slm.. penggunaan penjodoh bilangan untuk murid,pelajar,pengawas dan sebagainya..perlukah disertakan dengan orang di depannya seperti (beberapa orang pengawas/ beberapa orang murid) atau di tulis begini (beberapa murid,beberapa pengawas,beberapa pekerja) terima kasih | Penggunaan penjodoh bilangan bergantung pada konteks penggunaannya. Lihat perbezaannya dalam ayat berikut: Beberapa orang pengawas sedang bertugas di pintu sekolah dan Penggunaan alat bantu mengajar diharapkan dapat membantu mengatasi rasa bosan para pelajar. | Tatabahasa | 09.03.2012 |
Salam sejahtera. Perlukah kita membubuh penjodoh bilangan antara "beberapa" dengan "rancangan" ? Maksud saya "beberapa buah rancangan" atau "beberapa rancangan" sedangkan kita selalu membubuh penjodoh bilangan selepas beberapa. Terima kasih. | Salam sejahtera, Kedua-dua frasa iaitu 'beberapa rancangan' dan 'beberapa buah rancangan' betul digunakan dalam ayat. Perlu diingat tidak semua benda memerlukan penjodoh bilangan. 'Beberapa rancangan' sebenarnya sudah memadai untuk menunjukkan 'beberapa buah rancangan.' | Tatabahasa | 04.12.2012 |
Mengapakah Tatabahasa Dewan tidak menganggap kata adverba sebagai golongan kata utama? Kata 'misalan' mempunyai berapa morfem? Terima kasih. | Dalam ruangan Kata Pengantar buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, "Dalam Edisi ini terdapat beberapa beberapa perubahan dan tambahan kepada edisi yang lama. Hal ini berlaku demikian kerana pihak penulis telah mengambil kira pandangan dan maklum balas pakar bahasa Melayu dan penggunan Tatabahasa Dewan. Dalam edisi ini, penulis telah menambah dua unsur, iaitu kata adverba dan wacana. Kata adverba dimasukkan atas keperluannya dalam pelabelan kata dalam kamus baharu yang akan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Kata adverba dimasukkan sebagai subkelas kata di bawah kata tugas". Jelas di sini tidak ada perubahan dalam golongan kata utama dan panel buku Tatabahasa Dewan bersetuju menambah subkelas kata tugas. | Tatabahasa | 28.09.2012 |
Yang mana betul, beberapa orang murid atau beberapa murid? | Beberapa orang murid. | Tatabahasa | 22.05.2009 |
beberapa peserta atau beberapa orang peserta? | Penggunaan yang baku ialah beberapa orang peserta. | Lain-lain | 15.04.2008 |
Yang mana satu betul ?beberapa murid atau beberapa orang murid. | Jawapan yang betul ialah beberapa orang murid. | Tatabahasa | 26.09.2013 |
Beberapa hari selepas pengumuman yang telah dibuat oleh beberapa syarikat gergasi telekomuniasi di Malaysia untuk menaikkan kadar cukai sebanyak 6 peratus kepada pengguna pra bayar akhirnya mereka akur. | Beberapa hari selepas pengumuman yang dibuat oleh beberapa syarikat gergasi telekomuniasi di Malaysia untuk menaikkan kadar cukai sebanyak 6 peratus kepada pengguna prabayar, akhirnya mereka akur. - ayat ini tidak lengkap dan tidak dapat difahami, contohnya frasa "akhirnya mereka akur" akur dengan apa? | Tatabahasa | 15.09.2011 |
Beberapa orang pekerja sedang menebus tanah ke dalam lubang yang dikorek itu. Ada kesalahan dlm ayat ini? | Perkataan menebus tidak tepat digunakan dalam ayat.Perkataan yang menggantikan perkataan menebus ialah menimbus. Sila rujuk Kamus Dewan untuk carian makna perkataan. | Tatabahasa | 06.08.2013 |
Beberapa orang pegawai dari Jabatan Alam Sekitar akan ________ di kawasan sungai yang dicemari oleh najis khinzir. "melakukan pemeriksaan" ATAU "melaksanakan pemeriksaan", manakah jawapan yang paling tepat? | Jawapan yang paling tepat ialah melakukan pemeriksaan. | Tatabahasa | 04.07.2013 |
Beberapa buah buku yang dibelinya itu. tonggeng terbalik muka suratnya. munsyi, apakah kesalahan dalam ayat ini? TK SEKALUNG BUDI ATAS BANTUAN MUNSYI | Kesalahan dalam ayat tersebut ialah penggunaan kata tonggeng terbalik yang tidak tepat dari segi semantik dalam ayat tersebut. Sila rujuk kamus untuk maklumat lanjut. | Sastera | 16.04.2012 |