Mengira dan menentukan jumlah beg dengan kakitangan kawalan yang bertugas bersamaan sebelum membenarkan beg-beg berkenaan dimasukkan ke pasawat ATAU Mengira dan menentukan jumlah beg dengan kakitangan kawalan yang bertugas bersamaan sebelum membenarkan beg-beg berkenaan dimasukkan ke dalam pasawat | Cadangan pembetulan adalah seperti yang berikut: Mengira dan menentukan jumlah beg bersama-sama dengan kakitangan kawalan yang bertugas sebelum membenarkan beg-beg berkenaan dimasukkan ke dalam pesawat. | Tatabahasa | 06.04.2009 |
Di mana antara ayat berikut betul strukturnya: 1. Mei Ling menyiram pokok bunga supaya pokok bunga hidup subur. 2. Mei Ling menyiram pokok bunga supaya hidup subur. Pertanyaan kedua: Beg-beg plastik sampah @ beg plastik-beg plastik sampah? Terima kasih. | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Mei Ling menyiram pokok bunga supaya hidup subur. 2. Beg-beg plastik sampah. | Tatabahasa | 27.04.2014 |
As'salam dan selamat pagi. Saya ini bertanya tentang penggunaan perkataan yang lebih sesuai sama ada "beg galas' atau "beg sandang' Contoh ayat" Pelbagai pilihan reka bentuk beg sandang yang berada di pasaran". TQ | Waalaikumsalam, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, beg sandang ialah beg yg digalas pd bahu; dan beg galas juga bermaksud beg yang digalas pada bahu. Oleh itu kedua-dua kosa kata ini boleh digunakan. | Istilah | 12.07.2018 |
saya ingin mengetahui penggunaan beg paiping dalam istilah melayu, adakah boleh menggunakan beg piping, beg pastri? | Dalam bidang Pentadbiran Perniagaan, istilah bahasa Melayu untuk "piping bag" ialah beg paiping. | Istilah | 16.01.2017 |
Kebanyakan beg kelihatan serupa, sila pastikan beg anda dengan menyemak nombor daftar beg anda sebelum pulang. | Kebanyakan beg kelihatan serupa. Pastikan anda menyemak nomobor daftar beg anda sebelum anda pulang. | Tatabahasa | 24.07.2008 |
Masukkan buku ke dalam beg atau di dalam beg? Yang manakah betul? | Ayat yang betul - Masukkan buku ke dalam beg. | Tatabahasa | 17.05.2011 |
Salam, Perkataan manakah yang paling sesuai untuk digunakan bagi beg udara? 1) Beg udara mengembung apabila berlaku perlanggaran. 2) Beg udara mengembang apabila berlaku perlanggaran. Terima kasih. | Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan | Lain-lain | 20.05.2022 |
Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk perkataan beg atau "wovwn bag"? | Penjodoh bilangan untuk beg ialah "sebuah beg". | Lain-lain | 31.05.2022 |
menyusun buku ke dalam rak/ di atas rak 2. meyusun buku di dalam beg/ ke dalam beg | Kesemua ayat yang diberikan adalah betul dan boleh digunakan mengikut kesesuaian konteks penggunaan dalam ayat: - … menyusun buku ke dalam rak.
- … menyusun buku di atas rak.
- … menyusun buku ke dalam beg.
- … menyusun buku di dalam beg.
Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan kata sendi, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015) halaman 265. | Tatabahasa | 27.04.2025 |
adakah kedua-dua ayat ini betul? a. ibu membawa beg hijau pergi ke kedai. b. ibu pergi ke kedai membawa beg hijau. terima kasih | Kedua-dua ayat ini ibu membawa beg hijau pergi ke kedai; dan ibu pergi ke kedai membawa beg hijau betul. | Tatabahasa | 14.10.2014 |