TIDAK MELEBIHI DARI RM5,000.00 ATAU DIPENJARA TIDAK MELEBIHI 3 TAHUNATAU KEDUA-DUANYA & RM50 BAGI TIAP-TIAP HARI KESALAHAN ITU BERTERUSAN SELEPAS SABITAN KESALAHAN GAGAL BAYAR CAJ PENYENGGARAAN (Seksyen 25 & 52, Akta 757) PENDAKWAAN KE MAHKAMAH DENDA TIDAK MELEBIHI DARI RM5,000.00 ATAU DIPENJARA TIDAK MELEBIHI 3 TAHUNATAU KEDUA-DUANYA & RM50 BAGI TIAP-TIAP HARI KESALAHAN ITU BERTERUSAN SELEPAS SABITANMohon kemukakan soalan puan.Lain-lain17.11.2015
Salam DBP. Saya keliru dengan penggunaan perkataan "HEMAT" dan "JIMAT" seperti ayat di bawah: 1. Belajar Hemat Bayar Pun Jimat 2. Belajar Biar Hemat Bayaran Pun Jimat. 3. Belajar Hemat Bayar Tetap Jimat. Mohon DBP dapat mencadangkan Kosa Kata yang lebih baik jika sekiranya ayat di atas tidak kena pada konteksnya. Terima kasih DBP.Untuk pengesahan visual iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain30.08.2016
Apakah istilah "refund" di dalam Bahasa Melayu? Menurut Istilah Wang DBP, refund adalah bayar balik. Adakah istilah itu boleh digunapakai atau terdapat istilah yang lebih sesuai untuk digunakan seperti pemulangan wang?Padanan bagi istilah refund dalam bahasa Melayu ialah bayar balik, kembalian atau pemulangan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah24.06.2024
berapa bayaran online yang saya kena bayar untuk pengesahan dbpBayaran untuk pengesahan dalam talian adalah seperti yang berikut:

1. RM30.00: Iklan Tiang (Pillar), Papan Iklan Luar (Billboard), Iklan Elektronik/Digital

2. RM10.00: Papan Premis Kedai/Syarikat/Pejabat, Kain Rentang/Sepanduk, Gegantung (Bunting), Poster, Notis, Pelabelan, Badan Kenderaan
Lain-lain29.12.2020
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Adakah betul untuk menterjemah "Dividend Equalisation" dan "Net Dividend Payable" sebagai "Penyamaan Dividen" dan "Dividen Bersih Dibayar"? Terima kasih.

Berikut merupakan cadangan padanan bahasa Melayu bagi perkataan yang dinyatakan:



1. Dividend equalization: Penyamaan dividen

2. Net dividend payable: Dividen bersih belum bayar/boleh dibayar/perlu bayar

Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.

Istilah19.02.2022
Status saya sprti gambar masih dalam permohonan belum bayar sedangkan dah ditolak duit dr akaun syMohon kemukakan sebarang pertanyaan berkaitan permohonan iklan kepada tanya@dbpsahbahasa.my atau bayaran@dbpsahbahasa.myLain-lain19.03.2018
Bagi istilah 'Pay it forward' adakah ia diterjemahkan sebagai 'Bayar ke hadapan/depan'? Jika tidak, apakah penterjemahan yang betul?Istilah "Pay it forward" dalam bahasa Inggeris tiada kaitan dengan sistem pembayaran.  Ia bermaksud apabila orang berbuat baik atau berbudi kepada kita, kita akan membalas atau meneruskan dengan berbuat baik atau berbudi kepada orang lain pula.  Istilah25.12.2020
123

Kembali ke atas