Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : senjata (spt senapang, meriam, dsb): ~ pekatu; ~ pemuras; ~ pengatu; ~ tegadas; ~-bedal bermacam-macam bedil; ~ besar sl meriam; menghadapkan ~ pulang prb merugikan kaum keluarga sendiri; menjual ~ kpd lawan prb mencelakakan diri sendiri; seletus ~ berbunyi, mencelur ikan dlm laut, berkokok ayam dlm hutan prb kata yg sepatah dapat menggemparkan orang di mana-mana (jika hendak berkata-kata, fikirlah dahulu supaya jangan menjadi heboh); berbedil-bedilan berbalas-balas tembakan, bertembakan, bertembak-tembak: kedua-dua pasukan itu ~ utk beberapa jam;membedil menembak dgn bedil, memasang bedil: musuh ~ kota itu dr laut;bedilan hasil membedil, tembakan: serangan-serangan tersebut dimulakan dgn ~-~ hebat dr dua buah kapal;pembedilan perbuatan membedil;pembedil orang yg tugasnya membedil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bedil I

Peribahasa

Menghadapkan bedil pulang.

Bermaksud :

Mencelakakan kaum keluarga sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggunting dalam lipatan).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan mematuk, mencatuk, memagut.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud perkataan yang dikemukakan adalah seperti yang berikut:

 mematuk  1. memagut atau mencatuk (biasanya dengan paruh)  2. memukul (picu atau petikan bedil)

memagut  1. mematuk (ular, burung, dll), mencatuk  2. memeluk, mendakap 3. (kiasan) mengelubungi, menyelubungi

mencatuk 1. mematuk (memagut) dengan muncung atau paruh 2. mengatuk (melukai, memetak, menakuk, dll) dengan hujung benda yang tajam. 

 

Makna15.09.2011

Kembali ke atas