1) Salam, mohon nasihat adakah perkataan LITUPAN dan LIPUTAN boleh digunakan setiap masa untuk maksud yang sama atau ada tempat yang hanya salah satu. 2) Yg berikut mana satu betul : a) Litupan bedak asas a) Liputan bedak asas | Frasa yang betul ialah "liputan bedak asas". | Tatabahasa | 21.07.2016 |
Salam sejahtera tuan. Saya ada persoalan. Bedak sejuk memutihi/memutihkan muka anak kecilnya setiap malam. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: Bedak sejuk memutihkan muka anak kecilnya setiap malam. | Tatabahasa | 20.10.2021 |
Salam sejahtera tuan. Saya ada persoalan. Bedak sejuk memutihkan muka anak kecilnya setiap malam. Adakah memutihkan betul? Terima kasih. | Bedak sejuk memutihkan muka anak kecilnya setiap malam. Penggunaan kata "memutihkan” dalam ayat ini betul. | Tatabahasa | 08.11.2021 |
Salam sejahtera. Is "Skin Protectant Powder" to be translated to Bahasa Malaysia as "Bedak Pelindung Kulit"? Sekian, terima kasih. | Betul. "Skin Protectant Powder" diterjemahkan dalam bahasa Melayu menjadi "Bedak Pelindung Kulit". | Makna | 26.06.2024 |
1) Bagaimana translate "fruity baby powder" kepada BM? Adakan "bedak bayi beraroma buah-buahan" ? 2) "Natural" in BM ada kata ini? | Betul, padanan bahasa Melayu untuk “ "fruity baby powder" ialah bedak bayi beraroma buah-buahan. Terdapat perkataan “natural” dalam bahasa Melayu yang sama maksud dengan semula jadi, alamiah dan penggunaan perkataan tersebut bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Makna | 23.02.2024 |
Minta tanya apakah bacaan e bagi perkataan ledak? Terima kasih:) | Ledak - e pepet sama seperti sebutan e dalam bedak. | Tatabahasa | 08.09.2013 |
minta tanya apakah bacaan e dalam perkataan ledak? E taling atau e pepet? | Ledak - e pepet sama seperti sebutan e dalam bedak. | Tatabahasa | 08.09.2013 |
Apa khabar tuan/puan? Saya ingin mendapat penjelasan istilah Bahasa Melayu bagi perkataan "illuminating powder" dalam konteks produk alat solek. Sekian, terima kasih. | Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan khusus bagi istilah “illuminating powder”. Walau bagaimanapun, terdapat istilah “talcum powder” yang dipadankan sebagai bedak talkum. Oleh itu, cadangan kami bagi istilah “illuminating powder ” ialah bedak seri. | Istilah | 20.05.2019 |
apakah maksud gerah rangdu dalam hikayat indera nata? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, gerah sama maksud dengan panas, manakala perkataan rangdu tidak terdapat dalam Kamus Dewan. Walau bagaimanapun, setelah merujuk pegawai di Bahagian Penyelidikan Sastera, istilah rangdu ialah istilah sastera Melayu klasik yang tidak digunakan lagi dan hanya digunakan zaman tersebut. Rangdu ialah bahan yang berupa seperti bedak atau mekap untuk mengubah wajah seseorang. Saudara boleh menghubungi pegawai kami melalui e-mel ,saif@dbp.gov.my untuk lebih lanjut. | Makna | 09.07.2013 |
MAKNA BAGI PERKATAAN MENYAPU DAN MENYIRAM. | Makna bagi perkataan menyapu ialah 1. membersihkan lantai dgn sapu, 2. mengesat, menghapuskan, mengusap, 3. menyapunyapu, mengesat-ngesat, menggosok-gosok, mengusap-usap, 4. mencecah ke (kerana terlalu tinggi), 5. melumas (dgn cat, kapur, dll): 6. melumur (bedak ke muka dll), 7. bp melenyapkan sama sekali (wang dll), mengambil habis, mengambil (memperoleh, memenangi, dsb) kesemuanya. Menyiram pula ialah 1. mencurahkan air dll pd, mendirus, menjirus 2. menjirus dgn air dll (supaya bersih). Namun penggunaan kata ini dalam ayat adalah bergantung pada penggunaan konteks dan situasi. | Makna | 02.02.2010 |