Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
titik (kata nama)
Bersinonim dengan titikan, titis, titisan, percikan, deraian, jujuran, juraian, ketel, ketes;,
Kata Terbitan : bertitik, menitik, menitikkan, penitikan,

Puisi
 

Anak itik jatuh ke pantai,
     Memakan jambu anum;
Liur titik gugur ke lantai,
     Melihat balu orang lagi anum.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Biar titik,
     jangan tumpah.

Bermaksud :

Lebih baik rosak sedikit asal jangan rosak semuanya; sebelum sesuatu kemelaratan itu menjadi besar baiklah diusahakan untuk menghindarkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Biar merangkak jangan menjalar, b. Biar senget jangan tertiarap).

 

Lihat selanjutnya...(16)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Yang manakah lebih betul? Titik-titik putus atau Titik putus-putus. Sambungkan ______________ supaya menjadi objek. Kemudian, namakan objek tersebut. Terima kasih.Yang lebih tepat. Sambungkan titik-titik di atas (contoh) supaya menjadi objek.Tatabahasa24.01.2017
Bagaimana sepatutnya ditulis masa/jam dengan betul.1 titik atau titik bertindih.
Cara penulisan masa yang betul ialah menggunakan titik. Contohnya, 6.00 petang.
Lain-lain29.03.2025
bagaimana cara menyebut sistem nombor 1.2.3 a. 1 titik 2 titik 3 b. 1 perpuluhan 2 perpuluhan 3 c. 1 2 3 (tanpa menyebut titik) kerana 1 2 3 berbeza dengan 1 ratus 2 puluh 3Jika 1.2.3 disebut 1 perpuluhan 2 perpuluhan 3, jika 1 2 3 disebut satu dua tiga dan jika 123 disebut seratus dua puluh tiga.Ejaan15.11.2011
Tuan, apakah perbezaan penggunaan tiga titik "..." dengan empat titik "...." seperti dalam ayat di bawah ini? "Remuk hatinya apabila..." dengan "Remuk hatinya apabila ...."?. Bilakah kita perlu menggunakan tiga titik dengan empat titik tersebut?. Terima kasih.

Tiga titik dikenali sebagai elipsis, iaitu yang menunjukkan pengguguran bahagian teks, khususnya petikan, sama ada di bahagian awal, bahagian tengah, atau bahagian akhir sesuatu ayat atau teks, contohnya:

a) . . . bahawa kita menemui perbezaan asas antara semangat kapitalis dengan prakapitalis.

b) Bahasa Melayu menghadapi masa depan yang amat cerah . . . menghasilkan murid-murid yang mendapat pendidikan seluruhnya dalam bahasa Melayu.

3c) . . . dan memberinya rezeki dengan tidak disangka-sangkanya  . . .

Selain itu, elipsis menunjukkan sesuatu yang bersambung, contohnya: 1,2,3, . . .

Hal ini bermakna tiada empat titik, yang ada ialah elipsis iaitu tiga titik.

 

Lain-lain01.12.2011
1) Dalam dialog, selepas titik tiga '...' perlukah diletak tanda koma? Contoh ayat, "Sa... sa... saya..." tergagap-gagap dia seketika. 2) Jika ayat penyata, perlukah titik tiga itu diletakkan satu titik lagi menjadi 4 titik, '....'? Contoh ayat, Dia terus hanyut dan hanyut...

1) Selepas elipsis atau titik tiga tidak perlu lagi tanda koma

2) Perlu letak titik jika selepas titik ialah tanda noktah dan dijarakkan terlebih dahulu, seperti contoh ayat: Dia terus hanyut dan hanyut ... .

Lain-lain15.06.2010
Penggunaan Encik atau Puan dalam teks. yang mana betul - En Zainudin (tanpa titik selepas perkataan Encik) atau En.Zainudin (titik dan tiada 'spacing' antara titik dan nama Zainudin). Selama ini saya menggunakan acara ini dalam minit mesyuarat saya iaitu - En. Zainudin (Titik selepas 'En' dan juga 'spacing' selepas titik. Terima kasih.Kata En. dan Pn. sebagai kependekan kepada kata Encik dan Puan dieja dengan tanda titik dan ada ruang *space) selepas tanda titik tersebut sebelum kata seterusnya.Tatabahasa28.01.2008
adakah ayat-ayat berikut betul atau salah? 1. MERAIH KEPELBAGAIAN MENERUSI TITIK PERPADUAN. 2. MERAIH KEPELBAGAIAN BERTERASKAN TITIK PERPADUAN. 3. MERAIH KEPELBAGAIAN BERORENTASIKAN TITIK PERPADUAN. 4. MERAIH KEPELBAGAIAN BERPAKSIKAN TITIK PERPADUAN. 5. MERAIH KEPELBAGAIAN BERTUNJANGKAN TITIK PERPADUAN.Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, perkataan yang betul ialah "menerusi".
Cadangan ayat yang betul ialah: Perpaduan menerusi kepelbagaian kebudayaan. 
Tatabahasa22.08.2024
Salam Saya masih keliru kaedah menulis titik bagi singkatan. YB tiada titik tetapi Dr. dan YBrs. ada titik. Mohon penjelasan, terima kasih.

Singkatan bagi gelaran, jawatan pangkat dan sapaan ditulis menggunakan titik. Contohnya Dr. (Doktor), YBrs. (Yang Berusaha) dan YBhg. (Yang Berbahagia).

Singkatan gelaran, jawatan dan sapaan yang terdiri daripada huruf pertama tidak menggunakan tanda noktah. Contohnya YB (Yang Berhormat) dan YAB (Yang Amat Berhormat).

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 2522.

Tatabahasa22.01.2024
64633/2016 tidak faham komen . Dalam Iklan Sebenar , masuikan titik=No Saya dah masuk titik selepas SDN. BHD. , mana nak taruh titik lagi??Yang dimaksudkan pada komen supaya memasukkan tanda titik ialah pada "No"  -->  No. Fail: MBSALain-lain23.12.2016
ejaan YB. atau YB ( tanpa titik YAB. atau YAB ( tanpa titikEjaan yang betul ialah YB dan YAB (tanpa titik).Ejaan22.08.2012
12345678910...

Kembali ke atas