Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bd


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah asas yang terbaik untuk menjadi seorang Penyunting? Di Brunei Darussalam, rasanya belum ada manual penyuntingan yang kukuh. Cuma yang ada hanyalah rujukan ke Kamus Dewan Edisi III & IV, Kamus Bahasa Nusantara, Gaya Dewan. Di DBP BD misalnya,ada tiga buah cawangan di bawah Unit Penyuntingan. 1. Buku Cerita Bergambar - untuk Kanak-kanak 2. Buku Ilmiah dan Umum 3. Buku Sastera Senior saya ada mengatakan untuk menjadi Penyunting kena kreatif dan MESTI berpandukan pada asas seperti di atas. Saya, berpandukan Gaya Dewan,Sintaksis, Morfologi dan Tatabahasa Dewan. Apakah ada kekurangan dari gaya penyuntingan saya. Mohon bantuanSecara umum, perkara asas untuk menjadi seorang penyunting ialah penguasaan dan pengetahuan dalam bahasa, bidang dan peringkat bahan yang hendak disunting. Penyunting yang bagus dan kreatif terbina melalui pengalaman dan sifat semula jadi, yang antaranya termasuklah minat terhadap kerja penyuntingan, suka membaca, bersifat ingin tahu, analitis dan kritis, serta berdisiplin. Bahan rujukan ialah alat untuk membantu dalam penyuntingan untuk menghasilkan suntingan yang baik. Gaya penyuntingan pula bergantung pada gaya yang telah ditetapkan oleh penerbit; contohnya di DBP, gaya penyuntingan berpandukan buku 'Gaya Dewan'.Lain-lain17.07.2007
Mencemar duli sesuai atau tidak digunakan untuk sultan yang menunaikan solat di masjid?

Takrifan mencemar duli berserta contoh ayat dalam Kamus Dewan Perdana:

mencemar duli bd (berkenaan dengan raja, sultan dan sebagainya) sudi datang atau pergi ke:  DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli ke Masjid Pangkalan Udara TUDM, Subang untuk menunaikan solat Jumaat. Baginda turut mencemar duli untuk menyaksikan sambutan Hari Merdeka pada pagi ini.  (KDP 2020: 410)

Mencemar duli sesuai digunakan untuk sultan yang datang atau pergi ke sesuatu tempat, termasuklah masjid untuk menunaikan solat. Takrifan mencemar duli dalam Kamus Dewan Perdana diberikan label bd (bahasa diraja), iaitu kata yang digunakan dalam kalangan keluarga diraja, golongan istana, atau antara keluarga diraja dengan rakyat jelata.


Lain-lain30.03.2025

Kembali ke atas