Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bear

Peribahasa

353

Give knaves an inch and they will take a mile

Diberi sedikit tetapi hendak lebih lagi.

Diberi betis hendak peha.

Since she is too poor to take care of her nine children, I agreed to bear one of her son's education expenses. Unfortunately, people like to take advantage of the generosity of others. Now she expects me to do same for her other children. Give knaves an inch and they will take a mile, indeed.

Oleh sebab wanita itu terlalu miskin untuk menjaga sembilan anaknya, saya pun bersetuju untuk menanggung perbelanjaan salah seorang anak lelakinya. Malangnya, orang suka mengambil kesempatan daripada kemurahan hati orang lain. Sekarang dia mengharapkan saya menanggung anak-anaknya yang lain pula! inilah yang dikatakan diberi betis hendak peha.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(14)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Apakah terjemahan tepat bagi istilah "grizzly bear"? Adakah "beruang grizzly" boleh digunakan? Terima kasih.Grizzly bear juga dikenali sebagai brown bear. Cadangan padanan jawapan bagi perkataan grizzly bear ialah beruang perang.Makna01.02.2021
" You should bear expenses incurred and any other fees, expenses or recourse in respect of this product" Apakah perkataan bahasa malaysia yang sesuai bagi "recourse" di atas? Terima kasihDalam data kami, perkataan  recourse diterjemahkan sebagai berbantuan, yang bermaksud peruntukan dalam perjanjian hutang, iaitu pemberi pinjaman boleh mendapat bantuan daripada syarikat induk jika subsidari mungkir dan cagaran tidak mencukupi. Puan bolehlah melayari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=recourse .Penyemakan dan penterjemahan16.03.2015
Apakah perkataan 'teddy bear' dalam bahasa Melayu? Bolehkah saya menggunakan 'beruang teddy' untuk menggantikan 'teddy bear' dalam penulisan buku? Terima kasih.Terjemahan "beruang teddy" boleh digunakan.Penyemakan dan penterjemahan11.09.2015
Apakah terjemahan ke Bahasa Malaysia untuk perkataan TEDDY BEAR?Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah beruang teddy.Istilah27.04.2017
salam Tuan, mohon bantuan berkenaan makna Tardigrada(Water bear-sejenis hidupan kecil) dalam bahasa Melayu.Dalam pangkalan data kami, belum ada terjemahan/maklumat  perkataan tardigrada. Kami mencadangkan dalam penulisan bahasa Melayu perkataan tersebut diberi huraian yang menerangkan maksudnya. Tardigrada dikekalkan ejaannya dalam bentuk condong (italik).Penyemakan dan penterjemahan14.04.2015
Assalamualaikum. Saya ingin tahu terjemahan bagi istilah berikut. Semua istilah merujuk pada permainan kanak-kanak kecuali nombor 4. 1) plushy 2)soft toy 3)stuffed animal 4)plushophile 5)Teddy bear Terima kasih.Waalaikumsalam. Cadangan kami:
1. plushy =patung mainan lembut
2. soft toy = mainan lembut
3. stuffed animal = patung mainan lembut
4. plushophile = patung
5. teddy bear = beruang teddy
Penyemakan dan penterjemahan28.09.2015
Bolehkah imbuhan 'di-' bersama mandiri. Seperti kita tahu, mandiri di dalam bahasa Inggeris merupakan survive. The winter can be survived by the polar bear. Cuaca sejuk dapat dimandiri oleh beruang kutub. Betulkah terjemahan itu?

Perkataan mandiri digunakan mengikut konteks ayat. Dalam ayat yang diberikan, padanan survived ialah hidup. Cadangan terjemahan ialah Beruang kutub boleh hidup pada musim sejuk.

Penyemakan dan penterjemahan10.02.2021
Hello I am a qualified English teacher from the UK and my application to use the phrase 'TASTE OF PAKISTAN' for my restaurant business was rejected on the grounds that the phrase does not make grammatical sense in Malay. However there are numerous restaurants which bear similar names in the UK and elsewhere, examples being: TASTE OF PAKISTAN TASTE OF INDIA TASTE OF CHINA etc Please kindly reconsider your decision on the basis that in the English language these phrases are similar in structure to many other widely accepted phrases. Also please note that the phrase 'TASTE OF PAKISTAN' acts as a description for the cuisine on offer. If however you are still in objection to the use of this phrase, then i have submitted a revised version 'THE TASTE OF PAKISTAN' for your approval. Many thanksUntuk makluman tuan, jika tuan ingin mengekalkan teks dalam bahasa Inggeris, maka iklan perlu dibuat dalam dwibahasa, iaitu dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Sekian. Terima kasih.Lain-lain25.02.2017
apakah terjemahan yang paling tepat dan sesuai untuk terma perbankan 1. "revolving trade facility" . Saya pernah cuba menterjemahkan ia kepada "fasiliti dagangan pusingan" tetapi khuatir ia susah difahami. Apakah alternatif terjemahan lain yang boleh saya cuba supaya ianya mudah difahami awam. 2. "Joint and Several Guarantee" Sebelum ini saya telah menterjemahkan ia kepada "Jaminan Bersama dan Berasingan" tetapi ada pihak yang berpendapat ianya terjemahan yang tidak tepat untuk terma berikut. 3. "Recourse" - contoh ayat "You are required to bear all GST charges incurred on any expenses, fees or recourse in respect of this product" di dalam hal ini, adakah tepat untuk saya menterjemahkan ia kepada fi dan rekursa?Yang berikut padanan bahasa Melayu:

1. Revolving trade faciliti = Kemudahan Pusingan Perdagangan
2. Joint and several Guarantee = Jaminan Bersama dan Berasingan
3. recourse = Rekursa
Penyemakan dan penterjemahan15.06.2016
Pohon beri terjemahan dan perbezaan antara "accountability" dan "responsibility"

Saudara,

Perkataan 'accountability' bermaksud  kebertanggungjawapan: ~ lies with the manager, kebertanggungjawapan terletak pd pengurus.

Perkataan 'responsibility bermaksud tanggungjawab: a position of heavy ~, jawatan yg berat tanggungjawabnya; the responsibilities of parents toward their children, tanggungjawab ibu bapa thdp anak-anak; /assume, bear, take/ ~ for, bertanggungjawab thdp: he took full ~ for his action, dia bertanggungjawab penuh thdp tindakannya; on o s own ~, atas tanggungjawab sendiri.

Sila rujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan dan Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna15.10.2009

Kembali ke atas