Selamat sejahtera Tuan/Puan, saya ingin tanya kenapa buaya dikenali sebagai Sang Bedal? Apakah perkaitan antara buaya dengan perkataan "bedal"? Terima kasih. | Sang Bedal dalam karya kreatif bahasa Melayu biasanya merujuk kepada buaya kerana ekor buaya mempunyai sifat membedal atau memukul seseorang atau sesuatu, biasanya dengan pantas dan kuat. | Makna | 02.06.2023 |
apakah maksud Sang Rangkak?kura-kurakah atau buaya?dan apa maksud pula Sang Bedal?sekian dan terima kasih. | Sang Rangkak merujuk kura-kura, manakala Sang Bedal merujuk buaya. | Makna | 22.04.2014 |
adakah betulkah penggunaan kata panggilan untuk buaya-Sang Bedal dan kura-kura-Sang Rangkak?sekiranya salah apakah panggilannya yang betul? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sang digunakan di depan nama binatang (dalam cerita). Contohnya, Sang Kancil, Sang Buaya dan sebagainya. Untuk makluman, DBP tidak mempunyai satu senarai yang khusus tentang nama yang patut diberikan kepada binatang seperti Sang Bedal untuk buaya atau Sang Rangkak untuk kura-kura. Oleh itu, puan boleh memberikan sebarang nama bergantung pada kesesuaian. | Lain-lain | 16.04.2011 |
Assalam. Selamat sejahtera. Saya ingin bertanya tentang nilai estetika dan budaya melayu yang terdapat dalam kisah sang kancil(kisah antara kerbau yang menolong buaya). 1)Boleh saya tahu gelaran apa yang dipanggil oleh sang bedal kepada kerbau? 2)boleh jelaskan apakah lagi nilai estetika budaya melayu yang ada dalam kisah tersebut? Maksudnya dari segi Penggunaan bahasa, gelaran, nasihat, pantun dan sebagainya. Saya sertakan pautan video sebagai rujukan. https://youtu.be/pExyx45R4Us | Untuk menjawab soalan ini, mohon pihak tuan berhubung dengan pegawai di Bahagian Penyelidikan Sastera, iaitu Dr. Syaidul Azam bin Kamarudin melalui e-mel syaidul@dbp.gov.my. Sekian, terima kasih. | Penyelidikan | 27.07.2023 |