Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin melakukan pengesahan bahasa bagi iklan berikut. Dan 1 soalan saya. Untuk ''Makanan Tambahan'' itu saya translate dari ayat ''Supplement''. Adakah ayat yang lebih baik yang lebih sedap buntinya jika DBP boleh memberi cadangan. Bolehkah saya gunakan ''Suplemen'' ?Supplement diterjemahkan kepada makanan tambahan. Sila kemukakan permohonan tuan melalui www.dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun Pelanggan bagi pelanggan baharu, pilih Daftar Iklan dan buat bayaran berdasarkan jenis iklan yang dimohon.Makna01.11.2017
BAGAIMANA MEMBUAT PERMOHONAN BAGISIJIL PENGESAHAN BAHASA, DEWAN BAHASAN DAN PUSATAK DAN MENDAPATKAN PENGESAHAN BAGI VISUAL PAPAN IKLAN (PERMOHONAN BAGI PERMOHONAN PERTUKARAN/TAMBAHAN JENIS PERNIAGAAN ATAU PAPAN IKLAN- MAJLIS PERBANDARAN)Untuk makluman, permohonan pengesahan bahasa untuk iklan perlu dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Bagi mendapatkan id akses dan kata laluan, tuan/puan perlu mendaftar dahulu. Mohon rujuk tunjuk cara pendaftaran dengan mengklik panduan pendaftaran di laman web dbpsahbahasa.my. Proses kelulusan mengambil masa tiga hari bekerja selepas DBP menerima bayaran daripada bank pelanggan. Terima kasih.Lain-lain27.07.2021
MOHON SEMAKAN UNTUK KELULUSAN PAPAN IKLAN

1.   Untuk makluman tuan, permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.

Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan, Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Sah”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN.

Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. 

Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses dalam tempoh tiga hari bekerja.

2.    Sebelum menghantar permohonan, sila buat pembetulan yang berikut:

  • KEDAI TEMPAHAN PERABOT betulkan kepada KEDAI PERABOT
  • Letakkan keterangan tambahan MENERIMA TEMPAHAN PERABOT di bawah nama premis
  • TEL.: (letakkan titik bagi singkatan)
  • NO. PENDAFTARAN: (letakkan titik bagi singkatan)
  • Buang ukuran dan catatan di luar visual.
Lain-lain10.02.2025
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Hazimi, ingin mendapatkan nasihat dan pandangan dari pihak tuan berkenaan perkataan pada papan tanda yang syarikat saya ingin pohon dari pihak majlis perbandaran. menurut syarat permohonan tersebut, bahasa yang digunakan pada papan tanda perlulah mendapat pengesahan dari Dewan Bahasa dan Pustaka. Oleh itu saya berharap pihak tuan dapat memberikan nasihat dan pandangan merujuk kepada visual papan tanda yang saya lampirkan sekali. Saya berharap dapat jawapan dari pihak tuan secepat mungkin, dan kerjasama pihak tuan amatlah saya hargai dan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.Sekiranya papan iklan ini ialah papan tanda premis, sila letakkan teks PEMBEKAL KELENGKAPAN PERKHEMAHAN di bahagian penjuru atas sebelah kiri papan iklan. Mohon besarkan saiz teks tersebut dan pastikan warnanya jelas dan terang. Mohon pastikan nama premis perniagaan anda telah didaftarkan, jika tidak sila tukarkan ke bahasa Melayu. Sila terjemahkan atau buat dalam dwibahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) teks tambahan MEMBEKALKAN PERALATAN PERKHEMAHAN, AKTIVITI LUAR DAN KEMAHIRAN TAKTIKAL. Mohon pindahkan kedudukan teks NO. PENDAFTARAN ke bahagian penjuru bawah sebelah kanan papan iklan anda. 

Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan perlulah dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun dan aktifkan akaun (rujuk Panduan Pendaftaran).

Setelah mengaktifkan akaun, sila log masuk dan pilih permohonan Daftar Iklan. Isikan Maklumat Iklan pada borang yang dipaparkan (rujuk Panduan Pelanggan). Muat naik visual iklan dan tekan Simpan.

Buat bayaran setelah permohonan berjaya didaftarkan. Iklan akan diproses dalam tempoh tiga hari bekerja setelah bayaran dibuat.

Sila pastikan visual yang dilampirkan terang dan jelas supaya mudah disemak
Lain-lain27.01.2022

Kembali ke atas