Dalam entri “ribu” KD4 menulis begini: 1000, 4000. Dalam entri “juta” KD4 menulis begini: 1 000 000. Lazimnya saya menulis begini: 1,000,000. Manakah yang persis (a) 1000000 (berdasarkan entri ribu) (b) 1 000 000 (berdasarkan entri juta) (c) 1,000,000 (kelaziman saya) (d) 1, 000, 000 (kemungkinan ada)? | Berdasarkan sistem matrik, entri ribu dan juta ditulis sebegini seperti yang terakam dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. 1000 - 9000 (tidak ada jarak) 1 000 000 (dijarakkan dan tidak diletakkan sebarang tanda koma) Terima kasih. | Lain-lain | 02.02.2009 |
Saya membayangkan status facebook saya pasti berbunyi begini: Wanita bujang berusia 26 tahun yang menganggur dan tinggal bersama kedua orang tuanya, tidak tahu apa yang mahu dilakukan dengan hidupnya. [atau begini:] Saya membayangkan status facebook saya pasti berbunyi begini, "Wanita bujang berusia 26 tahun yang menganggur dan tinggal bersama kedua orang tuanya, tidak tahu apa yang mahu dilakukan dengan hidupnya." [yang mana satu yang tepat?] | Yang kedua lebih tepat, iaitu menggunakan tanda petik yang merujuk petikan. | Lain-lain | 17.11.2011 |
betulkah ayat begini : "Perbincangan Penyediaan Buku Panduan Kod Pembelanjaan Universiti". Bolehkah diguna perkatan Pembelanjaan | Tidak ada kata terbitan pembelanjaan, sebaliknya perkataan yang ada ialah perbelanjaan yang bermaksud perihal berbelanja. | Tatabahasa | 17.04.2012 |
Salam sejahtera Saya ada kekeliruan tentang tanda baca (" ") (?) (!) (,) dan noktah. Kalau ayatnya begini: lelaki itu bertanya "mana dia pergi?". Betulkah tanda baca yang digunakan? Adakah noktah sepatutnya di dalam atau di luar tanda petik? Adakah koma selepas "bertanya" itu betul? Kalau ayatnya begini: lelaki itu menjerit, "awas kau!". Betulkah susunan tanda baca? Adakah tanda seru sepatutnya di dalam atau di luar? Kalau ayatnya begini: lelaki itu kata "aku pergi ke kedai tadi", perempuan itu pula bertanya, "kau beli apa?". Adakah tanda koma sepatutnya di dalam atau di luar tanda petik? Saya ada terbaca sesetengah tulisan begini: "saya bermalam di rumah kawan saya," kata si dia. Ada juga yang begini: "saya bermalam di rumah kawan saya", kata si dia. Mana satu penggunaan tanda baca yang betul? | Penggunaan tanda petik (" ")yang betul ialah: a. "Mana dia pergi?" tanya lelaki itu. b. Lelaki itu bertanya, "mana lelaki itu?" c. "Saya bermalam di rumah kawan saya," kata si dia. Tanda petik mengapit keseluruhan ayat termasuk tanda baca yang lain yang menunjukkan ayat tersebut sama ada ayat tanya atau ayat seru. Untuk memahami lebih lanjut, puan boleh merujuk buku Gaya Dewan terbitan DBP untuk penggunaan tanda baca yang betul. | Tatabahasa | 20.09.2013 |
Perkataan diberi jika di awal ayat perlukah dieja begini, Diberi. | Perkataan diberi jika di awal ayat perlukah dieja begini, Diberi. Contohnya: Diberi sedikit tetapi hendak lebih lagi. Diberi betis hendak peha. | Ejaan | 07.08.2018 |
Assalamualaikum, Saya inginkan kepastian tentang ayat susunan songsang. Sekiranya ayat begini: Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan mantan Perdana Malaysia. Apabila disongsangkan begini adakah ayat itu betul: Mantan Perdana Menteri merupakan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Sekian terima kasih | Dalam susunan songsang keseluruhan predikat dikedepankan menjadi merupakan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. Untujk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 478. | Tatabahasa | 08.08.2012 |
ada guru berpendapat, tambahan pula bukan penanda wacana tetapi kata hubung. Oleh itu, penggunaannya adalah begini. Ali merupakan harapan keluarganya, tambahan pula ayahnya sudah meninggalkan dunia. Bukannya begini. Ali merupakan harapan keluarganya. Tambahan pula ayahnya sudah meninggalkan dunia. Begitu juga dengan kata bak....tidak boleh selepas noktah atau untuk memulakan ayat baharu. Contoh: Kita mesti berusaha dengan bersungguh-sunguh, bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, bagaimana mendapaykan sagunya? Bukannya Kita mesti berusaha dengan bersungguh-sunguh. Bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, bagaimana mendapaykan sagunya? Bagaimana pendapat tuan? | Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 526 frasa tambahan pula disenaraikan sebagai penanda wacana penghubung tambahan. Penghubung tambahan merupakan penghubung yang memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya seperti ayat contoh yang kedua. | Tatabahasa | 08.04.2012 |
Slm. Ayat di bawah ini betul ke? Mengapa kamu berdiri di sini lewat-lewat malam begini? Kamu takutkan saya dan tikus itu. (untuk level buku tadika) TQ | Mengapa kamu berdiri di sini lewat-lewat malam begini? Kamu takut kepada saya dan tikus itu? | Tatabahasa | 18.10.2016 |
Betulkah tanda baca pada ayat di bawah: a) Mereka mempertahankan pendirian dengan komen seperti, "Saya dibayar dengan gaji yang besar.", "Begini caranya saya mencari nafkah untuk keluarga.", dan "Saya perlu buat begini supaya dapat bersaing dengan orang lain di pejabat.". | Penggunaan tanda baca dalam ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 29.02.2012 |
Bolehkah saya buah begini melihat jantaungku dijara Cukup!,jgn membungkamku Tak restu! Syurga neraka,tahu ttg dirimu/Tiupan sahara memarahimu, Kau akan tunduk malu/sesalanmu tdk berguna lagi inilah kebenaraanyya,kukan tahan Berhenti cucuki sanubariku, kukan melawanmu, sampai titik(darah) kehabisanku Menjerit sang suara,terlerailah, Bebanan yang menderaku Berselokalah suaraku, Derita! Pelayaranku penuh rona, Ku lelah menjadi bayanganmu Derita!!! sambung* Tangisan suara, Terbakar hati yg membara Peperangan kian bermula Dengarkanlah deritaku Derita! Disuburkanku sinaran harapan, Bolehkah,aku melepasinya, Jdiku s'perti merpati, terbang bebas di angkasa, Melepaskan sayap emasku, Menerusi angin menderu laju, Yg terkunci dlm kesepian Biarlah membara! Cah'ya suria dan rembulan. Utuh berdiri di kejora Saban beribu tahun lamanya Tangisan suara! Kesakitan dan kesedihan | Frasa-frasa ini tidak sesuai digunakan dalam konteks rasmi. Walau bagaimanapun boleh digunakan dalam konteks tidak rasmi seperti catatan peribadi. | Tatabahasa | 21.07.2019 |