| ______, bilakah aku akan sembuh daripada penyakit ini ! a. dari b.oleh c.cis d.aduhai Kami hadapi masalah dengan soalan ini. Tolong balas segera | Kata seru yang tepat untuk ayat ini ialah aduhai. Kata aduhai adalah utk melahirkan rasa sedih (rintihan dsb): ~ kekanda! Sampai beginilah nasib adinda. | Tatabahasa | 01.06.2010 |
| saya perlukan nasihat dalam menggunakan perumpamaan atau peribahasa bagi artikal penulisan saya. Jika boleh dapat sekiranya di beri dictionary bagi peribahasa dan perumpamaan utk rujukan saya . terima kasih | Penggunaan peribahasa dan perumpamaan sebenarnya bergantung pada jenis ayat yang hendak ditulis. Misalnya dalam satu contoh ayat, "kehidupan dua beradik itu begitu tertekan setelah kematian ibu bapa mereka, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga". Beginilah contoh penggunaan peribahasa dalam tulisan. banyak lagi contoh-contoh yang dapat dihasilkan dengan penggunaan peribahasa dan perumpamaan ini. Mengenai kamus peribahasa atau perumpamaan, memang terdapat banyak di pasaran sekarang.Terima kasih. | Lain-lain | 11.10.2006 |
| M Hafiz Ostmann THURS 07:34 M Hafiz Ostmann M Hafiz BAHASA JIWA BANGSA - Banyak sekali aku perhatikan orang yang mengaku rakyat Malaysia,lahir di Malaysia,memegang pasport Malaysia tapi langsung tak reti dan tak mahu langsung menggunakan bahasa kebangsaan.Mereka lebih suka berbicara dalam bahasa Inggeris atau bahasa kelompok mereka sendiri.Lidah mereka seakan mengalami alahan teruk sekiranya menggunakan bahasa kebangsaan.Bila nak belajar di Jerman bukan main lagi bersungguh belajar bahasa Jerman.Tetapi takkah mereka sedar bahawa mereka langsung tak mahu dan tak tahu bertutur dengan fasih dalam bahasa kebangsaan sedangkan mereka lahir,membesar dan cari makan di Malaysia?Malaysia ni bagi mereka apa agaknya?Jika beginilah sikap mereka maka ertinya sampai bila-bila pun takkan ada penyatuan. Bahasa ialah elemen perpaduan negara.Bahkan ia juga merupakan identiti kepada sesebuah negara.Namun jika fungsi bahasa itu sendiri sudah dikembirikan maka usah dimimpikan sebuah negara bangsa yang utuh.Dewasa kini boleh aku katakan pekerja asing dari Bangladesh,Nepal dan Myanmar mislalnya lebih berusaha untuk bertutur dalam bahasa kebangsaan berbanding mereka yang memegang pasport Malaysia namun taksub kepada kelompok sesama mereka sendiri.Di mana bumi dipijak.Di situ langit di junjung.Kalau nak menurut biar berakal.Kalau nak mengikut biar pintar. | Kami bersetuju dengan pandangan tuan. Sewajarnya semua warganegara Malaysia mengamati dan menghormati Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan dan menterjemahkannya dalam kehidupan bernegara di bumi bertuah ini. | Lain-lain | 29.09.2016 |